CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pengantin Perempuan Dakwa Nasi Kenduri Basi, Ada Pelesit Dekat Pelamin – ‘Kenalan Suami Kata Ada Orang Hantar Santau’

16-2-2024 11:28 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 27567| Komen: 22

Description: Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pelik yang dialaminya sepanjang mengadakan majlis perkahwinannya menerusi aplikasi X.

Seorang wanita tampil berkongsi pengalaman pelik yang dialaminya sepanjang mengadakan majlis perkahwinannya menerusi aplikasi X.

Menurut wanita yang dikenali sebagai @izz_shaaaaa, antara peristiwa pelik yang dialaminya ialah makanan yang dihidang untuk tetamu secara tiba-tiba menjadi basi.

Bukan itu sahaja, pelamin perkahwinannya juga didatangi makhluk dipercayai pelesit sehari sebelum majlis pernikahannya.

"Masa malam nikah aku, ada pelesit dekat pelamin aku. Tiba tiba gerimis sekejap. Lepas itu banyak lagi kejadian pelik masa malam nikah."

"Esok itu bersanding, makanan jadi basi dan orang kampung ramai tak datang sangat sebab diorang kata mak ayah aku tak jemput padahal mak ayah aku pergi ajak diorang.

"Pagi sanding tu aku gaduh besar dengan mak aku depan orang ramai. Kau rasa?"

Tambah wanita itu, kenalan jauh kepada suaminya mendakwa kejadian yang berlaku itu disebabkan oleh santau yang dihantar dalam kalangan orang yang terdekat.


Lebih mengejutkan, individu yang menghantar santau itu juga dikatakan hadir sewaktu majlis penikahannya.

"Kenalan suami dari jauh kata malam saya nikah tu ada orang hantar santau, dan katanya orang terdekat. Dia nak buat keluarga saya malu. Sebab itu makanan jadi basi".

"Dan orang itu ada masa saya sanding dan nikah, sedih gila".



Di akhir ciapannya itu, wanita tersebut turut memaklumkan dirinya dan keluarga mengalami gejala cirit birit dipercayai disebabkan oleh perbuatan ilmu hitam tersebut.

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote iza_just2c 19-2-2024 10:25 AM
macam mana ghupe pelesit..tak pernah tengok
Quote ajinomotonosuga 19-2-2024 11:15 AM
iza_just2c replied at 19-2-2024 10:25 AM
macam mana ghupe pelesit..tak pernah tengok

macam madani laaa..camna lagi
Quote Kurex 19-2-2024 11:57 AM
bod misteri dah tak berfungsi ke?
Quote kucingitam 19-2-2024 12:22 PM
iza_just2c replied at 19-2-2024 10:25 AM
macam mana ghupe pelesit..tak pernah tengok

yang aku baca dulu, dia menyerupai belalang, tapi warna coklat/perang camtu la.. kalau kau tarik dua badan dia, ada rambut dalam tu.
Quote shernazz 19-2-2024 09:44 PM
Dolu tok iols tau iols Akan balik Bila dia nampak pelesit dalam rumah...
Dari kecik lagi...
Entah apa tanda..tok iols tak nak bgtau ..
Iols pung peliks..
Sebab masa baby..iols kena.tutup dengan tudung saji baby sebab pelesit dok kerumun iols..
Huhu..mistik sungguh
Quote noell 19-2-2024 09:47 PM
shernazz replied at 19-2-2024 09:44 PM
Dolu tok iols tau iols Akan balik Bila dia nampak pelesit dalam rumah...
Dari kecik lagi...
Entah ap ...

tuh tandanya you adalah tuan peleset tuh sis byk tahniyah
Quote shernazz 19-2-2024 10:57 PM
noell replied at 19-2-2024 09:47 PM
tuh tandanya you adalah tuan peleset tuh sis byk tahniyah

Hahahaha
Hampeh..
Iols tak tau pasal mende Ni
Dah beso Baru tok iols bgtau..
Walaupung kitorang balik mengejut..tok iols mesti tau iols Akan balik sebab pelesit Akan datang rumah dia...
Tak boleh nak surprise lah
Quote dua_chzy 19-2-2024 11:04 PM
shernazz replied at 19-2-2024 01:44 PM
Dolu tok iols tau iols Akan balik Bila dia nampak pelesit dalam rumah...
Dari kecik lagi...
Entah ap ...

Huiyooooo uols boleh jadik bos pelesit iya kalau betul nak guna kelebihan yang uols hada!

Btw pelesit ni natang hapa sebenarnya? Heshe kecik atau besar? Apa fungsi heshe?
Quote shernazz 19-2-2024 11:35 PM
dua_chzy replied at 19-2-2024 11:04 PM
Huiyooooo uols boleh jadik bos pelesit iya kalau betul nak guna kelebihan yang uols hada!

Btw pel ...

Hahaha tapi kalau iols tau Cara dia..hahahaha...

Pelesit Ni MCM belalang tu...
Tp terbang laju....
Biasa iols.nampak.kaler hijau
Quote B40tastePosh 19-2-2024 11:58 PM
Sebab tu kalau orang Jawa kahwin ada Dukun Manten.

