CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Saya Mahu Dia Terima Balasan Yang Setimpal", Pelakon Lelaki Didakwa Larikan Diri Selepas Minta Pasangan Gugurkan Kandungan

4-1-2024 03:30 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 14101| Komen: 78

Description: Seorang pelakon lelaki yang didakwa melarikan diri selepas memaksa seorang penuntut universiti untuk menggugurkan kandungannya telah menimbulkan rasa kesal dan kekecewaan pada wanita tersebut.



Seorang pelakon lelaki yang didakwa melarikan diri selepas memaksa seorang penuntut universiti untuk menggugurkan kandungannya telah menimbulkan rasa kesal dan kekecewaan pada wanita tersebut.

Wanita berusia 21 tahun itu telah melaporkan bahawa dia kini mengalami jangkitan di rahimnya selepas melakukan proses pengguguran kandungan tersebut. Dia mendakwa bahawa pelakon lelaki itu telah menggunakan kata-kata manis dan janji-janji untuk meyakinkannya untuk melakukan pengguguran, dengan janji untuk menjaga dan menyokongnya. 

Namun, selepas tindakan tersebut dilakukan, pelakon tersebut menghilangkan diri dan enggan mengambil tanggungjawab atas perbuatannya.

"Saya ikut segala permintaannya untuk menggugurkan kandungan selepas memujuk saya berulang kali.

Saya sanggup menarik semula laporan polis dan menggugurkan kandungan selepas termakan segala pujuk rayunya yang konon mahu menjaga saya sebaik menggugurkan kandungan.


Dia turut berjanji untuk mengahwini saya walaupun harapan untuk hamil lagi agak susah kerana mengambil ubat gugur janin".

Malangnya kata-kata manis yang diberikan itu hanya untuk melepaskan diri dan tidak mahu bertanggungjawab sedangkan saya sekarang terpaksa berulang-alik ke hospital kerana mengalami jangkitan pada alat kelamin.

"Saya hanya mengetahui masalah ini dua minggu lalu selepas doktor memberitahu proses pengguguran melalui pil gugur janin yang saya ambil tidak berkesan sepenuhnya. Ada janin yang masih berada di dalam badan."

Tambah wanita itu lagi, pendedahan yang dibuatnya bukanlah bertujuan untuk mengahwini pelakon tersebut namun hanya mahu mendapat keadilan yang sepatutnya.

Menurutnya, dia mahu membawa perkara ini ke muka pengadilan dan memastikan agar pelakon berkenaan menerima hukuman yang setimpal.

"Saya tak nak pun kahwin dengan dia. Saya hanya ingin dia menjadi seorang yang bertanggungjawab dan ada sifat perikemanusiaan.

"Cuma ketika saya sedang berada pada fasa terendah dalam hidup saya sekarang ini, setidak-tidaknya tanyalah khabar dan beri sokongan serta selesaikan masalah ini secara baik".

"Namun saya pula kena tanggung kesakitan seorang diri, sementara dia seronok menikmati kehidupan seperti tiada apa yang terjadi".

"Saya mahu dia menerima balasan yang setimpal. Biarlah saya dan dia diheret ke muka pengadilan atas kesalahan yang kami lakukan. Saya mahu dia belajar daripada pengajaran ini, bukan bebas dan menjalani kehidupan dengan penuh bahagia".

Terdahulu, tular beberapa hantaran tular di TikTok mengaitkan nama seorang pelakon lelaki yang didakwa sudah menghamilkan seorang wanita dan telah melarikan diri dari bertanggungjawab atas perbuatan yang telah dilakukannya itu.

Sumber: Harian Metro 

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 4-1-2024 03:38 PM
Bagi lagi ape yg ade.. tak bg duit . Bagi body.. bagi gambar bogel.. bagi kad bank pd scamner.. ape lg nak bagi..

Dah ngandung... Nyesal.. pas tuu gugurkan.. tobat dua hari pas tuu bg lagi pepet tuu.. sape nak try.. ulang dan ulang.. kawin nak hntrn mahai..

