View: 11514|Reply: 134
|
[Tempatan]
Sup Ketam, Jus Betik & Air Isotonik Hanyalah MITOS?
[Copy link]
|
|
Hanya mitos!
Kuala Lumpur: Minum jus betik, hirup sup ketam dan mengambil minuman isotonik adalah mitos semata-mata malah tidak membantu mengubati demam denggi.
Pegawai Perubatan Kanan Perubatan Am Hospital Seri Manjung Dr Hafizah Mohamed Haniba berkata, setakat ini tiada kajian saintifik yang membuktikan demam denggi mampu disembuhkan menerusi tiga amalan itu.
Beliau berkata, salah faham itu disebabkan maklumat yang disampaikan adalah dari mulut ke mulut sejak dulu sehingga dianggap berkesan dalam merawat penyakit berkenaan.
Katanya, daripada sudut perawatan moden, belum ada kaedah dan rawatan khusus untuk penyakit itu.
“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar.
“Sebenarnya, perlu ada kajian menyeluruh yang membabitkan sejumlah pesakit untuk memastikan kesahihan sesuatu herba dalam rawatan penyakit denggi,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan Ahli Farmasi dan Homeopati Prof Dr A Krishnan berkata, daun betik bukan penawar demam denggi malah boleh menyebabkan kegagalan hati, jantung dan buah pinggang sekali gus membawa maut kepada individu yang mengamalkan pemakanan daun itu.
Dr Krishnan mendakwa, daun betik tidak mempunyai khasiat selain berbahaya kepada kesihatan kerana kandungannya mempunyai ‘cyanide’ yang berperanan seperti racun.
Selain itu, Dr Krishnan juga mendakwa, sistem imunisasi individu boleh terganggu sekiranya ia diamalkan.
Dr Hafizah berkata, bagi memastikan penyakit dapat diubati dengan cepat dan berkesan, pesakit sepatutnya minum air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter atau lapan gelas sehari.
Menurutnya, kebiasaannya pesakit denggi kurang selera makan dan mengalami perubahan pada salur darah sekali gus menyebabkan badan kekurangan air.
“Cukup sekadar air kosong saja untuk dijadikan alternatif rawatan penyakit denggi tidak berdarah, bukan air isotonik kerana kandungan paras gulanya yang tinggi.
“Bayangkan jika pesakit itu menghidap diabetes, pasti ia memberi kesan terhadap paras gula dalam badan mereka,” katanya.
Sehubungan itu, Dr Hafizah berkata, persepsi masyarakat terhadap amalan itu perlu diperbetulkan, selain menasihatkan individu yang disyaki menghidap denggi supaya mendapatkan rawatan di hospital terlebih dulu.
Sementara itu, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, daun betik bukan penawar atau boleh mengubati denggi.
“Kajian yang dijalankan hanya menunjukkan ia (daun betik) membantu meningkatkan sel platelet,” katanya.
Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 January 2016 @ 9:41 AM
« »
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110989#sthash.swaKZTaR.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
larhhhh... mmbr aku br je share artikel dr kkm... sbb dia denggi...
dlm artikel tu dia nyatakan apa yg anda perlu lakukan (antaranya):
-banyakkn minum cecair seperti susu, jus buah-buahan, minuman isotonik dan air barli (minum melebihi 5 gelas). Meminum air kosong sahaja tidak mencukupi.
ni aku taip satu2.. nk tepek gambo x reti |
|
|
|
|
|
|
|
Minum air kosong je mana nak datangnye tenaga... Nak makan memang tak selera la.. |
|
|
|
|
|
|
|
pokok pangkalnya kena keep hydrated.
|
|
|
|
|
|
|
|
diberitakan berita yang sahih dari doktor minessota utara, denggi hanya boleh dirawat jika nyamuk yang menggigit pesakit itu menyedutnya kembali. Sila tangkap nyamuk aedis dan tanya sekor-sekor, siapa yang menggigit orang sampai dapat denggi. Jika nyamuk itu sudah dikenalpasti, suruh beliau hisapnya kembali.
