CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Patut Orang Dah Tahu, Memang Darjat Ibu Kena Lagi Tinggi Dari Sesiapa Pun” – Fizo Omar

28-2-2024 09:40 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 33276| Komen: 364

Description: Pelakon Fizo Omar memberi peringatan kepada orang ramai untuk meletakkan darjat seorang ibu lebih tinggi daripada orang lain.



Pelakon Fizo Omar memberi peringatan kepada orang ramai untuk meletakkan darjat seorang ibu lebih tinggi daripada orang lain.

Menerusi satu hantaran video TikTok Keluarga.my, Fizo juga menganggap bahawa doa seorang ibu sangatlah mustajab dan sangat rugi jika seseorang itu tidak menjaga mereka dengan baik.

"Patut semua orang dah tahu, memang ibu darjat kena tinggikan daripada sesiapa pun. Dia yang paling kita kena utamakan. Siapa yang masih ada ibu, tidak mempergunakan ibunya, dia rugi tau".

Ujarnya lagi, anak-anak boleh menghargai seorang ibu dengan memberikan gaji atau elaun setiap bulan.

"Guna itu macam mana? Guna ibu… ibu ini kau boleh bagi gaji bulanan, bagi elaun setiap bulan. Kerja dia apa? Kerja dia doa saja. Kerja dia minta saja, kau nak buat apa-apa hari-hari".


"Beritahu saja, hari ini nak keluar, nak buat ini la, busines ini, kerja ini, doa sikit. Doa ibu tak pernah ditolak tau. Kadang-kadang macam saya ini, saya tak hebat, saya pun tak tahu macam mana Allah bagi rezeki pada saya."

Tampil memberi penjelasan tentang isu ‘mempergunakan’ ibu, Fizo berkata seseorang itu sangat rugi jika tidak menggunakan ibu sebagai senjata doa untuk kehidupan harian.

“Kalau orang yang ada mak, tak gunakan kelebihan seorang ibu, memang rugi sangat. Korang rugi sangat. Bila kita tahu darjat seorang ibu itu di sisi Allah S.W.T baru la kita tahu ‘uish power mak aku ini’. Baru kita sayang dia lebih. Semua nak berjaya kan, nak kaya, nak hebat, nak bahagia, gunalah mak. Mak saja access dengan Allah. Allah yang beri pada kita.” ujarnya lagi.

SUMBER : TikTok/Beautifulnara

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pinkzara 28-2-2024 09:50 PM
Tak suka mak yg jenis asik nak ngendeng melampaj dgn anak2. Mmg la lelaki tu anak hang, tapi dia pun ada tanggungjwb kat wife dia.
Anak sekalipun, jgn la over sgt.
Rezeki tu bukan asbab mak saja, isteri pun blh jadi asbab rezeki.
Quote Whitney72 28-2-2024 09:54 PM
Betol lar ko ckp Fizo...tp lbh afdalnya pemberian pd ibu dari titik peluh ko sendiri..bkn sepenuhnya dr titik peluh bini ..
Quote menjad 28-2-2024 10:00 PM
Awat bini tak ikut?

Statement macam nak smpaikan maksud tersirat pada bini jer
Quote cm_vungtau 28-2-2024 10:26 PM
Doa ibu pun ye gak, tapi kalau takde usaha ko ingat makbul ke? Entah2 bini ko yang kerja kuat. Pastu semua kredit kasi kat mak.
Quote Lampuled 28-2-2024 10:27 PM
Terpaling ada mak. Elok lah semua anak² girl.
Kang tua nnti jgn melukut pulak kat menantu nk beraya dgn anak.
Quote epal_putih 28-2-2024 10:28 PM
Doa bini juga mustajab
Quote Nham22 28-2-2024 10:31 PM
Ini spesis anak didik zizang semang yg mmg agungkan doa seorg ibu...mmg zizang semang itula point paling besau die... Tp tula... Payah bila dpt suami yg menuntut dgn zizang semang... Dan die pegang kuat bende tu sampai perasaan isteri terabai..... Bila perasaan isteri terabai ko x gunekan kuase veto ko ke atas isteri xpe gak... Ini dosa paha pandai plak ko atur dalam rumah tangga... Tp hati isteri xreti nak jaga... Maruah isteri xreti nk tinggikan darjat...ramai suami mcm ni.... Gunekan kuase veto menindas isteri
Quote akies 28-2-2024 10:34 PM
Hurmmm..gaduh dengan bini kaa
Quote MissVixen 28-2-2024 10:36 PM
Duduk dengan ibu je la. Buat apa kahwin. Ada doa ibu je pun boleh masuk syurga. Susahkan anak dara orang je nak jaga makan pakai kau.
Quote cm_vungtau 28-2-2024 10:48 PM
Masa ko bengkrap hari tu sebab siapa?
Quote Ennadey 28-2-2024 11:02 PM
MissVixen replied at 28-2-2024 10:36 PM
Duduk dengan ibu je la. Buat apa kahwin. Ada doa ibu je pun boleh masuk syurga. Susahkan anak dara o ...

Well said!
Quote tukul 28-2-2024 11:07 PM
Sesuatu aje si pijo ni...tgh2 up bini dia org speku....
Quote katakauu 28-2-2024 11:27 PM
kihkihkih
jengjengjenggggggg

tahniah kat dak ros dah lari dari keluarga ni
Quote Manusiabesa 28-2-2024 11:59 PM
JENG JENG JENG.
BAKPO AKU RASA KT IG MCM PIJO X POLLOW WIFE.
AND WIFE XFOLLOW PIJO.

ANOK MA DAH XKUADD KE NK HADAP KHIDUPAN BARU SKRG.... TIBA2 PULAK TU UP STTUS PUJI2 KO MA....
Quote swimswim 29-2-2024 12:05 AM
Masa kawen dulu tak mtk ma doakan bahagia ke akhir hayat ke? Tanya jurr
Quote irvene 29-2-2024 12:25 AM
kak ros tersenyum sinis. kita tgk berapa lama bini baru boleh bertahan. semoga kuat bininya sekarang & aku harap fizo berubahlah. tak suka jantan mcm ni.
Quote bankerpencen 29-2-2024 12:39 AM
Kahkahkah. Memang jantan bodo tak boleh pakai. Siapalah yang hadap sangat jantan pendek ni
Quote Carcosa 29-2-2024 12:43 AM
Keluarga parashit. Dari kepala, sampai kaki.
Kalau kau seorang mak yg bagus, kau takkan rebut anak jantan kau yg dah berbulu, yg dah bersepah 2 wanita dia tabur sperma. Sayang anak berpada2 makcik oiii. Bkn halang anak makcik syg makcik, tapi ni dah mcm nak kongker sorang. Dah makcik je lah sign borang nikah the Next one ye makcik
Quote bukan_ustazah 29-2-2024 01:04 AM
Habis baik pada isteri doa tak makbul? Takde rezeki?? Abe jo ni ada yang duda kali ke 2 takkan tak belajar sejarah dahulu

Lihat semua komen(364)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:35 AM GMT+8 , Processed in 0.166191 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top