CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Anda Fikir Itu Tidak Sopan? Bagaimana Pula Dengan Bau Ini.” Penumpang Diusir Daripada Pesawat Selepas Kentut

25-1-2024 07:53 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 6742| Komen: 8

Description: WASHINGTON – Seorang penumpang lelaki diminta meninggalkan sebuah pesawat selepas dia kentut dan mencetuskan provokasi di dalam sebuah pesawat dari Phoenix, Arizona ke Austin, Texas, lapor portal ber ...



WASHINGTON – Seorang penumpang lelaki diminta meninggalkan sebuah pesawat selepas dia kentut dan mencetuskan provokasi di dalam sebuah pesawat dari Phoenix, Arizona ke Austin, Texas, lapor portal berita Wion News semalam.

Kejadian itu berlaku dalam sebuah penerbangan dari Phoenix, Arizona menuju ke bandar Austin dalam negeri Texas pada 14 Januari lalu.

Peristiwa itu  tular selepas seorang penumpang berkongsinya di platform Reddit dan dilaporkan oleh pihak media.

Pengguna Reddit itu berkata, mereka menaiki pesawat dan ketika penumpang lain mengambil tempat duduk masing-masing, lelaki berkenaan menahan nafasnya.

Selepas beberapa ketika, tanpa sebarang provokasi yang jelas, lelaki itu berkata: “Anda fikir itu tidak sopan? Bagaimana pula dengan bau ini.” 

Dia kemudian kentut ketika pesawat itu belum berlepas dari Phoenix.

Apabila para penumpang sudah duduk, lelaki tersebut berdiri dan bercakap: “Marilah makan makanan paling berbau.”  


Salah seorang penumpang yang tidak berpuas hati dengan kelakuan lelaki itu kemudian berkata: Jika anda tidak suka, anda boleh terbang menaiki pesawat bersendirian.” 

Kru penerbangan masuk campur dan memberitahu bahawa pesawat itu yang sedang bergerak di landasan untuk berlepas akan berpatah balik untuk menurunkan penumpang lelaki berkenaan. – AGENSI  


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Thunderclouds 25-1-2024 09:16 PM
https://youtube.com/shorts/1m7dX_Zwt6c?si=Ta39iwvX0kGdXoec

Quote I.K.A888990 25-1-2024 10:22 PM
mcm budak2 pulak kau main kentut2
adoi mcm2
Quote sukacactus 25-1-2024 10:56 PM
Byk mkn tolo agaknya
Quote honey_yayan 26-1-2024 08:58 AM
Pelik2 juga perangai mat saleh..gaduh je kentut nta pape
Quote firstlurv 26-1-2024 04:08 PM
dahsyatnya
Quote Kipaskiok 26-1-2024 09:54 PM
busuk sgt la tu smpi kena usir mcm tu
Quote Kipaskiok 26-1-2024 09:54 PM
Quote Pumpkinhead 29-1-2024 10:29 AM
apa la pelik pelik perangai ni

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:52 AM GMT+8 , Processed in 0.039575 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top