harap maklum. |
|
|
|
|
|
|
|
ermmmmm..cam tu...air rebusan betik tak leh diamalkan berterusan laa ek....ermmmmm.....demam denggi kita nak tinggikan plateletnya sahaja kan......
|
|
|
|
|
|
|
|
saya haritu doktor sendiri suruh minum jus betik dgn sup ketam, huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
“Apa saja yang berkaitan dengan herba tradisional dan sup ketam adalah lebih kepada petua orang lama dan boleh dikategorikan sebagai rawatan sampingan, bukan rawatan sebenar. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku last year kne denggi masuk hospital pun mmg doc paksa minum air kosong byk2. Pastu kne catat plak minum berapa byk, kencing bpe byk. Nurse slalu dtg monitor kertas yg dia bg tu. Penat btul minum..kencing, minum..kencing. Kadang2 tu aku belasah je tulis, padahal x minum byk pn.kikikiki
|
|
|
|
|
|
|
|
epis replied at 29-1-2016 04:48 PM
saya haritu doktor sendiri suruh minum jus betik dgn sup ketam, huhu...
Rawatan sampingan...... sila paham yer....
Rawatan utama kes denggi adalah terapi bendalir intravena |
|
|
|
|
|
|
|
sfinaria replied at 29-1-2016 04:50 PM
Aku last year kne denggi masuk hospital pun mmg doc paksa minum air kosong byk2. Pastu kne catat pla ...
Nasib ko x kena tahap denggi renjatan, kalo x menyesal la seumo sbb menipu diri sendiri..... lol |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 29-1-2016 04:50 PM
Rawatan sampingan...... sila paham yer....
Rawatan utama kes denggi adalah terapi bendalir int ...
Saya sampai kene marah dengan doktor sebab x minum jus betik dan sup ketam.. mcm mne saya nk cari saya dlm hospital huhuhuu...
Terapi ape tu? Seigt saya masuk air sepanjang masa je huhu... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by axl_bach at 30-1-2016 02:14 PM
gaara_X replied at 29-1-2016 04:47 PM
ermmmmm..cam tu...air rebusan betik tak leh diamalkan berterusan laa ek....ermmmmm.....demam denggi ...
Nope, main treatment bkn no tinggikan platelet, DENGUE IS NOT A PLATELET DISEASE..... tu oldschool tu
Denggi nih doktor lebih concern dgn kepekatan darah (Heamatocrit Value) rather than platelet...... pletlet as low as 50 pun kalo xder bleeding tendency doktor soh balik jer |
|
|
|
|
|
|
|
epis replied at 29-1-2016 04:53 PM
Saya sampai kene marah dengan doktor sebab x minum jus betik dan sup ketam.. mcm mne saya nk cari ...
Masuk air garam tu la terapi bendalir intravena makngah ooiiiii, or dlm bahasa kg INTRAVENOUS FLUID THERAPY |
|
|
|
|
|
|
|
axl_bach replied at 29-1-2016 04:56 PM
Masuk air garam tu la terapi bendalir intravena makngah ooiiiii, or dlm bahasa kg INTRAVENOUS FLU ...
Oooo sorry abam doktor, baru tau hehee... saya panggil masuk air je... |
|
|
|
|
|
|
|
tok nenek moyang tanah melayu dulu zaman pra hindu atau zaman sebelum hindu rawat denggi mcm mana?
|
|
|
|
|
|
|
|
exactly
majoriti ingat denggi dengan platlet ajo.
dokter balun ja la iyakan, janji kau hydrated.
ujar kawan dokter aku la..
|
|
|
|
|
|
|
|
the_killer replied at 29-1-2016 05:01 PM
tok nenek moyang tanah melayu dulu zaman pra hindu atau zaman sebelum hindu rawat denggi mcm mana? ...
Ntah, bio mati jer kot.... lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|