CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Sup Ketam & Air Isotonik Penyembuh Demam Denggi Hanyalah Mitos

29-1-2016 05:26 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14900| Komen: 134|Original author: GhostWalking

Description: Setiap kali kita, ahli keluarga atau sahabat terkena demam denggi, pasti ada yang berpesan supaya meminum jus betik...

Oleh : Dean BZ


Setiap kali kita, ahli keluarga atau sahabat terkena demam denggi, pasti ada yang berpesan supaya meminum jus betik, sup ketam atau minuman isotonik supaya demam cepat kebah.

Walaupun terbukti berkesan mungkin secara kebetulan namun petua itu telah disahkan mitos semata-mata malah tidak membantu mengubati demam denggi. 

Memetik laporan hmetro, Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu.

Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan. Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.

“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.


“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,”
katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sup ketam yang dikatakan mampu menyembuhkan demam denggi.


Dr Hafizah pula berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.

“Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.

“Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes,  pasti ia  memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” 
katanya.


Jadi, dalam hal ini kita dapat lihat pertembungan antara petua perubatan tradisional dan perubatan moden. Perubatan moden mendakwa masih tiada kajian saintifik yang dapat membuktikan 3 amalan itu membantu memulihkan demam denggi, sebaliknya pesakit yang berpegang pada petua perubatan tradisional pula mendakwa 3 amalan ini sangat baik diamalkan dan terbukti berkesan. 

Pada pendapat penulis, jika amalan itu tidak memudaratkan pada demam dan terbukti berkesan (walaupun belum ada kajian yang membuktikan), mungkin boleh diamalkan. Apapun itu hanya pendapat peribadi, sebaiknya ikutlah nasihat doktor yang bertauliah kerana mereka lebih pakar dalam soal kesihatan. - CARI Infonet.




*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.


15

Bagus
18

Marah
35

Terkejut
25

Sedih
10

Lawak
22

Bosan

Friends Rank (125 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fcl29 29-1-2016 04:27 PM
larhhhh... mmbr aku br je share artikel dr kkm... sbb dia denggi...
dlm artikel tu dia nyatakan apa yg anda perlu lakukan (antaranya):
-banyakkn minum cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum melebihi 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.

ni aku taip satu2.. nk tepek gambo x reti
Quote myoujin 29-1-2016 04:34 PM
Minum air kosong je mana nak datangnye tenaga... Nak makan memang tak selera la..
Quote kurunsing 29-1-2016 04:36 PM
pokok pangkalnya kena keep hydrated.

Quote lipans 29-1-2016 04:45 PM
diberitakan berita yang sahih dari doktor minessota utara, denggi hanya boleh dirawat jika nyamuk yang menggigit pesakit itu menyedutnya kembali. Sila tangkap nyamuk aedis dan tanya sekor-sekor, siapa yang menggigit orang sampai dapat denggi. Jika nyamuk itu sudah dikenalpasti, suruh beliau hisapnya kembali.

harap maklum.
Quote gaara_X 29-1-2016 04:47 PM
ermmmmm..cam tu...air rebusan betik tak leh diamalkan berterusan laa ek....ermmmmm.....demam denggi kita nak tinggikan plateletnya sahaja kan......

Quote epis 29-1-2016 04:48 PM
saya haritu doktor sendiri suruh minum jus betik dgn sup ketam, huhu...
Quote axl_bach 29-1-2016 04:49 PM
“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.
Quote sfinaria 29-1-2016 04:50 PM
Aku last year kne denggi masuk hospital pun mmg doc paksa minum air kosong byk2. Pastu kne catat plak minum berapa byk, kencing bpe byk. Nurse slalu dtg monitor kertas yg dia bg tu. Penat btul minum..kencing, minum..kencing. Kadang2 tu aku belasah je tulis, padahal x minum byk pn.kikikiki

Quote axl_bach 29-1-2016 04:50 PM
epis replied at 29-1-2016 04:48 PM
saya haritu doktor sendiri suruh minum jus betik dgn sup ketam, huhu...

Rawatan sampingan...... sila paham yer....

Rawatan utama kes denggi adalah terapi bendalir intravena
Quote axl_bach 29-1-2016 04:51 PM
sfinaria replied at 29-1-2016 04:50 PM
Aku last year kne denggi masuk hospital pun mmg doc paksa minum air kosong byk2. Pastu kne catat pla ...

Nasib ko x kena tahap denggi renjatan,  kalo x menyesal la seumo sbb menipu diri sendiri..... lol
Quote epis 29-1-2016 04:53 PM
axl_bach replied at 29-1-2016 04:50 PM
Rawatan sampingan...... sila paham yer....

Rawatan utama kes denggi adalah terapi bendalir int ...

Saya sampai kene marah dengan doktor sebab x minum jus betik dan sup ketam.. mcm mne saya nk cari saya dlm hospital huhuhuu...

Terapi ape tu? Seigt saya masuk air sepanjang masa je huhu...
Quote HETSEYYO 29-1-2016 04:53 PM
Cuba pula daun ketum.
Quote axl_bach 29-1-2016 04:54 PM
Edited by axl_bach at 30-1-2016 02:14 PM
gaara_X replied at 29-1-2016 04:47 PM
ermmmmm..cam tu...air rebusan betik tak leh diamalkan berterusan laa ek....ermmmmm.....demam denggi  ...


Nope,  main treatment bkn no tinggikan platelet,  DENGUE IS NOT A PLATELET DISEASE..... tu oldschool tu

Denggi nih doktor lebih concern dgn kepekatan darah (Heamatocrit Value) rather than platelet...... pletlet as low as 50 pun kalo xder bleeding tendency doktor soh balik jer
Quote axl_bach 29-1-2016 04:56 PM
epis replied at 29-1-2016 04:53 PM
Saya sampai kene marah dengan doktor sebab x minum jus betik dan sup ketam.. mcm mne saya nk cari  ...

Masuk air garam tu la terapi bendalir intravena makngah ooiiiii,  or dlm bahasa kg INTRAVENOUS FLUID THERAPY
Quote epis 29-1-2016 04:57 PM
axl_bach replied at 29-1-2016 04:56 PM
Masuk air garam tu la terapi bendalir intravena makngah ooiiiii,  or dlm bahasa kg INTRAVENOUS FLU ...

Oooo sorry abam doktor, baru tau hehee... saya panggil masuk air je...
Quote the_killer 29-1-2016 05:01 PM
axl_bach replied at 29-1-2016 04:56 PM
Masuk air garam tu la terapi bendalir intravena makngah ooiiiii,  or dlm bahasa kg INTRAVENOUS FLU ...

tok nenek moyang tanah melayu dulu zaman pra hindu atau zaman sebelum hindu rawat denggi mcm mana?
Quote kurunsing 29-1-2016 05:08 PM
axl_bach replied at 29-1-2016 04:54 PM
Nope,  main treatment bkn no tinggikan platelet,  DENGUE IS NOT A PLATELET DISEASE..... tu oldscho ...

exactly

majoriti ingat denggi dengan platlet ajo.
dokter balun ja la iyakan, janji kau hydrated.
ujar kawan dokter aku la..
Quote Jagendas 29-1-2016 05:13 PM
ikthtiar namanye
Quote axl_bach 29-1-2016 05:17 PM
the_killer replied at 29-1-2016 05:01 PM
tok nenek moyang tanah melayu dulu zaman pra hindu atau zaman sebelum hindu rawat denggi mcm mana? ...

Ntah,  bio mati jer kot.... lol

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.240485 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top