CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Dia Lahir Dalam Dulang Emas, Mana Nak Faham Perit Orang” – Respon Luahan Pemanggil Di Radio, Neelofa Dikritik Tiada Empati

25-3-2024 07:15 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 24037| Komen: 102

Description: Tak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik, sebab apa? Sesetengah orang mendengar luahan orang lain namun tanpa sedar, mereka tidak validate perasaan individu tersebut.


Tak semua orang boleh menjadi pendengar yang baik, sebab apa? Sesetengah orang mendengar luahan orang lain namun tanpa sedar, mereka tidak validate perasaan individu tersebut.

Malah, kadang kala nasihat yang diberikan pula seperti tidak sesuai atau bukanlah apa yang sepatutnya didengari oleh individu yang meluahkan.

Baru-baru ini, pengacara dan usahawan Neelofa dikritik ramai warganet selepas dia memberikan nasihat kepada seorang pemanggil yang membuat panggilan ke radio untuk menceritakan kisah hidupnya.

Menerusi perbualan itu, individu terbabit menangis menceritakan trauma yang dilaluinya apabila ditinggalkan oleh ibu kandung yang melarikan diri dan terus hilang ketika dia berusia 13 tahun.

Ujarnya lagi, tidak lama selepas itu bapanya pula meninggal dunia dan dialah yang terpaksa membesarkan adik-adik tanpa ibu bapa sehinggalah kini usianya sudah 20 tahun.


"Bayangkan ye, tak lama lepas mak dia lari ayah dia meninggal. Dia masa ni sekolah lagi dan dia cuba cari mak dia tapi tak dapat. Call mak tak angkat!"

Tambah individu itu, disebabkan apa yang berlaku dia tidak dapat memaafkan ibunya kerana lari meninggalkan keluarga hanya kerana mahu menjadi isteri kedua kepada lelaki lain.

"Caller dah umur 20-an. Adik-adik dia pun dah stabil. Tiba-tiba baru mak datang balik. Dan mak rileks je nak perkenalkan suami baru dan anak-anak baru dia."


Selepas mendengar luahan hati individu itu, Neelofa terus menasihatinya untuk memaafkan sahaja ibunya. Nabil pula kemudian berkata caller akan berasa menyesal jika ibunya meninggal dunia sebelum dia memaafkan.

Respon mereka dikritik warganet di TikTok yang menganggap tiada empati kerana mereka langsung tidak validate perasaan, rasa sakit dan kecewa dirasai oleh individu tersebut.

Loading FB Post...

"Sakit tetap sakit. Dia berhak untuk marah dan taknak maafkan mak dia. Masa budak lagi dia yang jadi mangsa konflik orang dewasa."

Menerusi TikTok juga, ramai yang turut mengkritik stesen radio mengambil Neelofa untuk memberikan nasihat tentang hal sebegitu.

Malah, rata-ratanya berpendapat dia tidak akan dapat faham kerana Neelofa dilahirkan dalam keluarga yang kaya raya dan ada yang mencadangkan stesen radio mendapatkan hos yang lebih baik (untuk segmen sebegitu).


SUMBER : Facebook/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anakkerengga 25-3-2024 07:33 PM
Ntah knp hati hitam aku ckp, caller tu mcm dah dirancang. Nak bg sedap segmen radio
Quote timah03 25-3-2024 07:54 PM
Dia bkn Lahir2 kaya ye... Yg Lahir2 kaya tu adik dia...
Quote alieyrina 25-3-2024 08:00 PM
Radio mana. Harusla ku boikot. Dia ni bimbo mana bekawan dgn org. Dia tau ka makna susah tu
Quote pinkzara 25-3-2024 08:08 PM
alieyrina replied at 25-3-2024 08:00 PM
Radio mana. Harusla ku boikot. Dia ni bimbo mana bekawan dgn org. Dia tau ka makna susah tu

Bajet bagus manjang.
Tak sudah2 nak tazkirah org.
Org baru belajar agama mmg gini perangainya.

