CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

‘MRSM Untuk Yang Cerdik Pandai’ - Rita Rudaini Tak Setuju Kenyataan Golongan T20 Hantar Anak Masuk MRSM Untuk Ajar Erti Susah

4-1-2024 03:17 PM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9193| Komen: 34

Description: Pelakon, Rita Rudaini mengecam kenyataan yang mengatakan ibu bapa dari kalangan kumpulan isi rumah tertinggi (T20) menghantar anak mereka belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah untuk belaja ...



Pelakon, Rita Rudaini mengecam kenyataan yang mengatakan ibu bapa dari kalangan kumpulan isi rumah tertinggi (T20) menghantar anak mereka belajar ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) adalah untuk belajar erti kesusahan hidup.


Menerusi hantaran yang dimuat naik di Instagram (IG) Story, Rita atau nama sebenarnya Rita Rudaini Mokhtar sama sekali tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut sambil menyifatkannya sebagai merepek dan mengarut.

"Bahasa ‘alasan’ macam ini, nak belajar (cara hidup) susah banyak lagi tempat boleh hantar.

Hantar ke rumah kebajikan pun boleh, adoi statement memang mengundang masyarakat bergaduh".


Tambah pelakon filem ‘Mami Jarum’ itu lagi, sekolah MRSM yang berprestasi tinggi itu sepatutnya dijadikan sebagai satu tempat bagi para pelajar untuk bersaing sesama mereka untuk terus berjaya dalam kehidupan dan bukanlah platform buat golongan bangsawan untuk memasukkan anak-anak mereka secara sesuka hati.

"MRSM untuk yang cerdik pandai, untuk yang ada kelayakkan akademik, semua golongan berhak memohon dan yang layak akan berpeluang untuk belajar di sana.



Erti kesusahan sebenar ialah, ‘Siapa malas belajar dia akan ketinggalan’. Di situ barulah para pelajar akan sedar erti kesusahan yang sebenar bila tak dapat tempat di mana-mana institusi yang bagus dan terbaik".

Menerusi satu hantaran lain, pelakon berusia 47 tahun itu juga mempersoalkan jurang yang diletakkan oleh pihak-pihak tertentu dalam isu pendidikan dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, dengan adanya kuota itu akan mewujudkan ketidaksefahaman dan ketidakpuasan hati dalam kalangan masyarakat sekaligus menyebabkan perpecahan.

Terdahulu, Rita dilihat sangat lantang bersuara dengan memberikan pendapat melibatkan isu dan permasalahan yang berlaku di sekolah seperti kes buli dalam kalangan pelajar serta kes guru menampar murid di sekolah.



Sumber : Ohbulan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 4-1-2024 03:24 PM
dia ni yg bg busuk nama MRSM-MARA

boleh ka parent buat stetment mcm ni? kalau sekolah lain rasa dah kena buang budak tuh, jd headlines news sebulan dah ni
Quote Buritan 4-1-2024 03:32 PM
manehnya: dia ni yg bg busuk nama MRSM-M ...


Terpaling mrsm aka batak mrsm..
Quote newyork 4-1-2024 03:34 PM
aidil sgt muka anak sulung dia tu
Quote tikusmontok 4-1-2024 04:01 PM
Fefeeling t20 nyah
Quote darkness 4-1-2024 04:08 PM
Plslah jangan bg dia berckp soal mrsm. Mrsm itu sendiri ditubuhkan utk bantu golongan b40 60%, m40 20%, t20 20%. Dia tak layak langsung berckp soal kuota. Yang budak ulu2 dalam hutan ketinggalan apabila hanya merit yg diutamakan dlm kemasukkan mrsm. Sedangkan yg ulu bening yg berpotensi xda kemudahan semua, tercicir kerana merit diutamakan yg mana t20 mempunyai segala kemudahan. Shut up. Ko tidak layak langsung berckp soal mrsm
Quote prizadane 4-1-2024 04:45 PM
Dia ni mesti rasa dia terpaling good parenting kan sebab anak masuk mrsm. Berkampung sana sini anak masuk mrsm.

