CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Betul Ker Perit Berurusan Dengan Pejabat Tanah? - “Maaf Tapi Antara Tempat Paling Perit Nak Berurusan”

28-3-2024 05:41 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11056| Komen: 100

Description: PETALING JAYA – Ramai yang meluahkan perasaan berdepan pengalaman perit berurusan dengan pejabat tanah kerana didakwa perlu mengambil masa lama termasuk berbulan-bulan, namun urusan masih tidak seles ...



PETALING JAYA – Ramai yang meluahkan perasaan berdepan pengalaman perit berurusan dengan pejabat tanah kerana didakwa perlu mengambil masa lama termasuk berbulan-bulan, namun urusan masih tidak selesai.

Pengalaman tersebut dikongsikan oleh pengguna selepas seorang pegawai perubatan dikenali sebagai Dr. Alpha Zaki memuat naik kandungan video parodi pada TikTok mengenai situasi berurusan di pejabat tanah.'


“Maaf tapi antara tempat paling perit nak berurusan,” katanya pada kapsyen video itu.

Dr. Alpha Zaki turut membalas komen salah seorang pengguna TikTok mengenai pengalamannya berurusan di pejabat tanah.

“Saya masih tunggu tarikh bicara pusaka arwah ayah. Dah 10 bulan tak ada tarikh,” katanya.


Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai @syazaizyaniemohd turut memberitahu urusan harta pusaka suaminya yang hampir setahun masih tiada penyelesaian.

“Urusan harta pusaka suami dekat setahun tak selesai. Sibuk sangat barangkali,” katanya kesal.

“Ya Allah boleh sakit jiwa berurusan dengan pejabat tanah. Orang bawah cakap lain, bila telefon jawab lain. Pergi pejabat tanah lain, cakap lain. Jangan sampai aku tabur tanah kubur depan pejabat,” komen @Julzen Iskandar berseloroh.

“Dia orang suka buat kita ulang-alik. Contoh, datang situ nak minta dokumen A, lepas tu dia orang cakap tak perlu pun untuk urusan pusaka. Kita pergi pejabat pusaka, pejabat pusaka minta dokumen A dari pejabat tanah. Lepas tu kena pergi balik minta dengan dia orang. ‘Menyirap’ saja lah,” luah @Aquarium Lady. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nuralisa 28-3-2024 06:41 AM
Kalau urusan jual beli tanah melibatkan lawyer, suruh lawyer je uruskan .. dorg dah ada runner yg selalu berurusan.. x de la lambat pun urusannya. Tp kalau individu yg pergi .. mmg berbulan la jadinya ..
Quote nw111 28-3-2024 06:54 AM
nuralisa replied at 28-3-2024 06:41 AM
Kalau urusan jual beli tanah melibatkan lawyer, suruh lawyer je uruskan .. dorg dah ada runner yg se ...

Sama jgk dgn uruskan pusaka..kalau lawyer uruskan lagi cepat
Quote Thunderclouds 28-3-2024 07:15 AM
Hantaq document by hand.
Dh stamp diterima tarikh sekian².
Bila call tnya..takder laaa...kami xdapat ponnnnnn...
Dasar.
Harap dh pencen esok bedridden,xmati²,ank² malas cara.
Quote kucingitam 28-3-2024 10:57 AM
betul..
Quote sranua 28-3-2024 11:42 AM
Ada yg sampai 3 generasi..zaman atuknya bicara..meninggal...giliran si bapa...ganti ke anak pulak.
Quote ina_na 28-3-2024 12:06 PM
X Tau la mcm mn mak iolss dl senang sgt dpt tarikh tuk p naik mahkamah tuk bahagi kan faraid tanah ayah iolss...dia anta borang x sampai sebulan dpt tarikh n pastikan semua pg..so p je la ckp x nk lepaskan hak,hakim x bg mak iolss bersuara dia ckp biar anak2 yg bg pendapat masing2...akhir mak iolss simpan geran yg mahkamah tentukan ikut faraid walaupun awal2 mak iolss nk iolss n adik iolss lepaskan hak..
Quote kitaserupaaa 28-3-2024 12:24 PM
Aku punya kes kat pejabat tanah dh masuk 3 thn lebih belum selesai. Aku buat aduan since 2020 psl pertindihan lot, sampai sekarang kes masih dlm semakan. Tak tau la mcm mana pejabat tanah tu buat keje. Tanah org A jual pada org B, pas tu aku beli tanah dari org B. Tapi pejabat tanah tak lupus hakmilik tanah org A. Org A pulak gi jual pada org lain. Dah wujud 2 geran tanah dlm 1 lot. Ikut undang2, aku pulak dah takde hak atas tanah tu walaupun geran sah dari pejabat tanah. Terasa nak report sprm kot2 ade sindiket dalaman pejabat tanah tapi takde bukti pulak.
Quote hyie 28-3-2024 12:38 PM
swastakan aje pejabat tanah ni, nanti barula cepat sikit kejenya. Meols takleh husnuzon yach dengan orang yang keje kat pejabat tanah semua ni opssss
Quote Mary_jane 28-3-2024 12:46 PM
Begitu lah sis berurusan kat pejabat ni. Kena banyak sabar. Kena follow up selalu, turun terus tanya kat kaunter. Kalau call bagai memang tak berjawab lah sampai kesudah.
Quote alesandra 28-3-2024 12:55 PM
Bukan saja perit tapi  jugak cuai pun ada.penah hilangkan geran mak aku tanpa rasa bertanggung jawab...

