CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Bertahun-Tahun Tunggu, Banyak Kali Bayar Deposit – Sweet Qistina Akhirnya Miliki Rumah Sendiri

22-1-2024 09:19 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 11457| Komen: 28

Description: Selain memiliki kenderaan dan juga berkahwin, setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri untuk keselesaan, kebebasan dan juga menjadikan sebagai aset.




Selain memiliki kenderaan dan juga berkahwin, setiap orang mempunyai impian untuk memiliki rumah sendiri untuk keselesaan, kebebasan dan juga menjadikan sebagai aset.

Namun untuk membeli rumah tidak semudah yang difikirkan kerana kelayakan untuk memiliki rumah sendiri agak ketat. Jadi perlulah kerja keras menabung untuk duit deposit dan juga melayakkan diri sebagai pembeli rumah. 

Begitulah hasil kerja keras pelakon Sweet Qistina telah membuahkan hasil apabila berjaya membeli sebuah rumah pada usia muda.


Memetik Kosmo, meskipun lama mencuba nasib untuk memiliki aset berupa kediaman sendiri, 2024 membuka pintu rezeki buat pemilik nama lengkap Farhanna Qismina Supandi.

“Bertahun-tahun cari rumah. Bertahun juga tunggu nama lepas dekat bank.

“Sampai rasa banyak deposit keluar untuk buat tempahan tetapi Allah kata bukan rezekikan. Kita reda.

“Rumah ini pun sepatutnya tahun lepas dapat kunci tetapi alhamdulillah Allah dah tulis tahun 2024 awak akan dapat kunci,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, isteri kepada aktor Adam Lee itu turut memaklumkan bahawa dia pernah memasang niat akan membeli rumah sebelum berkahwin.

“Rasanya niat pentingkan? Masih ingat bila kita bercakap, sebelum kahwin jom kita pastikan masing-masing dapat beli aset dulu untuk keluarga. Jom buat sama-sama.

“Alhamdulillah sangat. Yang penting Allah bagi rezeki untuk kami berdua betul-betul waktu dah nak tunang,” kongsinya.

Sweet turut berkongsi pengalaman turun naik dirinya bersama ibu yang sering menjadi tulang belakang sepanjang proses pembelian rumah sendiri.

“Kenangan yang paling tak boleh lupa rasanya satu tahun memang ke hulu ke hilir dengan mama pergi tengok rumah contoh.

“Terima kasih mama untuk segalanya baik rumah baharu atau lama, semua pergi tengok.

“Sekarang kita berjaya sayang dan kita mampu lakukan mama. Terima kasih Allah atas pinjaman dunia ini,” ujarnya.

Ramai yang tumpang gembira termasuk rakan artis seperti Daiyan Trisha, Zahirah Macwilson, Nabila Razali dan Riena Diana.


