CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Netizen Kecam Staf Rayani Air, Biadap Dan Tak Profesional Semasa Temuduga

8-3-2016 12:33 PM| Diterbitkan: CARI-IIN| Dilihat: 5985| Komen: 3

Description: Temuduga yang diadakan bermula jam 9 hingga 11 pagi itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang datang apabila tidak dilayan dengan baik oleh pihak Rayani Air
Oleh Izzah Abbasy

Sabtu lepas bertempat di Kuala Lumpur International Airport 2 (KLIA 2) Sepang, Selangor, syarikat penerbangan Rayani Air telah mengadakan satu sesi temuduga bagi mencari pramugara dan pramugari bagi mewakili syarikat tersebut.

Temuduga yang diadakan bermula jam 9 hingga 11 pagi itu telah menimbulkan kemarahan orang ramai yang datang apabila tidak dilayan dengan baik oleh pihak Rayani Air dan sistem temuduga yang dijalankan juga tidak sistematik.

Malahan, rata-ratanya telah meninggalkan komen yang negatif di ruangan komen Instagram milik Rayani Air pada gambar yang dimuatnaik.

Ramai yang menyatakan staf yang menemuduga bersikap biadap dengan hempas 'resume' selain sistem pengurusan temuduga yang sangat teruk dikendali oleh syarikat itu.





Namun, ada juga yang ‘membela’ kakitangan syarikat penerbangan itu yang mungkin ‘fed-up’ dengan kebanyakan individu yang mencari kerja tersebut tidak mencapai kriteria yang dicari oleh mereka.

Antaranya, ada yang memakai pendakap gigi turut serta dalam temuduga itu yang sah-sahnya pasti akan ditolak selain ada yang tidak berpakaian kemas seperti mana yang dituntut dalam sesi temuduga itu.

Kebanyakan mereka masih 'hijau' dalam sesi temuduga untuk mencari kerja. Tidak salah rasanya pihak Rayani Air menerangkan dengan jelas kriteria yang perlu ada ketika datang sesi temuduga. Tidaklah menimbulkan kemarahan dan rasa kecewa kepada mereka yang bersungguh-sungguh hadir bersama ahli keluarga dan yang jauh datang ke Kuala Lumpur semata-mata untuk mencuba nasib. - CARI Infonet






6

Bagus

Marah

Terkejut
9

Sedih
9

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (26 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote boyagombak 8-3-2016 03:56 PM
Berangan2 jerlah korang. Tunggulah nnti Boya AIR . Rupa x penting janji budi bahasa sopan santun. Naper erk nk mntk steward/dess nk kna tinggi mcmnk masuk asokar tu lainlah. Ka pasal kna tinggi utk capai barangan luggage kt atas tmpt ddk
Quote _______ 8-3-2016 07:27 PM
Dah syarikat pun haprak... mestila pekerja pun ramai haprak gak. Tak lama lagi lingkup lah syarikat kecik ini
Quote RatuDunia94 9-3-2016 01:47 AM
boyagombak replied at 8-3-2016 03:56 PM
Berangan2 jerlah korang. Tunggulah nnti Boya AIR . Rupa x penting janji budi bahasa sopan santun. Na ...

Senang nk buka tutup overhead compartment.. Xde la terjinjit2...

Lihat semua komen(3)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 05:52 AM GMT+8 , Processed in 1.495808 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top