CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seorang Lelaki Maut, Empat Hilang Rumah Ditimbus Tanah Runtuh Di Cameron Highlands

26-1-2024 10:00 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14819| Komen: 35

Description: CAMERON HIGHLANDS – Seorang lelaki maut manakala empat lagi termasuk seorang wanita tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja di sini hari ini.

CAMERON HIGHLANDS – Seorang lelaki maut manakala empat lagi termasuk seorang wanita tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Batu 59 Kampung Raja di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Deputi Superintendan Azri Ramli berkata, kejadian kira-kira pukul 2.20 pagi itu melibatkan sebuah rumah yang didiami empat lelaki dewasa dan seorang wanita dewasa.

“Pada masa ini satu mangsa telah ditemukan manakala empat lagi masih hilang dan misi mencari serta menyelamat sedang giat dijalankan.

“Tanah runtuh menghalang laluan masuk dan kerja-kerja menyelamat dilakukan secara manual,” katanya di sini hari ini. 

Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 26-1-2024 10:09 AM
Rasanya cameron ni patut tarah lg.. bina hotel lagii..
Quote kotakbaju 26-1-2024 10:13 AM
Semoga dipermudahkan urusan abg bomba
Quote JunkMail 26-1-2024 11:04 AM
Tah lahhh Cameron ni... Suka sangat tarah kasi clear Bukit bukit buat ladang pastu rumah kat kaki bukit... Resepi mengundang bencana
Quote Decaffeinated 26-1-2024 11:40 AM
Lepas ni pepatah "kalau takut dilambung ombak..." kena ada versi cameron highlands pula kot

Quote seri_mawr 26-1-2024 11:52 AM
Decaffeinated replied at 26-1-2024 11:40 AM
Lepas ni pepatah "kalau takut dilambung ombak..." kena ada versi cameron highlands pula kot

klu takut di  timpa tanah jangan berumah di cameron highland ke mcm mana..?
Quote krustykrab 26-1-2024 11:59 AM
Buritan replied at 26-1-2024 10:09 AM
Rasanya cameron ni patut tarah lg.. bina hotel lagii..

Kita import warga asing lagi ramai lepas tu biar bebas tarah sana sini...biar wargaasing kuburkn rakyat jelata tinggalkn yg atas² je..diorg la pemerintah, diorg la rakyat
Quote Buritan 26-1-2024 12:03 PM
krustykrab replied at 26-1-2024 11:59 AM
Kita import warga asing lagi ramai lepas tu biar bebas tarah sana sini...biar wargaasing kuburkn r ...

Ape kata letak rohingya dan bangla indon kek cameron tuu.. biar depa usahakan tanah tanah kek sana.. byk lg kawasan cameron tuu.. satu lg buat laa lagi hotel resort kat sana tuu.. tak cukup lg aku tengokk..
Quote Decaffeinated 26-1-2024 12:38 PM
seri_mawr replied at 26-1-2024 11:52 AM
klu takut di  timpa tanah jangan berumah di cameron highland ke mcm mana..?

ha tepuk


Quote prettyuglybabe 26-1-2024 01:11 PM
cameron ni elok sodok bagi rata jah..
lagi besar kawasan nak tanam sayur nak buat penempatan bagai..
tak sejuk buat kubah pasang aircond..
set sampai turun salji..
Quote kalchi 26-1-2024 01:24 PM
Susahnya idup. Duduk bukit, landslide. Duduk tepi sg, banjir. Duduk pantai, sumami. Gitu.. tak bersyukur
Quote SalenaGomez 26-1-2024 01:26 PM
JunkMail replied at 26-1-2024 11:04 AM
Tah lahhh Cameron ni... Suka sangat tarah kasi clear Bukit bukit buat ladang pastu rumah kat kaki bu ...

Kan….kita gi CH nak tgk view gunung ganang, bukan ladang2 …kerajaan pahang patut control pengunaan tanah CH. Perkara bukan baru
Quote cik_ingeniare 26-1-2024 03:02 PM
dah lama tak naik CH sebab meols takut kes kes gini la ye.. salam takziah buat seluruh ahli keluarga.. semoga dipermudahkan urusan mencari mangsa yg masih  hilang
Quote firstlurv 26-1-2024 04:01 PM
Salam takziah buat ahli keluarga mangsa....
Quote xy_daen 26-1-2024 04:03 PM
Tarah lagi selagi boleh...
Quote bakingsoda 26-1-2024 04:07 PM
Decaffeinated replied at 26-1-2024 11:40 AM
Lepas ni pepatah "kalau takut dilambung ombak..." kena ada versi cameron highlands pula kot

kalau takut ditimbus tanah jangan berumah di lereng bukit, boleh?
Quote Supersirap 26-1-2024 04:48 PM
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Quote Decaffeinated 26-1-2024 06:35 PM
bakingsoda replied at 26-1-2024 04:07 PM
kalau takut ditimbus tanah jangan berumah di lereng bukit, boleh?

Kalau takut banjir kilat, jangan berumah di KL.

Kalau takut mati dalam tidur, jangan tidur.

Quote Skuau 26-1-2024 06:55 PM
Buritan replied at 26-1-2024 10:09 AM
Rasanya cameron ni patut tarah lg.. bina hotel lagii..

yer la kakak..abes hang mai nt nak dudk mana??-kapitalis
Quote kitaserupaaa 26-1-2024 07:10 PM
Kalo takde ladang, macam mana nak pengunjung CH nak beli & borong jagung, sweet potato, stoberi, sayur2 fresh & murah?

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:51 AM GMT+8 , Processed in 0.047727 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top