CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Izzue Islam Percaya Tak Perlu Berdua-Duaan Untuk Bina ‘Chemistry’, Tahu Jaga Batas Sendiri

20-3-2024 11:55 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 23097| Komen: 45

Description: Pelakon dan pengacara terkenal, Izzue Islam berkata dia tidak memerlukan sesi tambahan bersama pelakon wanita bagi membina keserasian dalam sebuah drama. Sebaliknya ia boleh dibina di lokasi penggamba ...



Pelakon dan pengacara terkenal, Izzue Islam berkata dia tidak memerlukan sesi tambahan bersama pelakon wanita bagi membina keserasian dalam sebuah drama. Sebaliknya ia boleh dibina di lokasi penggambaran sahaja tanpa perlu dibawa ke luar set.

Tambah Izzue, dirinya cukup dengan masa di lokasi penggambaran untuk membina chemistry bersama pelakon gandingannya. Tambahan pula, ada masa-masa lain seperti masa berehat untuk berlatih bersama.

Sebagai contoh, ketika dirinya berlakon dengan aktres Ummi Nazeera baru-baru ini. Menurutnya, meskipun menjaga batas, mereka tetap menemui keserasian yang diperlukan.

"Kita berjumpa setiap hari dan berlatih di lokasi penggambaran dan waktu break untuk makan pun sudah boleh bina chemistry sesama pelakon."

"Setakat ini, saya berlakon dengan pelakon Ummi Nazeera, walau kami tak bersentuhan pun orang tetap boleh terima dan dapat rasa kami berdua ni sepasang suami isteri dalam drama."



Selain itu, aktor berumur 33 tahun ini turut menjelaskan bagaimana dirinya membawa karakter dalam sebuah drama tanpa memerlukan adegan bersentuhan dengan pelakon wanita.

Pada masa yang sama, ketika disoal pandangannya tentang bekerjasama dengan artis yang terpalit dengan kontroversi, Izzue berkata dia tidak mempunyai masalah sekiranya kedua-dua pihak bersikap profesional di lokasi.

"Setakat ini, saya tidak pernah digoda artis wanita tapi saya tahu ada beberapa pelakon yang tak selesa dengan saya sebab tak boleh bersentuhan dalam lakonan."

"Saya pernah beberapa kali digandingkan dengan artis yang sebegitu (kontroversi) sebelum ini."

"Setakat ini tiada masalah sebab mereka mungkin sudah tahu kalau berlakon dengan saya tak boleh bersentuhan dan pada masa sama, isteri juga ada di lokasi."

Terdahulu, salah seorang kru penerbitan drama bersiri yang dilakonkan oleh pelakon sensasi Aliff Aziz dan Ruhainies mendedahkan mereka sering terlihat bersama dan terlalu rapat dengan alasan bagi membina chemistry di lokasi penggambaran.

SUMBER : Harian Metro/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 21-3-2024 03:56 AM
Saya sokong izzue.

Kalau memang pandai berlakon, tak perlu sentuh² tu pun boleh je menjiwai watak.
Quote chandrahusin 21-3-2024 03:59 AM
Betul
Tak payah bersentuhan
Tak payah bernyanyi2an
Quote menjad 21-3-2024 05:42 AM
Nih dah 'cut' pung tangan masih nak cuit sana sini, bergurau senda ... Kemistri konon. Miangggggg beno nyer
Quote rbmy 21-3-2024 06:56 AM
izzue islam ni mmg baik.
siapa lagi yg berlakon tak pegang2 alip satar pun pegang berlapik kan.. ke aku salah..
Quote Suchi 21-3-2024 07:12 AM
Heran pelakon yg nak gak bersentuhan dan lagi heran ngn pengarah kuat berangan suka sgt buat scene sentuh2 peluk padahal melayu isley.

