CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Lahir Tahun 1976? Samalah Kita” – Rupanya KJ Dan Tyzo Sebaya, KJ Siap Minta Tips Kekal Awet Muda

18-1-2024 01:22 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 10995| Komen: 71

Description: Selain kisah ditamatkan perkhidmatan daripada menjadi penyampai radio, umur Tyzo juga turut menjadi teka-teki dikalangan netizen.

Selain kisah ditamatkan perkhidmatan daripada menjadi penyampai radio, umur Tyzo juga turut menjadi teka-teki dikalangan netizen.

Memetik Kosmo, ada yang menyatakan umur bekas penyampai radio Suria FM itu telah berusia 58 tahun.

Tidak mahu kekeliruan di kalangan netizen berlarutan, Tyzo akhirnya mendedahkan usia sebenarnya dalam satu sesi temu bual bersama penyampai radio Hot FM.

Tyzo atau nama sebenarnya, Tuah Zulqarnain Idris berkata dirinya seusia dengan Khairy Jamaluddin iaitu tahun 1976.

“KJ, anda lahir pada tahun 1976, betul? Samalah kita,” jelasnya.

Dalam pada itu, Khairy atau lebih mesra dipanggil sebagai KJ tidak melepaskan peluang untuk meminta tips daripada Tyzo cara kekal awet muda dan kelihatan jauh lebih muda daripada usianya.

"Saya kena berguru dengan andalah. Macam mana nak muda, macam mana nak menang ABP".


“Serious, you’re looking good bro (anda kelihatan muda),” celah Khairy.

Sementara itu, ketika sesi temu bual berlangsung, Tyzo turut berseloroh sama ada pihak Hot FM mahu mengambilnya sebagai penyampai radio stesen tersebut.




“KJ tak nak ajak saya bekerja dengan KJ ke?,” soal Tyzo.

Sambil tertawa, KJ menolak permintaan tersebut kerana mereka sebaya dengan nada bergurau.

KJ menjawab seraya tertawa: “Tak nak tak nak sebab awak sebaya dengan saya.”

Wah memang awet muda betul Tyzo, macam 30-an pun ada. Agak-agaknya apakah rahsianya? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bulalof 18-1-2024 02:01 PM
rahsia dia?

berpewatakan dan bertatarias tidak seiring dgn usia.
Quote penjarasgbuloh 18-1-2024 02:11 PM
betul la, mati2 ingat Tyzo ni 30-an. KJ takyah la nak nampak muda...anda hensem sebab watak anda.
Quote kalchi 18-1-2024 02:13 PM
Tyzo kalao close up tak nmpak muda mana la uols. Tua je dia tu
Quote Rogue98 18-1-2024 02:18 PM
KJ pi lah buat facial and grooming. KJ tunggang kuda..kuda lagi bersih n kemas.
Quote Kancilkering 18-1-2024 02:19 PM
halahai dh terlambat kj….laluan berbeze
Quote Sazreena 18-1-2024 03:04 PM
Jadah 58...48 je la..ower nau reput ni pun tau.
Quote cikX87 18-1-2024 03:08 PM
rahsia dia? tidak berkahwin, tidak pikul masalah negara, self care. kj nak pi potong rambut pun malas, acano?
Quote JahLupa 18-1-2024 03:11 PM
2024-1976=58

Mampuih kejung la cikgu2 math duk makan hati
Quote anilanil 18-1-2024 03:52 PM
Acik Jamal Jamaluddin tu muka vampire takde org nak mintak petua ke? Dah 60 dah acik JJ tu...
Quote ainonymous 18-1-2024 03:55 PM
iols tak berapa suka tyzo ni dari dulu..tapi takpe la skipppp sebab tak follow heols
Quote lightheaded67 18-1-2024 04:02 PM
acik shilpa shetty pun lawa jugak tahun 1975. katanya kena sacrifice excess sugar. motip masuk acik boliwud pulak
Quote sleepandream 18-1-2024 04:10 PM
iols ingatkan 1979..

btw best ke KJ jadi dj? cam bohsan jah
Quote annadonna 18-1-2024 08:29 PM
KJ boleh tak jgn jadi gorila. Hensem mcm mula mula muncul dulu
Quote cm_vungtau 18-1-2024 08:33 PM
Rahsianya? Buang janggut beruban tu
Quote cmf_premierleag 18-1-2024 08:42 PM
Antara tyzo dan kj, akak lg rela ditutuh dgn tyzo..sbb kj nmpk busuk mcm bangkai
Quote cmf_premierleag 18-1-2024 08:43 PM
Muka tyzo ni bersih...x mcm ko yg pemakan duit dr sumber x halal khueen
Quote hzln 18-1-2024 09:00 PM
cmf_premierleag replied at 18-1-2024 08:42 PM
Antara tyzo dan kj, akak lg rela ditutuh dgn tyzo..sbb kj nmpk busuk mcm bangkai

Mungkin atas faktor penuaan, aku dah beralih arah kpd spesis rupa2 KJ penuh berbulu supo gorila (KECUALI papagomo, itu tidak termasuk! )

Quote makita 18-1-2024 09:05 PM
cmf_premierleag replied at 18-1-2024 08:42 PM
Antara tyzo dan kj, akak lg rela ditutuh dgn tyzo..sbb kj nmpk busuk mcm bangkai

Wild bethol imijinasi kaka prem yach
Quote slyfynx 18-1-2024 09:17 PM
“Serious, you’re looking good bro (anda kelihatan muda),” celah Khairy.


Yang dalam kurungan tu sape translate?
Gune kamus ape?

Lihat semua komen(71)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:49 PM GMT+8 , Processed in 0.062248 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top