CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Akhirnya Malaysia Bakal Terima Dua Helikopter Tempur

12-2-2016 10:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 17173| Komen: 24

Description: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengumumkan bahawa Malaysia akan menerima

Oleh : Dean BZ


Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, mengumumkan bahawa Malaysia akan menerima dua pesawat helikopter tempur ringan jenis MD-530G daripada syarikat Mcdonnell Douglas hujung tahun ini.

Beliau berkata, aset terbaharu itu membuktikan kerajaan serius dalam memperkukuh pertahanan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

"Dari segi persiapan dan perancangan apa yang kita lakukan di Sabah, saya rasa telah dilakukan sebaik mungkin dan kita ada dua pelantar minyak yang diubah suai serta kita telah terima Kapal Bunga Mas 5 milik Perbadanan Perkapalan Antarabangsa Malaysia Bhd (MISC).


"Ini semua bagi memperkukuh pertahanan di ESScom," katanya dalam sidang media selepas Majlis Perjumpaan Bersama Warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Kem Penrissen.

Tambah Hishammuddin, pihaknya telah menggerakkan kereta perisai 8x8 ke Tawau, mengerakkan jet pejuang Hawks ke Labuan serta Sabah yang akan memiliki satu batalion baharu.

Gambar hiasan : helikopter Blackhawk


"Apa yang kita letakkan di Sabah akan juga merangkumi keselamatan di Sarawak dan termasuk Brunei kerana Ke bawah Duli (Sultan Hassanal Bokiah) telah kurniakan kepada kita empat buah helikopter Blackhawk. Blackhawk ini akan dilengkapi dengan 'gatling gun' dan peluru berpandu," katanya. - CARI Infonet.



Sumber - Bernama
4

Bagus
6

Marah
11

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _______ 12-2-2016 10:43 AM
Bagus lah.
Quote dizeck 12-2-2016 10:45 AM
dua daripada keseluruhan enam yang dipesan

malaysia merupakan negara pertama menggunakan MD-530G
yang merupakan versi terkini helikopter tinjauan ringan yang
kecil tetapi amat berbisa itu

dan sumbangan empat helikopter blackhawk daripada Sultan
Brunei juga semakin memantapkan keupayaan udara ATM terutamanya
di wilayah Sabah
Quote Bell 12-2-2016 10:48 AM
Yg ini memang bagus. Time penganas Sulu ceroboh Sabah dulu kita guna jet pejuang. Jet pejuang kurang effective utk ground attack. Attack helicopter is the right tool.
Quote turboturtle 12-2-2016 10:54 AM
membuktikan kerajaan serius dalam memperkukuh pertahanan


Seriyes kepala hotak diorg, dah kena ceroboh baru sibuk nak beli...aset perang banyak yg uzur , kapal perang xde senjata, beret tentera nak roboh pun ada, masa ada duit kata bukan keperluan, bila xde duit kata xcukup peruntukan, bila negara kena serang politician yang lari selamatkan diri, dah tu bila nak beliii...
Quote bangcak 12-2-2016 10:55 AM
selang baper bulan, enjin hilang.
ujong2 nuri jaman sarjan hasan jugak pegi bertempur
Quote the_killer 12-2-2016 11:01 AM
bangcak replied at 12-2-2016 10:55 AM
selang baper bulan, enjin hilang.
ujong2 nuri jaman sarjan hasan jugak pegi bertempur

malaysia boleh guna penanggal untuk bertempur di udara..kalo di darat leh gun ahantu galah,hantu raya atau pontianak..kalo perisikan leh guna toyol..kalo di laut leh guna hantu air,penunggu dasar tasik
Quote dizeck 12-2-2016 11:02 AM


Helikopter EC-725 milik TUDM juga turut ditempatkan untuk operasi sokongan
di ESScom

Quote altimi 12-2-2016 11:03 AM
dizeck replied at 12-2-2016 10:45 AM
dua daripada keseluruhan enam yang dipesan

malaysia merupakan negara pertama menggunakan MD-530G
...



ATTACK HELICOPTER



Quote notrue 12-2-2016 11:04 AM
ummah melesi kata belum sah kalau tak ada yang nak dibandingkan dengan indon

PT Dirgantara Indonesia exports fifth helicopter fuselages to Airbus Helicopter

Bandung, West Java (ANTARA News) - PT Dirgantara Indonesia (Indonesian Aerospace Company) has delivered the fifth fuselage for H225/H225M (military) helicopter of Airbus Helicopter in France.

