CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pegawai Pemasaran Bawa Lari RM26,000, Puteri Sarah Minta Pulangkan Wang Atau Berdepan Tindakan

4-1-2024 09:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6676| Komen: 9

Description: Puteri Sarah mendedahkan diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya.Puteri Sarah atau Puteri Sara ...
Puteri Sarah mendedahkan diperdaya seorang individu bergelar pegawai pemasaran susulan cuba mengenakan caj sebanyak 45 peratus daripada keuntungan diperoleh perniagaannya.

Puteri Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamarudin, 40, berkata, individu berkenaan juga mengambil wang sebanyak RM26,000 sebagai gajinya tanpa melaluinya terlebih dahulu.


Jelasnya, dia mengupah individu tersebut sejak Oktober lalu bagi menjalankan pemasaran produknya namun kerja yang dilakukan tidak mencapai standard ditetapkan.

Foto: IG

"Saya tak berapa nampak apa yang dia buat sebenarnya. Kemudian dia caj saya sebanyak 45 peratus daripada keuntungan untuk pemasaran.

"Dia juga ada pegang wang tunai dekat satu acara lain sebelum terus ambil RM26,000 tanpa masuk ke dalam akaun terlebih dahulu. Dia kata itu gaji dia," katanya.

Puteri Sarah mendedahkan perkara itu dalam satu siaran langsung yang dimuat naik semula di TikTok.

Dalam pada itu, Puteri Sarah turut tidak berpuas hati apabila tugas dijanjikan untuk mencari ejen dan stokis bagi produknya gagal dilaksanakan sebaliknya diserahkan kepada pekerjanya.

Tidak hanya itu, individu terbabit pernah menyatakan hasrat menjadi rakan perniagaan namun enggan mengeluarkan sebarang modal.

"Dia nak jadi partner tapi tak keluar modal. Kalau nak jadi rakan perniagaan, kena bagi duit," jelasnya.

Sementara itu, Puteri Sarah memberi ruang terhadap individu berkenaan memulangkan semula wang diambil daripada.

Sekiranya gagal, dia tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis terhadap individu tersebut.

"Kalau saya tak dapat balik duit saya, memang saya nak buat laporan polis. saya tak kisah nak ambil 45 peratus ke apa, saya dah reda tapi yang salah kira gaji apa semua itu, saya harap dapat duit saya kembali," katanya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote honam 4-1-2024 10:07 AM
wow 26k gaji sebulan
Quote Burong_Hantuk 4-1-2024 11:08 AM
Quote LadyCarefree 4-1-2024 11:46 AM
Burong_Hantuk replied at 4-1-2024 10:08 AM

Hehehhehe jugak
Quote Incanto 4-1-2024 01:16 PM
Coo…baaa..aann
Quote rosevelvet 4-1-2024 01:21 PM
Edited by rosevelvet at 4-1-2024 01:22 PM

Begitulah dunia. Org cerdik ramai jd mangsa tipu
Quote iolss 4-1-2024 02:41 PM
awat picture tu PS nmpk bambam..
Quote sleepandream 4-1-2024 09:40 PM
26k cash tu hasil tolak produk dekat ejen dgn stokis ke
Quote khaira01 4-1-2024 09:52 PM
sleepandream replied at 4-1-2024 09:40 PM
26k cash tu hasil tolak produk dekat ejen dgn stokis ke

Rasanya 26k tu hasil dari jualan dekat event. Iols rasa event yg dekat singapore, sbb time tu sarah pergi umrah..org tu yg incharge.
Quote khaira01 4-1-2024 09:53 PM
iolss replied at 4-1-2024 02:41 PM
awat picture tu PS nmpk bambam..

Rasanya dia kurus sekarang. Tu pakai jaket tebal..sana kan sejuk.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.251439 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top