CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Jangan Tekan Pautan, Itu Semua 'Scammer' - Neelofa Pesan Agar Jangan Tertipu Artikel Mengenai Dirinya

17-1-2024 03:48 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 7024| Komen: 4

Description: Macam-macam cara licik digunakan oleh "scammer' untuk menjerat mangsa-mangsanya. Terkini, usahawan Noor Neelofa pula menjadi "alat" untuk scammer memancing mangsanya.


Macam-macam cara licik digunakan oleh "scammer' untuk menjerat mangsa-mangsanya. Terkini, usahawan Noor Neelofa pula menjadi "alat" untuk scammer memancing mangsanya.

Memetik Kosmo, Neelofa mengingatkan orang ramai agar tidak menekan butang klik pada pautan dihantar sindiket pelaburan atas talian atau scammer dalam Instagram yang cuba memperdayakan wang menggunakan namanya.

Katanya, segala paparan artikel palsu dihantar pihak terbabit yang menyatakan dia berjaya meraih pendapatan lumayan hanya dengan klik pada pautan tersebut hanya mahu memancing mangsa.

“Kalau sesiapa baca ini, atau ternampak tajaan iklan serta berita dalam Instagram seperti saya tunjukkan ini, itu semua adalah adalah scam.

“Tolong jangan tekan link (pautan) dalam artikel itu, antaranya sebab temu bual itu cuma naratif mereka sendiri untuk menipu orang Malaysia.



“Dengan kes ‘interview’ yang sangat palsu serta pautan diberi itu untuk curi duit anda semua, jangan terpedaya dengan konten artikel yang semuanya palsu,” katanya dalam Instagram.

Amaran yang dibuat isteri kepada pendakwah bebas Haris Ismail itu turut disertakan paparan artikel serta gambar palsu seperti didakwanya.

Menurut ibu kepada dua cahaya mata itu lagi, itulah modus operandi digunakan scammer supaya orang tertarik dengan iklan mendapatkan wang menerusi cara mudah.

“Ramai orang tertipu sekarang dengan scammer. Minta semua hati-hati dengan konten palsu seperti itu.

“Ini salah satu cara atau jalan untuk membuatkan orang percaya kononnya saya buat duit hanya melalui pautan tersebut,” ujarnya.

Sebelum ini, foto video dan suara Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd. Noor, 34, kerap dijadikan modal pihak tidak bertanggungjawab untuk tujuan menipu orang ramai.

Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia menyelar tindakan scammer berkenaan sama seperti golongan terlaknat, Yahudi. 


Sumber – KOSMO! ONLINE

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote I.K.A888990 17-1-2024 04:06 PM
"Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia menyelar tindakan scammer berkenaan sama seperti golongan terlaknat, Yahudi."

dah dia sendiri pun jual ubat puki dia kan...apo nak heran..
so kau pun mengaku la kau lahanat yisrael jgk kan sbb sah2 kau scammer kaki belit penakut siap terang2 sokong brg kesayangan yisrael kau tu....puihhhhhhhhh
Quote sisturNgensot 17-1-2024 07:30 PM
I.K.A888990 replied at 17-1-2024 04:06 PM
"Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia men ...


ubat puki apa sis..tertinggal bas pulak


Quote Pak.dolla 17-1-2024 07:36 PM
I.K.A888990 replied at 17-1-2024 08:06 AM
"Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia men ...

.
.
.
hahahaha
lebih baik jual kuih tart kan?
kira sampai 8 tart...
Quote Piramida 17-1-2024 07:40 PM
I.K.A888990 replied at 17-1-2024 04:06 PM
"Terbaharu, videonya digunakan untuk menjual dan mempromosikan pakaian dalam wanita sehingga dia men ...


Dulu2 memang dia ada kaitan dgn pakaian dalam kan?
Victoria secret kan? Ke tak? Yg dia gi fesyen show VS tu?
Ada gak lah tempias hehehhee

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.052337 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top