Quote syamzana 28-3-2024 12:56 PM
nuralisa replied at 28-3-2024 06:41 AM
Kalau urusan jual beli tanah melibatkan lawyer, suruh lawyer je uruskan .. dorg dah ada runner yg se ...

sama je noksss...iols punya kes sampai kami terpaksa turun skali tu pun nanhado. runner berkali2 pergi.
kes iols sampai 2thn++ emel berkali2, call jgn ckp la...baik humban je landline tu dlm parit.
tmpt plg tettttttt utk berurusan. maybe jembalang je kot yg kerja sini.
Quote vespa_oren 28-3-2024 01:18 PM
kitaserupaaa replied at 28-3-2024 12:24 PM
Aku punya kes kat pejabat tanah dh masuk 3 thn lebih belum selesai. Aku buat aduan since 2020 psl pe ...

biarpun ko ada original geran sebelum merdeka pun jika bukan nama ko, x guna gak rasa
Quote sayawifenikmie 28-3-2024 01:37 PM
ina_na replied at 28-3-2024 12:06 PM
X Tau la mcm mn mak iolss dl senang sgt dpt tarikh tuk p naik mahkamah tuk bahagi kan faraid tanah a ...

uikkkk .. kena ur mom nak u and adik lepaskan hak?
nak lepaskan hak kena isi dan sign 1 borang lepas hak

masa kami bicara pusaka abah
senang sungguh
pi pejabat tanah tu
tiba2 teringat nak mintak harta sepencarian
yg lain2 faraid
so mak dapat 1/2 as harta sepencarian
1/2 lagi bagi2 faraid

Syukur Allah mudah kan urusan.

kalau betul via loyer urusan ajdi lebih smooth / cepat
tak aci lahh ...
Quote VespaSilbe 28-3-2024 02:21 PM
Nak cepat bayar chouls.. tu pun tak reti2.. mak iols bayar 3k duit ikat tepi kat fomfuan tudung labuh
Quote kitaserupaaa 28-3-2024 02:30 PM
vespa_oren replied at 28-3-2024 01:18 PM
biarpun ko ada original geran sebelum merdeka pun jika bukan nama ko, x guna gak rasa

Geran mmg atas nama sendiri. Tukar nama pun buat kat pejabat tanah juga. Pejabat tanah sendiri mengaku dorg tak buat pelupusan hak milik orang A bila org A jual pada org B. Kiranya org A ni jual 2x la kot. Aku pun tak sure sgt  
Quote nuhanis 28-3-2024 02:30 PM
Memang pun. ingat lagi aku call pejabat tanah, orang yg jawab greeting tu sambil menguap. siot la.suara acik2.

Lps tu, kalau takdak tukang buat kerja tu, kerani lain mmg xleh tolong handle. Elok pulak sambil2 baca paper gosip2 rakan sekerja (bukan kaunter), tapi org ada kat depan tu kot still boleh nampak perilaku keji mcm tu. Ni aku pi 10 tahun lps.  
Quote shi_jewel 28-3-2024 02:44 PM
sama je konsep kat sini... dah hantar, cop dokumen utk mohon NCR...last2x org yg mohon akhir dapat ambil sebab dihulur duit.

tunggu je masa i report. nampak sgt rasuah.. sampai ke akhir hayat keturunan yg bekerja di jabatan tanah yang mengamalkan konsep rasuah ni akan disusahkan la hidup ko sepanjang hayat termasuk bos2x di atas.

btw, kat mana nak report salah laku jabatan tanah ye?

even weol dh lantik loyer pun, loyer cakap susah nak fight sebab orang kaya yg hantar document utk tuntutan NCR dah dapat title tanah walaupun dia hantar lewat beberapa tahun dari kitaorg.
Quote zehra2 28-3-2024 02:45 PM
hmm kat sini ok je. pernah terlibat 2x urusan jual beli tanah sawit. guna lawyer yg berjual beli dgn sedara mara..
yg tk guna lawyer.. ada sorang haji ni buat dokumen jual beli sendiri. jimat 7ribu.
tanah ni. payah nya bila brkongsi geran. kalo dgn makcik pakcik ok lg.. ni kalo nama nyai yg dah mereput dlm kubur.. koser laa..
ko kena cari org paling tua dlm kampung utk sahkan hubungan tu.
Quote SedihPedih 28-3-2024 03:06 PM
Diorang ni x malu ek kena kecam dh lama, servis mcm tu juga?

Lihat semua komen(100)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.047575 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top