Boleh tengok kat Netflix movie The Wedding Shaman atau Mantan Manten (Bekas Pengantin)

Dukun Manten syaratnya orang yang pernah berkahwin.
Quote dua_chzy 20-2-2024 11:06 AM
shernazz replied at 19-2-2024 03:35 PM
Hahaha tapi kalau iols tau Cara dia..hahahaha...

Pelesit Ni MCM belalang tu...

Wei cool wei bila aiol imagine chuols hada superpower kontrol pelesit. Kalau hada orang kita dendam, soh jah pelesit tu pi geget2 orang tu 1 badan.

Maybe chuols ada aura. Maybe juga chuols hada terwaris something tapi uols tak tau. Sorry ya banyak speku. But this is interesting sebab first time aiol dengar cerita cam chuols.
Quote MissVixen 20-2-2024 11:18 AM
Ye ke. Entah2 sebab periuk kotor, beras tak basuh bersih dan lepas tu letak je periuk untuk lauk dan nasi tu atas lantai tanpa lapik. Itu sebab makanan cepat rosak. Pengantin ni pun macam tak berapa elok sangat perangai sebab gaduh dan herdik mak bapak depan orang ramai. Ujung2 salahkan jin dan setan padehal perangai sendiri lebih kurang iblis.
Quote shernazz 20-2-2024 02:36 PM
dua_chzy replied at 20-2-2024 11:06 AM
Wei cool wei bila aiol imagine chuols hada superpower kontrol pelesit. Kalau hada orang kita denda ...

Kalau iols tau Cara memang iols nak soh pelesit gigit orang yang iols tak puas hati tau ..

Itu lah..tok.iols takde bgtau sebab apa...iols pelik juga kot ada yang Alami Benda yang Sama...

Bila.iola balik dari rumah tok iols..pelesit takde dah.singgah...
Takut juga iols...
Quote yangsemb 20-2-2024 03:17 PM
MissVixen replied at 20-2-2024 11:18 AM
Ye ke. Entah2 sebab periuk kotor, beras tak basuh bersih dan lepas tu letak je periuk untuk lauk dan ...

Kann..ntah2 satu kampung boleh dengar pengantin marah2, gado2 dgn mak pagi kejadian…habis segala jin, santau terfitnoh…ehek..
Quote dua_chzy 20-2-2024 07:49 PM
shernazz replied at 20-2-2024 06:36 AM
Kalau iols tau Cara memang iols nak soh pelesit gigit orang yang iols tak puas hati tau ..

Itu la ...

Usaha la riki2 uols. Interesting ni.
Quote shernazz 21-2-2024 09:28 AM
dua_chzy replied at 20-2-2024 07:49 PM
Usaha la riki2 uols. Interesting ni.

Iols dah Tanya tok iols..
Mak.iola.pung.is dah Tanya...
Tapi depa tak bgtau jawapan
Depa hanya cakap tak tau je...huhu

Iols merasakan Ada apa apa sebab MCM bila iols ada je pelesit dtg ..
Time lain takde
Quote dua_chzy 21-2-2024 10:38 AM
shernazz replied at 21-2-2024 01:28 AM
Iols dah Tanya tok iols..
Mak.iola.pung.is dah Tanya...
Tapi depa tak bgtau jawapan

Maybe deols belum ready nak bagitau.
Quote asfaz 21-2-2024 01:14 PM
shernazz replied at 19-2-2024 09:44 PM
Dolu tok iols tau iols Akan balik Bila dia nampak pelesit dalam rumah...
Dari kecik lagi...
Entah ap ...

Masa ai pantang anak pertama,dlm tgh malam macam tu ai pergi bilik air. Ada ala bunyi bising panjang cmtu.
Lepas tu ai sampai kat ruang tamu,arwah mil ai,ckp eiii pelesit ni, keluar kau. Mmg ada nmpk belalang. Besar sikit saiz dr yg biasa.
Ai lak. Haaa mak..pelesit? Ye la kita kan Kotor kan masa tu

Quote chinta89 21-2-2024 03:47 PM
aku ni bukan x nk percaya dgn benda mistik.. aku plg suka baca/tgk filem berkaitan benda2 mcm ni tp cter peranten ni mcm entahlah... part ko mrh mak ko tu pun dah sesuatu. then dia kata x ramai org dtg sb x dijemput sedangkan dah jemput. aku nak tau cara parent dia jemput tu mcm mana? mungkin parent hntr wasap je sedangkan kawan2 mak ayah tu sendiri x reti wasap2 selain ata manual pakai kad. atau masa tu majlis kenduri byk tempat n kena plk cuti sekolah so x dpt la hadir kan. mknn plk basi sb cara penyimpanan x kena.

tp part pelesit tu ye, tanda2 ada gangguan luar.

btw secara keseluruhan aku akan tgk dari segi logik dlu, baru tgk dari segi mistik.

ok, siapa ada di majlis kawin dia, ada tak yg balas dlm X dia tu?

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:43 PM GMT+8 , Processed in 0.078548 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top