Quote prince_marhaen 4-1-2024 03:45 PM
tiada simpati untuk kau. sekian.
Quote kotakominami 4-1-2024 03:54 PM
Yg kau pegi tadah kenape? Org tu buat2 alim baru tunjuk baca doa makan kau dah bayang till jannah....
Aku lg simpati pada budak2 bawah umur yg kena penderaan seksusal...diorang takde pilihan tau...lahir2 je dh dpt family hamjadah.....kau ni ade pilihan jadi tangunglah sesama
Quote NazRysha 4-1-2024 04:04 PM
aniq hari tu ke
ke orang lain
padan la muka betina ni
Quote eyansss 4-1-2024 04:24 PM
tak paham aku bila perempuan je kena maki...  apsal lelaki tak diheret sekali?  sama cam kes buang anak, perempuan je kena, lelaki?  sebab tu lelaki makin jahanam sebab yang hanya kena si perempuan je...
Quote dua_chzy 4-1-2024 04:25 PM
Name and shame je dek.
Quote dua_chzy 4-1-2024 04:26 PM
Aniq Suhair la kan. Dasar babi.
Quote caramel_cloud9 4-1-2024 04:32 PM
Dua dua pun salah.
Quote Sazreena 4-1-2024 04:45 PM
Bagi free..dapat dosa ngan penyakit lagi...
Quote prettyuglybabe 4-1-2024 04:48 PM
lelaki tu memang jahanam la perangainya..
tapi awak pompuan apasal bodoh sangat..
Quote Thunderclouds 4-1-2024 04:48 PM
Ntah brapa kali sebulan nk bukak tered pasal minah tsakiti ni.
Waktu menutuh lgsung xberingat nk sarung kondom.
Ko lemah ngn pujukan jantan & aktif mngesek insist dekk.. INSIST jantan sarung kondom.
Quote takayama 4-1-2024 04:54 PM
Bdk ni sebaya dgn anak buah kaka, dia pun x kesian kat diri dia sendiri mcm mana. Klu lelaki tu lelaki yg baik xde dia sentuh kamu smp ada hasil dlm rahim. Bkn xnak simpati tp kamu sanggup apa shj demi lelaki itu, bdk uni patut fikiran lg maju ke depan tp bila nafsu menguasai diri akal pun tertinggal kt tempat lain. Meroyanlah nak smp pecah anak tekak tu sekiranya ia dpt memuaskan hati kamu. Klu ada bukti saman dia minta damages for ur loss dan mulakan hidup br. Auntie hrp kamu kuat dan dpt hbskan pengajian kamu yea anak
Quote AnnaSendin 4-1-2024 04:59 PM
Jadi pompuan kena bijak dikk. Cikcur berdua, sengsara uols sorang except kalau uols bawah umur. Tatau under court mana tapi sah² under syariah, si okg tuew bakalan terlepas.
Quote Parit.Hilton 4-1-2024 05:26 PM
macam mana pulak gugurkan kandungan pastu ada jangkitan kat alat kelamin?
entah2 ada STD

Quote pocongkiutss 4-1-2024 05:38 PM
kotakominami replied at 4-1-2024 03:54 PM
Yg kau pegi tadah kenape? Org tu buat2 alim baru tunjuk baca doa makan kau dah bayang till jannah.. ...

Omg iols setuju sgt

Geng yg sendiri bersedap2 ni iols mmg takde kasihan..contoh mcm budak2 DS tuh..lebih2 lagi yg perempuan tu ko mmg tau kan akibat buat s3ks? Lagi pulak s3ks bebas tu..bukan sorang je pasangannya..seram betul tgk

Baik reserve rasa kasihan tu pd mangsa penderaan seksual..mangsa pedo
Quote jihyomelly 4-1-2024 05:44 PM
Edited by jihyomelly at 4-1-2024 05:45 PM


sama je gatal..merenyam!!!
Quote aechae 4-1-2024 05:47 PM
nape lah smpai pegi gugurkan... dh caripenyakit.

Quote dua_chzy 4-1-2024 05:49 PM
Parit.Hilton replied at 4-1-2024 09:26 AM
macam mana pulak gugurkan kandungan pastu ada jangkitan kat alat kelamin?
entah2 ada STD

Sebab tak 'dicuci' rahim dengan betul kot. Kalau di hospital kan kena bersihkan habis rahim tu bila gugur kandungan, sma macam lepaa kita beranak segala darah kotor deols sedut. Buat sendiri kan. Possible ja dapat jangkitan. Ntah apa cara dia guna. Harap bukan jolok pakai hanger. Haru woo kalau guna cara tu.
Quote Myeramie 4-1-2024 07:28 PM
Apo si laki elok je berlakon jadi pak ustaz kt tv xde effect ape pom untung kan jadi laki  

Lihat semua komen(78)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:44 PM GMT+8 , Processed in 0.069892 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top