Walhal ritrud ni kat sekolah ni geng kelas belakang je agaknya.
Quote red_velvet 4-1-2024 06:46 PM
Ada kajian kebijaksanaan anak diwarisi dari ibu.. tapi bab anak dia ni mewarisi siapa agaknya.. sebab kalau warisi ibu macam tak berapa nak kena gayanya... seram mulut mak macam ni .. harap tak warisi mulut mak sekali ye nak...
Quote LadyCarefree 4-1-2024 07:07 PM
My parents who are in their 50s and both dulu kat SBP cakap zaman dulu SBP elite paling top studentsnya semua crème de la crème mesti 5A. Zaman dulu susah nak dapat 5A kdg2 satu sekolah sorang je pelajar 5A. Next 4A masuk sekolah menengah sains. MRSM ni budak2 yg 4A xdpt masuk SMS atau yg dpt 3A. MRSM memang diwujudkan bantu melayu basicallynyalah.
Zaman dulu bukan macam sekarang satu sekolah pun boleh dapat 5A. SRP dan SPM zaman tu pun satu negara top student pun maybe dua tiga orang saja dpt the least aggregate. Zaman tu tak ada private boarding school elite mcm KYS.
Quote MissYouSayang 4-1-2024 07:54 PM
Sebab kau bermulut pantak la habis nama mrsm jadi busuk. Sial betul
Quote oklatu85 4-1-2024 07:56 PM
bongoknya la royani ni x paham system mrsm ni.. syukur la ada jugak kuota utk t20 .. orang lain anak masuk mrsm, saudara mara iols pun ramai, cikgu mintak bantuan bagi je.. bising lagi , terpaling mrsm betul
Quote jihyomelly 4-1-2024 08:08 PM
diam lah..byk pulak cakap!!! terpaling mrsm t20
Quote Cookingholic 4-1-2024 08:15 PM
Abis kalau anak2 T20 tu mmg cerdik pandai nekrota nak ckp apa? Terpaling mrsm. Nekrota join tak pibg sekolah? Jgn pungpang lebih kt medsos jer
Quote syamzana 4-1-2024 08:20 PM
anak retis lain pun ada je masuk mrsm/sbp ada yg dah habis bljr kat uni pun tapi takla derang berkompang asyik berkokok je bila ada hal timbul berkenaan sek anak derang.
dah la retis, buat ayat sikit pun org highlight sebulan pastu sokmo keluar statement busuk bangkai. nasib la mrsm selagi anaknya tak habis bljr, hadap je la mak peel camni

#iols pun menyangkal t20 anto anak2 ke mrsm utk diajar merasa susah. membongak much!!
Quote mamakoya 4-1-2024 08:48 PM
Acik ni yg duk melalak canang suruh ambil tindakan pada cikgu tu konon memalukan MRSM..padahal dia yg tepek taik kat nama MRSM..
MRSM nak diam saje ke? Tak nak ambik tindakan ke atas perbuatan acik rude ni? Kenapa? Takut ngan retis ke?
Alasan yg diheboh pun tidak laa strong mana pun..setakat cikgu2 mengumpat..yg selama ni orang dok keji acik2 gomen konon goyang kaki xpe pulak eh..
Siap hina konon cikgu tunggu cucuk duit kat ATM hujung bulan..tu bukan keji jugak kaa
Quote caramello 4-1-2024 09:07 PM
Batak eh dia ni..acah2 dia jurucakap utk mrsm..ramai lg retis yg htr ank ke sekolah hebat2 xde pun batak mcm dia..semak btul..mcm dia sorg parent titwenti dlm tu..perasan btoi
Quote caramello 4-1-2024 09:20 PM
Anak baru form 2..pjg lg journey..mcmni punya stail iols rasa klo abis spm tup2 ank dia mtk izin nk kawin, mau dia amok 1 malaya..ank terpaling bijak genius kot
Quote Cookingholic 4-1-2024 09:52 PM
Parents hado2 ni byk buat sumbangan utk sekolah. Contoh: wakafkan kipas, mesin air coway etc. In a way anak2 yg lain pun dapat merasa kemudahan gitu. Tapi meols pangkah jugakla kalau benda tu jadi immunity pulak utk anak2 penyumbang
Quote Carcosa 4-1-2024 10:40 PM
Tak. Yg kau terasa org tu ckp T20 hantar anak pegi MRSM sbb nak ajar kesusahan, dah kenapa?
Eh babi, kau bukan T20 lah, perasan. Kau je yg rasa kau T20. Berangan lebih si tua hidung Gonzo ni.
Anak kau masuk MRSM, then kau nak apa?? Sijil utk kau? Sbb kau lah ibu tunggal terpaling berjaya? Mcmlah pagi2 kau kena toreh getah!

Kau tak bukak molot loji kau tu pun, org semua tau anak kau yg MRSM tu pandai. Takpayah nak terasa bila statement T20 antar anak kesana sbb nk belajar kesusahan. Ya. Ya. Kitorang tau anak kau masuk sbb dia pandai. Dah. Puas????
Quote Lily_Elizabeth_ 4-1-2024 11:49 PM
Tak malu ke dia ni ek; pom pam; cam dia lak ex mrsm; padahal; emmmm.

If I sure malu nak pam pom cam ni; sembang bab education; padahal pelajaran dia pun kelaut Estonia. Hihi.

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:25 PM GMT+8 , Processed in 0.069035 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top