Sweet dan Adam mendirikan rumah tangga pada 24 Oktober 2022. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote telracs 22-1-2024 09:29 AM
Alhamdulillah
Tahniah
Semoga rumahtangga kalian juga diberkati dan kekal bahagia sehingga ke akhirnya.
Amein.
Quote pocongkiutss 22-1-2024 09:50 AM
Bagus qismina ni..bukan mcm qis lg satu tu yg tak sekolah duk tayang punggung je
Quote cikatilia 22-1-2024 09:51 AM
so weird rmbut pepel jambang itam mcm tepek2 inai aje
Quote red_velvet 22-1-2024 09:57 AM
Tahniah . Memang ketat syarat nak beli rumah kalau bekerja sendiri... Walaupun geng2 sewa kat fb selalu kata beli rumah sebenarnya bukan beli, cuma  menambah hutang n komitmen , sedangkan rumah tu masih milik bank .. ketahuilah untuk bank bagi orang yg bekerja sendiri meminjam dengan diorang tak mudah ye...  Yang prrnah lalui proses tu je yang faham..
Quote prettyuglybabe 22-1-2024 10:22 AM
menakutkan tengok bumbung rumah gitu..
sakit jiwa kalau mula bocor sana sini..
Quote afie_m 22-1-2024 10:27 AM
Alhamdulillah..tahniah
Quote I.K.A888990 22-1-2024 01:25 PM
tahniah tahniah qis
Quote bintangct 22-1-2024 01:27 PM
besar juga rumah kat area mana ni
Quote kashaz 22-1-2024 02:39 PM
klu retis2 ni yg takde payslip, camne bank luluskan permohonan ye? mmg kena tunjuk steady income berbulan2, or depo/interest lebih tinggi drpd fixed income?
Quote kashaz 22-1-2024 02:39 PM
btw, ni rumah rega juta2 ke? mcm besar jee
belah mana rumah dia ni..
Quote syitaeyqa 22-1-2024 02:42 PM
dia beli rumah sama tempat dgn adam kan. tgk mcm selang beberapa rumah je
Quote sukacactus 22-1-2024 02:49 PM
Tahniah!
Dia antara org yg kita tak heran kalau dia mampu beli rumah dlm usia muda...npk la byk job, selalu keluar tv
Bkn mcm yg sorang lg tu ha
Quote telracs 22-1-2024 10:10 PM
prettyuglybabe replied at 22-1-2024 02:22 AM
menakutkan tengok bumbung rumah gitu..
sakit jiwa kalau mula bocor sana sini..

Berhampiran rumah saya ada satu area taman sedang dibangunkan, rumah semua bumbung macam ni.
Saya ronda² dengan anak, boleh pulak dia cakap, apasal laaa bumbung rumah ni macam topi konvo... hahaha...
Agaknya arkiteknya dapat ilham daripada topi konvo la kot.
Quote Ahriman 22-1-2024 11:59 PM
Wow.tahniah.
Quote pichee 23-1-2024 12:08 AM
telracs replied at 22-1-2024 10:10 PM
Berhampiran rumah saya ada satu area taman sedang dibangunkan, rumah semua bumbung macam ni.
Saya  ...

klu kita blja civil / architecture, bumbung mcm ni x sesuai utk iklim msia.. akan buat rumah bahang.. sbb tu mostly design rumah kita ada pasak triangle tu.. bumbung jenis tu akan buat pengaliran udara lebih baik.

tp, myb in future, bumbung mcm ni blh buat solar...
Quote ctnorpropa 23-1-2024 12:36 AM
kashaz replied at 22-1-2024 02:39 PM
btw, ni rumah rega juta2 ke? mcm besar jee
belah mana rumah dia ni..

3 storey semi d ni uols. Boleh gugel harga dia. Hehe
Quote rayna_raynes 23-1-2024 01:19 AM
kashaz replied at 22-1-2024 02:39 PM
klu retis2 ni yg takde payslip, camne bank luluskan permohonan ye? mmg kena tunjuk steady income ber ...

Ya kena tunjuk proof of steady income, savings dan deposit

Quote AWEKSAMURAI 23-1-2024 02:19 AM
kashaz replied at 22-1-2024 02:39 PM
klu retis2 ni yg takde payslip, camne bank luluskan permohonan ye? mmg kena tunjuk steady income ber ...

Biasa declare income tax ...buat ssm ..
Quote Mekgadis16 23-1-2024 09:46 AM
Edited by Mekgadis16 at 23-1-2024 09:48 AM
kashaz replied at 22-1-2024 02:39 PM
klu retis2 ni yg takde payslip, camne bank luluskan permohonan ye? mmg kena tunjuk steady income ber ...


Kena ada tax slip, steady inflow of money dalam bank account. Ctos ccris cantik. Lebih kurang macam business owner nak apply loan rumah.

Anyway, tahniah la. Tak rasa pelik dia mampu beli rumah. Dari kecik muka dia sentiasa ada dalam tv. Yang muka keluar setahun sekali dua lepas tu beli rumah macam yistana tu yang mencurigakan. Huhuhuhu

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:38 PM GMT+8 , Processed in 0.068556 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top