CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘Saya Pernah Tak Ada Duit Nak Beli Susu Anak..Ketika Itu Saya Nak Tolong Suami Saya..’ – Eira Syazira

22-1-2024 03:03 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 18423| Komen: 67

Description: Pelakon dan usahawan, Eira Syazira berkongsi pengalaman ketika melalui fasa kesusahan dalam kehidupannya.

Pelakon dan usahawan, Eira Syazira berkongsi pengalaman ketika melalui fasa kesusahan dalam kehidupannya.

Menerusi siaran langsung di TikTok, Eira atau nama sebenarnya Syazira Suhaimi itu berkata dia pernah diuji dengan masalah kewangan sehingga tidak dapat menyediakan susu untuk anaknya.


"Saya pernah tak ada duit nak beli susu anak. Ketika itu saya nak tolong suami saya..saya mula diuji ketika anak nombor dua".

Bagaimanapun, isteri kepada pelawak dan penyampai radio Azad Jasmin ini bersyukur apabila dia dapat mengharungi keperitan hidup itu dengan berkat usaha, kesabaran dan doa suami.

"Tapi MasyaAllah, bila kita berjaya lewati dan lalui..Subhanallah rezeki yang tak disangka-sangka datang.


"Saya yakin dengan diri saya, yang penting saya dapat restu dan doa daripada suami. ‘Lets do it together’".



Untuk info, Eira dan Azad mendirikan rumah tangga pada 16 September 2011. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan iaitu Amarra Sofea Rose, 10, Ameisya Leanne Rose, 7 dan Areisya Suri Rose, 5.



Sumber: TikTok /Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GummyBear123 22-1-2024 03:31 PM
Dah start dahhhh

Nak jual apa lepas ni?
Quote amoramor 22-1-2024 03:44 PM
GummyBear123 replied at 22-1-2024 03:31 PM
Dah start dahhhh

Nak jual apa lepas ni?

start raih simpati da
Quote pembacagosip 22-1-2024 03:56 PM
ayoooooooooo semua org pernah rasa sukar
tapi retis lagi banyak duit dari kami marhen ni
cuma retis kena pandai la menyimpan bila dpt full payment selepuk tu
cuma kami gaji bulan2
Quote Burong_Hantuk 22-1-2024 04:09 PM
geli tengok dorang nih
Quote Ahriman 22-1-2024 04:16 PM
Hmm.susah nak caya.maklom la PELAKON.
Quote prince_marhaen 22-1-2024 04:45 PM
PROPAAAAA...

Sebelum kahwin sheols dah selesa banyak drama siri termasuk Syurgamu Ramadhan (2010), next 2 years pun banyak lagi job drama series, within that circle of years jugak ada job filem (2 filem), 2011-2021 pun setiap tahun ada drama series & telemovies kan nyahhhh..... merempat ke nyahh? content drpd anak first sampai skrg nampak mewah & selesa je...laki ko biawak ke? meniaga macam2 kan? 2011-2022 tiap2 tahun ada projek filem & telefilem, drama series lagi.. ? takkan duit habis gitu??? laki bini propaaaa...
Quote chinta89 22-1-2024 04:47 PM
KENAPA EK bila dah berjaya mula la buka cerita zmn SUSAH tido kat petronas la, minum air paip la, tak ada duit nk beli susu n pampers anak la...
Quote aemon 22-1-2024 05:07 PM
Membongak la ko.org putrajaya kan?sengkek apenya kamu?
Quote cikatilia 22-1-2024 05:08 PM
bila mengaku susah dia jadi level 100 kali ganda miskin melarat kalah miskin tegar

mmg nak sgt ke jadi miskin tegar ni???
Quote pocongkiutss 22-1-2024 05:09 PM
chinta89 replied at 22-1-2024 04:47 PM
KENAPA EK bila dah berjaya mula la buka cerita zmn SUSAH tido kat petronas la, minum air paip la, ta ...

Masuk kelas zizang semang le tew
Quote slyfynx 22-1-2024 08:51 PM
Ayat biasa bile nk kuar "produk"
Quote anilanil 22-1-2024 09:17 PM
Bakalan nak masuk bulan Ramadan kita tunggu je la produk apa yg nak jual. Kerepek, serunding, biskut, baju raya, karpet?
Quote lanse 22-1-2024 09:54 PM
prince_marhaen replied at 22-1-2024 04:45 PM
PROPAAAAA...

Sebelum kahwin sheols dah selesa banyak drama siri termasuk Syurgamu Ramadhan (2010),  ...

Itulah..sebelum kahwin, banyak jugak kan drama lakonan dia.
Quote red_velvet 22-1-2024 10:29 PM
Tak boleh lawan cerita susah tok gelang yg cicah tisu dengan kuah dal roti canai
Quote edayildiz 22-1-2024 10:32 PM
mcm xcaya..mahal sgt ke susu nyaaa
Quote matjerk 22-1-2024 10:53 PM
Bak kata MNASIR yg kakkung share hari tu.. "susah tu adalah perjalanan hidup semua org... semua org alami..."
Quote Dolmat 23-1-2024 12:07 AM
Edited by Dolmat at 23-1-2024 12:08 AM

Satu takde duit nak beli susu untuk anak..

Lagi satu makan tisu cicah kariiii...


Yinnnnnnnaaaaaadaaaaa ~~~~


Quote SpyLeman 23-1-2024 12:20 AM
Edited by SpyLeman at 23-1-2024 12:22 AM

Yang aku tahu hanya 2 orang saja yg pernah hidup susah dan merempat dlm dunia ni iaitu Tok Gelang yg terpaksa cicah tisu ngan kuah dhal dan sorang lagi si Aserap anak tiri penyanyi bernombor. Dia pernah hidup susah dgn isteri dia dari Yindon tu, ada doploh hengget je duit dlm kocek masa tu. Hasil jual jamu tepi jalan, dapat la beli basikal cap TESLA.
Yang lain2 aku tak percaya pernah hidup susah.
Yang 2 org ni sampai skrg bengkak mata aku menangis tatkala mengenang kesusahan mereka.
Sekian
Quote jari10 23-1-2024 12:26 AM
Skrip yg sama..murid sapa ni weiiiii

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:55 AM GMT+8 , Processed in 0.099369 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top