CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hantu Budak Dirakam Di Rumah Perang Dunia Kedua

18-2-2024 06:57 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 5550| Komen: 6

Description: LONDON – Seorang wanita mendakwa merakam imej lembaga menyerupai kanak-kanak di sebuah rumah agam terbiar di Britain, lapor akhbar Mirror UK semalam.

LONDON – Seorang wanita mendakwa merakam imej lembaga menyerupai kanak-kanak di sebuah rumah agam terbiar di Britain, lapor akhbar Mirror UK semalam.

Rumah itu milik seorang bekas Ahli Parlimen, Horace Trevor-Cox yang berkhidmat semasa Perang Dunia Kedua.

Selepas kehilangan kerusi pada 1945, Trevor-Cox tinggal di rumah tersebut yang terletak berhampiran Salisbury, di luar bandar Wiltshire.

Dia meninggal dunia pada 2005 dan rumah itu kini terbiar. Bagaimanapun, seorang wanita bernama Jayde McKenner berasa terganggu ketika melawat rumah tersebut baru-baru ini.

“Saya ingin melihat bagaimana keadaan rumah itu. Semua perkakasan di dalamnya adalah barangan lama seperti perabot vintaj dan almari gaya Perancis. Terdapat juga banyak sarang labah-labah dan lubang di lantai.

“Saya berasa seperti sedang diperhatikan. Seluruh tempat itu mempunyai perasaan ngeri,” katanya.


Dalam salah satu gambar dirakam, satu lembaga kelihatan seperti kanak-kanak dikatakan memandang ke arah kamera dari hujung koridor.

“Saya duduk di atas katil dan mula melihat kembali gambar yang dirakam. Saya percaya ia adalah hantu,” jelasnya. – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 19-2-2024 12:41 AM
Ingat negera seberang
Quote Kurex 19-2-2024 11:49 AM
tak jelas la penampakan hantu budak tu...
Quote Freddyy 19-2-2024 05:04 PM
Edited by Freddyy at 20-2-2024 05:28 AM

How are you?
Quote Freddyy 19-2-2024 05:08 PM
Edited by Freddyy at 20-2-2024 03:10 AM

I have recently become acquainted with a good bookmaker in bangladesh . It's betting casino platform Melbet.  Impressions were positive. There is a lot of games and slots, as well as a sports betting section. Very user-friendly interface. Large selection, as well as daily events and contests.
Quote doubleA 19-2-2024 06:56 PM
Tak de pula perompak barang antik eh?
Quote plywood 19-2-2024 09:34 PM
korang kena besarkan pic baru nampak muka budak sebelah kiri putih sebelah kanan hitam... penat juga besar dan kecikkan mata cari gambar budak

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:29 AM GMT+8 , Processed in 0.336530 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top