CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Orang Suruh Saya Balik Kampung” – Terkilan Harga Nasi Arab Disamakan Dengan Zionis, Cef Ammar Menangis Kongsi Kisah Hidup Susah

27-3-2024 01:47 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10096| Komen: 67

Description: Boleh dikatakan nama Cef Ammar sering kali menjadi perhatian setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.



Boleh dikatakan nama Cef Ammar sering kali menjadi perhatian setiap kali menjelangnya bulan Ramadan.

Baru-baru ini, namanya terpalit dalam satu kontroversi, dimana dia didakwa bersikap riak dan ‘merampas’ tapak gerai milik orang di bazar Ramadan, namun hal itu telah pun diselesaikan.

Kalau boleh jual RM10, dah lama jual murah

Terbaru, melalui platform X, tular video temubual Cef Ammar yang mendedahkan kos perbelanjaan untuk nasi Arab yang dijual.

"Tapak, barang-barang, transport, bunting, printing, bahan mentah cecah RM500,000."

Dalam pada itu, Cef Ammar turut memaklumkan segala proses masakan untuk dijual di bazar Ramadan dilakukan di sebuah kilang dan tidak akan menggunakan restoran.


‘Saya terkilan orang kata harga nasi Arab harga Zionis’
Tohmahan mengenai harga makanan milik Cef Ammar sering kali kita dapat lihat diperkatakan oleh warganet dan itu sememangnya membuatkan cef tersebut berasa terkilan.

Cef Ammar berkata nasi Arab yang dijual diletakkan harga sedemikian kerana bahan yang digunakan memang berkualiti dan sangat mahal jika mahu dibeli.

Cef Ammar menitiskan air mata
Selepas ditanya momen susah yang pernah dilalui olehnya, Cef Ammar tidak dapat menahan sebak apabila memberitahu pernah di satu saat dia tidak mempunyai pekerjaan selepas berhenti daripada menjadi tukang masak di sebuah hotel yang mempunyai isu status halal.

"Saya tak boleh bagi anak makan. Saya cuci kereta tau, saya cuci tandas masjid."

Namun begitu, dia tetap bersyukur kerana dapat memberi hasil titik peluh daripada melalukan pekerjaan yang halal.

SUMBER : X/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 27-3-2024 02:03 PM
bragging......
Quote pengecatbintang 27-3-2024 02:04 PM
Edited by pengecatbintang at 27-3-2024 02:05 PM

kalo dia jual mahal

dan ko plak x mampu beli..

jgn ler beli...

diam2 sudah..

poket kempis, napsu gajah

lepas tu komplen sana sini gomen x gune

ubah mindset kpd "ukur baju di badan sendiri"
Quote Ahriman 27-3-2024 02:15 PM
Ew.sapa je yng percaya dengn air mata palsu dia.
Quote ezacbee 27-3-2024 02:18 PM
Drama sangat. Sikit2 jual air mata. Lembik.

Klo aku harga mahal sangat xpayah beli. Ni dahler x mampu beli pastu sukahati suruh jual murah. Tah hapa2 je.
Quote noor2 27-3-2024 02:22 PM
Euwwwww dah mcm bangsa Rohingya...drama much...dtg negara org x sedar diri...suruh balik menangis...pirahhh
Quote noor2 27-3-2024 02:24 PM
Bangsa kau penuh derita kat sana nun..tp kau hidup senang lenang kat sini...pasty berlagak
Quote royaldanish 27-3-2024 02:25 PM
setahun sekali drama dia ni
Quote Purplehaz 27-3-2024 02:30 PM
Nak cari rezeki tu mmg byk ujian...takda apa yg mudah..janji berkat
Quote prettyuglybabe 27-3-2024 02:48 PM
mula dah 30 hari puasa 30 drama dia keluar
Quote lightheaded67 27-3-2024 02:52 PM
entahlah aku tak paham ape hype sgt smua berapi dgn dia ni.. tp gudluck dan smoga barokah dlm mcari rejeki?? sbb org2 kita juga yg koje cari pndapatan dgn dia kan? kemon la.. 43 org dpt gaji bulan2. jnji tak scam org dah ler. ke ade scam tu yg org panas?? aku taktau la citer dia ni hoho
Quote KamikuP 27-3-2024 03:06 PM
Dah tau mahal yg gigih beratur beli tu pasaipaaaaaaaaa?
Pastu komplen kat medsos... dasar b40 dan seangkatan dengannya
Quote mrseller 27-3-2024 03:06 PM
Ereb bole berambus jual nasi ko dkt gurun sana.
Quote Abahmung 27-3-2024 03:09 PM
Biarlah..atleast dia bagi peluang kerja kat org tempatan.


Done bekap.
Quote kerunai 27-3-2024 03:12 PM
sedap sangat ke lmbshank dia ni

honestly la ...share la sket..mmg gila babas sedap ke apa ?
Quote She-Ra 27-3-2024 03:15 PM
masuk sini bkn nak komen pasal dia tp nk bgtau je, tahun ni mmg byk harga barang naik ke ekk?? boleh tahan harga2 makanan kt param
Quote _blackbird 27-3-2024 03:23 PM
boikot palestine...!!!! selamatkan kambing dari kena golek...!!!

Quote emera 27-3-2024 03:40 PM
Asal bulan puasa je, mamat ni timbul kat porem.
Quote melekaifc 27-3-2024 04:35 PM
sedap nasi ereb chef ni dalam ketegori dia. tapi sedap lagi saba.
Quote B40tastePosh 27-3-2024 04:41 PM
Kenaoa tak jual Nasi Minyak...kenapa jual Nasi Arab???

Tak minat nasi Arab...kering, sama macam Nasi Tomato..Nasi Minyak je sedap

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.055572 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top