CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Syarikat Bas Tawar Gaji RM17,666 Untuk Pemandu. Terima 1,292 Permohonan, 30 Pemohon Memiliki Ijazah Universiti

24-1-2024 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 13657| Komen: 27

Description: SINGAPURA – Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas.


SINGAPURA – Satu iklan jawatan kosong yang diterbitkan sebuah syarikat bas di Singapura mendapat sambutan menggalakkan selepas menawarkan gaji sebanyak SG$5,000 (RM17,666) untuk pemandu bas.

Laman berita Mothership melaporkan, syarikat Westpoint Transit Pte Ltd mula membuka permohonan untuk jawatan pemandu bas pada 15 Januari lalu.

Sehingga semalam, syarikat itu menerima sebanyak 1,292 permohonan untuk 10 jawatan pemandu bas. Seramai 450 pemohon ialah warganegara Singapura, manakala 30 daripadanya memiliki ijazah universiti.

Pengarah Pembangunan Perniagaan Westpoint Transit, Lionel Lee berkata, pihaknya menjangka menerima 300 permohonan dalam dua sesi temu duga.

Bagaimanapun, dia terkejut apabila iklan jawatan kosong pemandu bas itu mendapat sambutan menggalakkan.

Kira-kira 60 peratus pemohon adalah warga Singapura, manakala selebihnya berasal dari Malaysia, Indonesia, China, India dan Myanmar. 



Sumber – AGENSI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Yoonggi 24-1-2024 09:43 AM
wah, besar tu gaji dia. aku pun x dpt byk tu
Quote fofuler 24-1-2024 12:43 PM
Kalau orang malaysia yang dapat job tu tak lama lagi ada lah keluar posting fb bertitle ----> "Hujan Emas Di Negeri Orang - Dari Engineer KL ke Driver Bas SG"
Quote BoongaKertas 24-1-2024 01:22 PM
giler kentang gaji dia!!!
Quote akido_kido 24-1-2024 01:57 PM
Sedih tengok nilai ringgit sekarang.dah jadi triple dari dolar
Quote dua_chzy 24-1-2024 02:00 PM
Yoonggi replied at 24-1-2024 01:43 AM
wah, besar tu gaji dia. aku pun x dpt byk tu

Besar gaji, besar la juga beban.
Quote shernazz 24-1-2024 02:09 PM
Adek ipar iols keje kat SG
Maintainance kapal terbang
Berapa tah gaji
Yang pasti ramai Malaysian kat sana
Quote Decaffeinated 24-1-2024 02:41 PM
Tengok figure pun dah tau bukan di Malaysia cuma it will be 'nicer' kalau TT boleh jujur dalam tajuk tulis lah SGD 5,000 dan RM dalam bracket. Nak expect to be professional memang payahlah, harap be nice ja lah.

Jap lagi aku kena serang dengan beruk for posting this.

Quote kakikuDibibirmu 24-1-2024 03:02 PM
Hai abang hensem
Quote kakikuDibibirmu 24-1-2024 03:03 PM
BoongaKertas replied at 24-1-2024 01:22 PM
giler kentang gaji dia!!!

Gila kentang, asereje, leher, sakit leher



[youtube]AMT698ArSfQ[/youtube]
Quote cantthinkofany 24-1-2024 03:07 PM
dua_chzy replied at 24-1-2024 02:00 PM
Besar gaji, besar la juga beban.

ya betol...aku dah pernah rasa dah kerja sgpore duduk johor...mcm nak mati weeiiii....sbb aku amik bas utk cross...motor jam...kete jam...baik naik bas.....turun bas...berlari dalam immigration....pastu keluar immigration...berlari kejar bas...turun bas lepas cross border...berlari lari dalam immigration sgpore pulak....keluar immigration berlari lagi naik bas utk keluar dari immigration tu....jenuh weiiiii....tapiiii aku tetap tak kurus...huhuhu
Quote BoongaKertas 24-1-2024 04:38 PM
kakikuDibibirmu replied at 24-1-2024 07:03 AM
Gila kentang, asereje, leher, sakit leher {:m ...

hahaha! bongoklah chuols!
Quote dua_chzy 24-1-2024 05:39 PM
Edited by dua_chzy at 24-1-2024 10:15 AM
cantthinkofany replied at 24-1-2024 07:07 AM
ya betol...aku dah pernah rasa dah kerja sgpore duduk johor...mcm nak mati weeiiii....sbb aku amik ...


Iya uols. Sebab tu, kena sedia fizikal mental juga kena bersedia untuk takda laif kalau nak kerja di Singapore tu. Pehtu cemana nak kurus kalau stress uols. Stress haruslah ingat nak makaaaannnn jaaaaa
Quote ajinomotonosuga 24-1-2024 07:25 PM
cantthinkofany replied at 24-1-2024 03:07 PM
ya betol...aku dah pernah rasa dah kerja sgpore duduk johor...mcm nak mati weeiiii....sbb aku amik ...

duit gaji Singapore tu buat ko tetap gumuk kut yer??
Quote ajinomotonosuga 24-1-2024 07:26 PM
dua_chzy replied at 24-1-2024 05:39 PM
Iya uols. Sebab tu, kena sedia fizikal mental juga kena bersedia untuk takda laif kalau nak kerja  ...

kalo ko kejo dunia..memang stress

tapi klo duniaa kejo ko...tak stress

cuba try test
Quote spy_caridotdot 24-1-2024 11:14 PM
shernazz replied at 24-1-2024 02:09 PM
Adek ipar iols keje kat SG
Maintainance kapal terbang
Berapa tah gaji

Anak kawan iols pun keje maintenance di airport SG. Gaji tak silap sgd2600-sgd3000.
Quote Supersirap 24-1-2024 11:26 PM
dah gaji besar triple pula tu
Quote Pumpkinhead 25-1-2024 10:46 AM
boleh la try cari rezeki di negara temasek pula
Quote shernazz 25-1-2024 11:13 AM
spy_caridotdot replied at 24-1-2024 11:14 PM
Anak kawan iols pun keje maintenance di airport SG. Gaji tak silap sgd2600-sgd3000.

I see
Patut la dia sanggup pindah ke Larkin bawak Anak Bini .
Berbaloi2 la kalau triple dari Malaysia..
Huhu
Quote _blackbird 25-1-2024 11:17 AM
takyah la acik2 porum orgasm awal sgt nengok gaji $5k. westpoint bas ni tak silap aku chartered land transport. ni bukan bas tambang sbs tu. yg ni mmg ler gaji tinggi, prefer hire local citizen, client diorg byk corporate / tourist / private. sbs bas yg hari2 angkut bangla tu starting basic tetap la sgd2k sajork, kalau dah ada experience dpt la $3k basic

Lihat semua komen(27)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:47 AM GMT+8 , Processed in 0.216571 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top