"Helicopter H225/H225M formerly known as EC225/EC725 is a new generation helicopter of NAS332 Super Puma," the company's MK II Airbus Program Manager, Yulianto Soekarno, said here on Sunday.

He said the fifth H225/H225M fuselage delivery was part of the 125 fuselages that PT DI has to deliver until the end of the contract in 2025.

Since 2008, Eurocopter now known as Airbus Helicopter has trusted PT Dirgantara Indonesia as its partner for the development of the production of upper and lower fuselages and tailbooms.

According to the plan PT Dirgantara Indonesia will deliver 125 fuselages and 125 tailbooms for H225/H225M within 10 to 16 years.

Before delivering the assembled fuselage for H225/H225M PT Dirgantara Indonesia has handed over 45 tailbooms, 10 units of upper fuselage and four units of fuselage.

Yulianto Soekarno said PT Dirgantara Indonesia is able to meet an integrated fuselage order within six weeks and so within 1.5 months it could deliver one integrated fuselage to France.

"T Dirgantara Indonesia is not only able to assemble but also make raw materials into a finished product," he said.

He said the initial process started from PT Dirgantara Indonesia's Production Area II when raw materials are formed into single parts at Detail Part Manufacturing Division of the Production Directorate.

From the same complex components are made at Machining Division before the two products are assembled at H225/H225M Helicopter Final Assembly Hangar at Production Area IV.

PT DI workers handling the H225/H225M components total 220 people with university and senior high vocational school education background and 80 percent of them are young people.

Airbus Helicopter has also stationed its personnel at PT Dirgantara Indonesia since the program started.

The contract from Airbus Helicopter secured by PT Dirgantara Indonesia for H225/H225M components is worth US$45 million, Yulianto said.

PT Dirgantara Indonesia is one of the suppliers of H225/H225M components that include companies from Spain and the Middle East, he said

Quote dizeck 12-2-2016 11:09 AM


Helikopter S-61 Nuri yang telah ditingkatupaya dan diperlengkapkan
dengan senjata juga turut telah diaturgerakkan
Quote dizeck 12-2-2016 11:13 AM
overkill dan overspending bukanlah amalan
bagi sebuah sistem pentadbiran yang bijaksana
seperti malaysia
Quote dizeck 12-2-2016 11:22 AM


operasi helikopter A-109 LOH sediada milik Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD)
dijangka akan semakin efektif apabila unit2 helikopter MD-530G mula digandingkan
dalam perkhidmatan tersebut kelak
Quote kemaruk 12-2-2016 11:38 AM
mamak penang yang meninggal semalam ada kaitan dengan pembelian helikopter ni kot
Quote Defcon2 12-2-2016 11:45 AM
dizeck replied at 12-2-2016 10:45 AM
dua daripada keseluruhan enam yang dipesan

malaysia merupakan negara pertama menggunakan MD-530G
...

Persoalan yang masih belum terjawab....





Quote reez1908 12-2-2016 11:49 AM
Memang idaman TUDM / PUTD untuk memiliki helikopter tempur jenis Apache, Denel Rooivalk atau EC Tiger. Tapi memandangkan duit pun x ada, boloeh la dengan LAH ni. Tak ada rotan, akar pun berguna. Mungkin mindef boleh tengok variant daripada russia plak macam Mi-24 Superhind harganya lebih murah daripada 3 model tu.
Quote dizeck 12-2-2016 11:50 AM


lagi imej MD-530G
Quote ipin 12-2-2016 11:52 AM
harap2 pandai terbang la ..
Quote Emperor95 12-2-2016 11:56 AM

Terfikir perkara yang sama. Helicopter Malaysia tu macam biasa sahaja. Cuma diubahsuai sedikit.

Quote dizeck 12-2-2016 11:57 AM


untuk keperluan jangka panjang pertahanan malaysia, helikoter tempur kelas utama
seumpama T129 ATAK buatan turki ini masih juga di antara yang
boleh dipertimbangkan sekiranya keadaan kewangan negara
mengizinkan

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-7-2024 01:59 AM GMT+8 , Processed in 0.054686 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top