1 word- ARROGANT!
Quote ichigo02 25-3-2024 08:13 PM
dia da jadi dj radio ke
Quote Geeayden 25-3-2024 08:28 PM
alieyrina replied at 25-3-2024 08:00 PM
Radio mana. Harusla ku boikot. Dia ni bimbo mana bekawan dgn org. Dia tau ka makna susah tu

Ada nabil rasanya radio era kan...langsung x minat dgn era
Quote cahaya_almas 25-3-2024 08:37 PM
Tk payah ler jemput dia lg..biar je dia je dia duk jual2 brg dia kt tiktok..
Quote slyfynx 25-3-2024 08:39 PM
Ni mcm dirancang je ni
Konon2 nk bg nasihat
Last2 kene maki ngn semua
Quote SpyLeman 25-3-2024 09:05 PM
Aku baca ni kat IG ohmymedia. Ada la beberapa ketul kutuk hajjah ni, teruk la bala tentera Jah gi serang netizen tu. Ada komen yg ungkit pasal Jah sendiri tak berbaik dgn ayah kandung, lagii nak srh org lain maafkan org. Jah mmg ramai bala tentera fake account utk menyerang komen kat socmed
Quote doodlediddle 25-3-2024 09:10 PM
Annokkkying tino ni! Diri sndri x Betul ade hati nk nasihat kan orang. Hubungan kau dgn Bapak kandung kau Mcm mne???? Xde pun nmpk beraya bersama? Sambut birthday ke ape2 keraian lah…nyampahhh! Eh dia ni xperlu limelight dah. VERY IRRELEVANT SBB TIBAIUNTA SGT!
Quote Jajabeans 25-3-2024 09:14 PM
Aku tgk biasa je dia nasihat. Dh nama Nye neelofa. Buat apa pun org nyampah. Netizen biasa lah dia nk dgr apa yg dia rasa nk dgr.
Quote fefeeling 25-3-2024 09:57 PM
Apa jadi kt muka dia sebenarnya smp terus berniqab tu
Quote Cleocatra 25-3-2024 10:19 PM
Lahir dulang emas?………..dulang berkarat baru ye..
Quote Tudungpink 25-3-2024 10:20 PM
Nasihat dia tak kene masa n situasi .. tp fanatik lopa memang tu je la modai konon ayat "asal neelopa je ada benda tak kene".. memang tak kene ..tp korang tak boleh terima.. dia patut tenangkan budak tu dulu .. benda yg si lopa tu cakap dia pun tau .. DJ sinar lagi memahami dr si lopabil ni.. kali ni niat nak jadi Terpaling dikecam ..
Quote aemon 25-3-2024 10:24 PM
Dia bukan lahir dalam dulang emas,tapi istidraj dari Allah.Sebab tu dorang makin kaya perangai makin bangsat.
Quote patchipink 26-3-2024 12:15 AM
ni kira antara latest jahlop lah kan?
masih gigih berinai kukunya yek?
terasa macam masih pengantin baru ker guane?
Quote SpyLeman 26-3-2024 12:37 AM
doodlediddle replied at 25-3-2024 09:10 PM
Annokkkying tino ni! Diri sndri x Betul ade hati nk nasihat kan orang. Hubungan kau dgn Bapak kandun ...

Ko try komen mcm ni kat socmed nak tau berapa ramai bala tentera dia dtg bekap
Quote captainQUE 26-3-2024 01:29 AM
Bila radio sampah Panggil sampah Jadi penyampai, inilah jadinya…
Quote amarakasih 26-3-2024 01:48 AM
Namalah ‘counsellor’ jadian yang perasaan dia yang terpaling, itulah kejadiannya. Jangan banyak cakaplah kalau bukan your expertise

Lihat semua komen(102)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:17 PM GMT+8 , Processed in 0.408251 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top