CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ismail Sabri Buat PhD di UUM, Tesis Pengalaman Malaysia Tangani COVID-19 - “Tak Sangka Tua-Tua Masih Jadi Pelajar”

16-2-2024 11:56 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27768| Komen: 42

Description: KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memaklumkan kembali bergelar mahasiswa apabila menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).


KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob memaklumkan kembali bergelar mahasiswa apabila menyambung pengajian di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Dalam hantaran di media sosial, bekas Naib Presiden UMNO itu memaklumkan, sudah menerima kad pelajarnya.


"Alhamdulillah hari ini dapat kad pelajar. Rasmi, hari ini saya jadi pelajar. Tak sangka tua-tua masih jadi pelajar.

"Inilah yang dikatakan belajar sepanjang hayat," katanya.

Ismail, 64 adalah graduan jurusan undang-undang di Universiti Malaya kemudian menjadi peguam pada 1985 sebelum menceburi arena politik dua tahun selepas itu.

Loading FB Post...

Difahamkan, bekas pegawai kanannya, Kamarul Zaman Yusoff yang juga pensyarah kanan universiti itu akan menjadi penasihat tesisnya.

Beliau akan menyediakan tesis berhubung tindakan yang diambil negara dalam menangani wabak COVID-19 dan sudah membentangkan cadangan penyelidikan untuk ijazah doktor falsafahnya (PHD).

"Tesis saya mengenai tindakan Malaysia dalam memerangi COVID-19.

"Malaysia diiktiraf oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) sebagai antara negara yang terbaik dalam memerangi COVID-19," katanya.

Ismail berkata, tiada satu pun negara yang boleh dijadikan contoh dalam pengurusan wabak itu kerana ia kali pertama melanda dunia.

"Saya berharap dunia dapat melihat bagaimana pengalaman dan tindakan Malaysia memerangi COVID-19," katanya lagi.

Perkongsian Ismail Sabri itu mendapat maklum balas positif netizen dengan rata-ratanya kagum dan mengucapkan tahniah kerana menyambung pengajian.

"Tahniah Datuk Seri. Pembelajaran tiada had, dari buaian hingga ke liang lahad. You really walked the talk' (cakap serupa bikin).

"Semoga Datuk Seri akan terus berjaya dalam karier sebagai ahli politik," tulis pengguna IG dikenali sayaencikahmad.

"Semoga berjaya Datuk Seri. Bangga kad matrik kita sama," katanya.

Sumber : Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 17-2-2024 01:01 AM
Bukanke DSNR pun sambung phd kt sg buloh kan
Quote kotakbaju 17-2-2024 01:16 AM
Kenapa aku rasa tajuk tesis macam mudah sangat

Quote kotakbaju 17-2-2024 01:19 AM
Kalau la aku ni ada duit yang banyak, ada masa, takde komitmen apa dah, rasanya akan sambung belajar lagi. Tambah ilmu selagi buleh.
Quote Rogue98 17-2-2024 01:39 AM
Dia nak orang ingat lah tu yg dia pun terlibat sama... tu jer lah dia nak bangga kan pun. Masukkan lah sekali pkp2 bodoh tu. Sampai rakyat bunuh diri n kibar bendera putih..
Quote ezacbee 17-2-2024 05:22 AM
Jangan setahun dah siap tesis. Memang terer.  Cam si belon tu

Quote mawardia 17-2-2024 07:21 AM
Kau bayangkan kau examiner viva untuk ex PM
Quote midori888 17-2-2024 07:40 AM
kotakbaju replied at 17-2-2024 01:19 AM
Kalau la aku ni ada duit yang banyak, ada masa, takde komitmen apa dah, rasanya akan sambung belajar ...

meols kalu dah tua mcm dia, lagi prefer mendalami ilmu akhirat dari ilmu dunia...itu lebih baik dari sibuk hal dunia sedangkan kematian semakin hampir...
Quote Rdizz 17-2-2024 07:59 AM
Bukan boleh caya org famous buat phd kat uni tu, cth sorang pelakon famous otai, dah meniggal dah, org lain yg buat paper. Phd by research bkn pyh g kelas pun, last2 grad.
Quote ultra78 17-2-2024 08:25 AM
Elok la tu. Tak menyibuk dalam politik tanah air seperti saka tua tu
Quote Dwdrum 17-2-2024 08:40 AM
Bagus lah mail ambil topic ini... His personal experience sebagai PM ketika global pandemic bukan selalu jadi ..mahu saja baca his thesis walaupun dalam bahasa...
Quote jazaa100 17-2-2024 08:40 AM
Rogue98 replied at 17-2-2024 01:39 AM
Dia nak orang ingat lah tu yg dia pun terlibat sama... tu jer lah dia nak bangga kan pun. Masukkan l ...


Tobat le dia nk masukkn perkataan bendera putih, kita jaga kita, etc....m
Kena tulis yg molek² belaka
Quote jazaa100 17-2-2024 08:42 AM
midori888 replied at 17-2-2024 07:40 AM
meols kalu dah tua mcm dia, lagi prefer mendalami ilmu akhirat dari ilmu dunia...itu lebih baik da ...

Akk teringin nk sambung bljar amik usuluddin....
Kat UM ada....tapi tu lah...asyik bertangguh jer
Quote Gianna111 17-2-2024 08:48 AM
jazaa100 replied at 17-2-2024 08:42 AM
Akk teringin nk sambung bljar amik usuluddin....
Kat UM ada....tapi tu lah...asyik bertangguh jer

sementara masih muda,ada tenaga, otak masih boleh diasah dan ada masa ni elok segerakan..
Quote kotakbaju 17-2-2024 10:30 AM
midori888 replied at 17-2-2024 07:40 AM
meols kalu dah tua mcm dia, lagi prefer mendalami ilmu akhirat dari ilmu dunia...itu lebih baik da ...

Iye sis

Pada meols, ilmu akhirat penting, ilmu dunia penting jugak. Tak salah kan nak tuntut ilmu fardhu kifayah pada masa yang sama ilmu fardhu ain tidak dilupakan. Mana tau, dengan ilmu2 yang meols belajar, buleh meols ajarkan kembali untuk manfaat bersama. Buleh jadi bekal pahala untuk meols di sana nanti
Quote Tok_Batin 17-2-2024 10:52 AM
Senanglah dapat supervisor bekas orang bawahan
Quote ninja9 17-2-2024 11:03 AM
Tok_Batin replied at 17-2-2024 10:52 AM
Senanglah dapat supervisor bekas orang bawahan

ada advantage kah?
Quote Suchi 17-2-2024 11:06 AM
Rdizz replied at 17-2-2024 07:59 AM
Bukan boleh caya org famous buat phd kat uni tu, cth sorang pelakon famous otai, dah meniggal dah, o ...

Yg pengarah tu ker? Org kuat industri perfileman tu ker?
Quote Rogue98 17-2-2024 11:08 AM
Dengar kes dia pun dah nak naik. RM700 juta utk iklan kempen Keluarga Malaysia.
Quote Rogue98 17-2-2024 11:13 AM
jazaa100 replied at 17-2-2024 08:40 AM
Tobat le dia nk masukkn perkataan bendera putih, kita jaga kita, etc....m
Kena tulis yg molek² be ...

Mesti kena letak punye sbb benda tu significant utk menunjukkan keadaan rakyat masa tu.  .tak pernah2 lah kena kibar white flag. Nanti tak letak time viva kena belasah dgn examiner..

Lihat semua komen(42)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:00 AM GMT+8 , Processed in 0.331410 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top