CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shila Amzah Hamil

5-1-2024 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 19156| Komen: 103

Description: Shila Amzah mengesahkan dia dan suami iaitu Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Shila Amzah mengesahkan dia dan suami iaitu Ubai bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.

Shila atau Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, dia dan Ubai baru memaklumkan berita gembira tersebut kerana mahu memastikan kandungannya berada dalam keadaan baik.


Foto: IG

"Ada sebablah kenapa kami baru beritahu semua orang untuk memastikan tempoh kehamilan ini berjalan lancar.

"Terima kasih kepada yang mendoakan sebelum ini. Doakan semoga kandungan saya selamat dan dipermudahkan segalanya," katanya.

Shila berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya pada malam Khamis.



Menerusi perkongsian video tersebut, Ubai turut berkongsi kisah pahit manis yang mereka lalui sepanjang tahun 2023 termasuk kehilangan dua orang tersayang iaitu abang dan ibunya.

"2023 meninggalkan peristiwa manis dan sedih yang banyak mengajar kami berdua. Tahun ini juga kami mengambil keputusan berkahwin.

"Tahun lepas juga arwah adik pergi sebelum majlis pertunangan kami, diikuti pula pemergian arwah mak beberapa hari sebelum kami bernikah.

"Selesai cerita kami di tahun 2023 dan di tahun 2024 ini kami ingin membukanya dengan satu perkhabaran (berita kehamilan)," ujarnya.

Sebelum ini, Shila meminta orang ramai untuk menghormati dirinya apabila ada menegur perubahan berat badannya.

Netizen membuat spekulasi bahawa penyanyi lagu Patah Seribu itu kini sedang berbadan dua, namun Shila tidak mengiyakan atau menidakkan dakwaan tersebut.

Untuk rekod, Shila dan Ubai atau Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, 26, mendirikan rumah tangga pada 4 Ogos lalu.

Ia merupakan perkahwinan kedua Shila selepas rumah tangga dibina bersama Haris Edraki Elia pada April 2018 berakhir dengan penceraian.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Seth Uwais yang kini berusia lima tahun.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote aikee04 5-1-2024 09:29 AM
Tahniah  
Quote sukanyanyi 5-1-2024 09:31 AM
agak2 brapa bulan ea? ade sape2 tau? curious plak meol
Quote 3chanceno 5-1-2024 09:41 AM
Tahniah...semuga selamat urusan nanti.
Quote codenamedream 5-1-2024 09:49 AM
Tahniahhhhh...
Masa awal2 pregnant ni lah yang adik beradik sha buat hal kan..
Quote Yoonggi 5-1-2024 09:51 AM
tahniah, moga dipermudahkan segala urusan
Quote sayurmayur88 5-1-2024 09:52 AM
alhamdulillah. rezeki tahun 2024 buat mereka.
Quote lifeline 5-1-2024 09:55 AM
tahniah shaaaa
memula aku xsuka sgt kapel ni

now rasa mcm ok je kapel ni

ubai ni pon walau pun muda tp nmpak la matang dia tu
ramai ehhh yg preggy 2024 nii

bestnyaaaaaaaaa
Quote Cassieopeia 5-1-2024 10:17 AM
byk dugaan diorgkn, moga baik2 la utk diorg n baik2 la dgn mak nti nk bersalin tu tkt apa2 kan. ngn adik beradik tu sukati diorglah
Quote dewi_rina 5-1-2024 10:18 AM
Tahniah, tom dah beranak ke belum?
Quote Lavender_Violet 5-1-2024 10:40 AM
Alhamdulillah...
Happy dengar news ni utk mereka
Quote ashilalat 5-1-2024 10:42 AM
Tahniah shilalat
Quote Budakmomok 5-1-2024 10:43 AM
Tahniah shila n suami
Quote pocongkiutss 5-1-2024 10:50 AM
Tahniah..hrp dh besar la kandungan tu..kalau awal2 ni mcm saspen nk inform org..bagi iols 3 bulan pun mcm awal lagi
Quote pocongkiutss 5-1-2024 10:50 AM
dewi_rina replied at 5-1-2024 10:18 AM
Tahniah, tom dah beranak ke belum?

Ha ah ye..rasa lama nau dia pregnant
Quote jihyomelly 5-1-2024 10:56 AM
tahniah..moga yg baik2 saja..walaupun x berapa suka tapi nampak elok diorg berdua..
Quote HoneyManjer 5-1-2024 10:59 AM
alahai...syoknya
teringin nak ada baby....
apa rasa ada baby dalam rahim...
huhuhu
Quote watachiwa 5-1-2024 11:02 AM
rasa macam masa kecoh2 dgn umah dia aritunampak dia dah berisi kan. sbb sblm tu dia gigih exercise.
good for her.
Quote Bonger 5-1-2024 11:04 AM
Nampak Sha happy bila dgn Ubai....Ubai pon jenis yg matang....harap berkekalan la sampai bila bila
Quote Manusiabesa 5-1-2024 11:09 AM
Aku gtau setsiap eh. Anak tu xcomel nnt. Sbb bapaknya ubai.
Kehkeh.
Done cerca.
Yawning.

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:57 AM GMT+8 , Processed in 0.133747 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top