CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tiada normalisasi hubungan Israel tanpa negara Palestin - Arab Saudi

22-1-2024 09:03 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 8441| Komen: 13

Description: DAVOS: Arab Saudi tidak boleh melaksanakan normalisasi hubungan dengan Israel tanpa menyelesaikan isu Palestin.


DAVOS: Arab Saudi tidak boleh melaksanakan normalisasi hubungan dengan Israel tanpa menyelesaikan isu Palestin.

Kenyataan itu ditegaskan Menteri Luar Arab Saudi, Putera Faisal bin Farhan al Saud dalam wawancara bersama CNN, pada Ahad.

Putera Faisal berkata, negara Palestin adalah satu-satunya cara untuk semua pihak mendapat manfaat kerana kestabilan diperlukan di rantau itu dan ia hanya akan dapat dicapai melalui penyelesaian isu Palestin.

Kenyataan Menteri Luar itu adalah sebahagian daripada wawancara yang pada asalnya dirakam di luar Forum Ekonomi Dunia (WEF) yang diadakan minggu lalu di Davos, Switzerland dan disiarkan pada Ahad di CNN.

Tegasnya, apa yang dilihat adalah Israel sedang menghancurkan penduduk dan bandar Gaza.

Tindakan ini sama sekali tidak perlu dan tidak boleh diterima serta perlu dihentikan.

Kementerian Kesihatan Gaza berkata, lebih 25,000 rakyat Palestin telah terbunuh dan lebih 62,000 cedera dalam serangan Israel ke atas wilayah itu sejak 7 Oktober.


Sumber : Astro Awani


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jejai 22-1-2024 09:21 AM
syembang...bagi la yaman terjah israel kalau betul tiada normalisasi
Quote Buritan 22-1-2024 12:49 PM
jejai: syembang...bagi la yaman terja ...


Aku tak caye org arab saudi ni.. nipuu jee..bgsa plg celaka
Quote pokokmeranti 22-1-2024 12:50 PM
saudara Hitler ke tu? arab saudi mana minat nak bantu palestin. raja salman lebih minat jadikan arab saudi lebih barat dari barat
Quote hyie 22-1-2024 12:58 PM
heshe pakai wig ke
Quote Queenmastani 22-1-2024 01:00 PM
Pg mampossss sama bangsa arab!!! Perangai lebih djin dr djin…aku harap Allah laknak puak2 arab yg sekutu israhellll
Quote Nurdianah 22-1-2024 01:35 PM
pulak dahhh.......
Quote Decaffeinated 22-1-2024 03:03 PM
ada lah juga letak syarat

Turkiye, Jordan, Mesir, UAE semua tu dah normalise pun. Mana ada syarat Free, Free Palestine!

Quote jejai 22-1-2024 06:25 PM
Buritan: Aku tak caye org arab saudi ni.. nipuu jee..bgsa plg celaka


tahu tak apa..ramai monafik 2
Quote Kipaskiok 26-1-2024 11:09 PM
sembang..gajah pun blh terbang mcm ni
Quote Decaffeinated 27-1-2024 12:47 PM
Satu masa nanti arab dengan yahudi berbaik tapi melayu sama melayu bergaduh isu Gaza.
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2024 12:53 PM


kol 'od balevav penimah,
nefesh yehudi homiyah;
ulfa'ate mizrach kadimah,
'ayin let Zion tzofiyah

'od lo avdah tikvatenu,
hatikvah bat shnot 'alpayim;
lihyot'am chofshi be'artzenu,
'eretz-Zion Yerushalaiyim



[youtube]1DPqNHkm1bM[/youtube]
Quote kakikuDibibirmu 27-1-2024 12:57 PM
Bila Yisrael buat 1Israel, tiba-tiba Malaysia ikut sama buat 1Malaysia,

bila Yisrael buat ulfa'ate mizrach kadimah, terus atokcow ijau buat Dasar Pandang Ke Timur,

bila Yisrael ada Hatikvah (The Hope) terus Malaysia buat Pakatan Harapan,

sesama sepupu bani Kenturah dengan bani Yisrael (dalam bahasa Yehudi bermaksud orang yang mengalahkan tuhannya sendiri, sebab Allah S.W.T. kalah gusti lengan dengan Nabi Ya'akov/Ya'qub A.S.) pun nak bergaduh, Nabi Avraham/Ibrahim A.S. dan Sarah tersenyum sinis melihat telatah anak cucu mereka
Quote sharlenetexas 27-1-2024 01:53 PM
Misai charlie chaplin ke borat?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.222445 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top