Izzue ni takde pun ngaku berhijrah ke, join tabligh ke
Tp elok je dia bleh berlakon tanpa ada adegan bersentuhan.
Quote adeqbun 21-3-2024 07:53 AM
Suchi replied at 21-3-2024 07:12 AM
Heran pelakon yg nak gak bersentuhan dan lagi heran ngn pengarah kuat berangan suka sgt buat scene s ...

yg ni btol..die xpenah pon claim ape2..bini po xde la berniqab..elok je free hair..sbb die tahu batas dan jaga hati isteri..
Quote MeowPARSI 21-3-2024 08:12 AM
Teringat2 air mata izue tumpah masa Ina accept lamaran dia.. Sedih yakmat..
Quote n3ar 21-3-2024 08:33 AM
teringat esbox sampai dukung bermanja kat pantai la, hisap jari dicalit kek la...dukung sana sini la...

sebab nak dapat keserasian ke
Quote cik_ingeniare 21-3-2024 08:39 AM
betul apa izzue cakap.. tak perlu pun sampai ke tahap berdua-duaan, nyanyi nyanyi semata nak create chemistry.. dah nama pun pelakon bukan pelakor nokss.. habis shoot, habis takat situ je la.. ni melarat sampai pi karok sama sama, pi dinner kat rumah orang yg sah sah bukan muhrim kau
Quote Kakalongmu 21-3-2024 08:45 AM
Salah seorang pelakon yang kaka salute. Muka herlok, lakonan mantap, setia pada yang satu. semoga samawah kamu berdua.
Quote IzzahF 21-3-2024 08:56 AM
betul sgt tu, dah kenapa yg sekor tu berlakon scne biasa2 tp nk dpt chemistry smpai nk kena beromen plak? hauknya tak professional
Quote esbok 21-3-2024 09:30 AM
Edited by esbok at 21-3-2024 09:32 AM
rbmy replied at 21-3-2024 06:56 AM
izzue islam ni mmg baik.
siapa lagi yg berlakon tak pegang2 alip satar pun pegang berlapik kan.. ke ...

Aku da jarang follow cerita melayu. Tak tau cerita latest apa dia skang.

Jadi cerita lama yang aku approve statement ko ni, cerita dulu2 yang alip berlakon dgn siti nordiana. Honey madu ke apa entah, memang sampai.
Lakonan depa tak perlu bersentuhan pun, tapi lakonan depa bercintan cintun tu memang sampai. Dengan aku tersengih2.

Izzue ni dulu berlakon dgn anzalna zaman free hair, tajuk aku tak ingat. Yang tu pun sama, tak bersentuhan pun tapi sampai feeling laki bini walau time tu ada kontrobersi
Quote jihyomelly 21-3-2024 09:32 AM
betul la tu berpada2…memang keja berlakon tapi xde la sampai kat luar pun nak berlakon…so far pokju memang suami yang bagus
Quote kisahkeaku 21-3-2024 09:49 AM
tp skrg ni izzue byk blakon jd watak jahat je xde jd hero cintan cintun.mcmana nk mesraaaaa dgn heroin luar drama?
Quote marchikobonzo 21-3-2024 10:03 AM
Kita kena support retis laki yang clean macam dia ni..elok je jaga reputation
Quote deebiz14 21-3-2024 10:06 AM
Betul tu. Da bape ramai ntah heroin heols, da byk drama. Helok je blakon menjadik je sumer.Alasan je nak create2 chemistry ni sumer.




Quote MissVixen 21-3-2024 10:09 AM
Semoga berkekalan tanpa kontroversi.
Isteri dia freehair pun suami tahu jaga batas pergaulan. Yang claim masuk tabligh tu kena tangkap basah.
Quote pembacagosip 21-3-2024 10:24 AM
alaaa best lakonan dia dlm rindu kasih
zaman letoopan dulu dia berlakon ngn tiz zakiah sebenarnya dia suami saya pun x over la lakonan x ada cinlok walaupun dorang sama single dulu
Quote KamikuP 21-3-2024 10:58 AM
Abe ju memey baik helok lak tu.. ekekek

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:39 AM GMT+8 , Processed in 0.155647 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top