CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penyebaran Gambar Bogel, Punca Kejadian Bunuh Di Kampung Sungai Choh

4-1-2024 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10699| Komen: 24

Description: Penyebaran gambar bogel menjadi punca seorang lelaki dibunuh, yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang Selangor, pada 23 Disember lalu ...
Penyebaran gambar bogel menjadi punca seorang lelaki dibunuh, yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang Selangor, pada 23 Disember lalu.


Difahamkan salah seorang suspek berasa tidak puas hati kerana mangsa menyebarkan gambar rakannya tanpa kebenaran.

Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, hasil siasatan itu, polis menahan lapan suspek terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita, berusia antara 19 sehingga 46 tahun.


Foto: mStar


Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari mulai 24 Disember lalu hingga esok bagi membantu siasatan.

"Kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya Selangor dan sudah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek yang mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti.


"Lima orang suspek dituduh mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh," katanya dalam kenyataan.

Noor Ariffin berkata, dua suspek lain dibebaskan dan mereka dijadikan saksi pendakwaan.

"Kesemua suspek akan dituduh di mahkamah Selayang pada hari ini (Khamis) di mana motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga berjaya menangkap suspek," katanya.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote justchu 4-1-2024 01:02 PM
gila lah malaysia dah mcm mexico
Quote princessmiang 4-1-2024 01:05 PM
Yihhh walaupun salah bod tp gila laaaa..bunuh org mcm pukol nyamok
Quote codenamedream 4-1-2024 01:05 PM
Gosipnya???
Quote aikee04 4-1-2024 01:10 PM
Mod ni mcm xde je...
Quote Mary_jane 4-1-2024 01:12 PM
Apo reputz main pacak je thread kat mana2 board.
Quote Perils 4-1-2024 01:14 PM
Artis mana yg jd mangsa ni.???kahhh
Quote Orgkgdukobesi 4-1-2024 01:19 PM
Retis mana yg menjadi penyerang dalam berita ini??
Quote nw111 4-1-2024 01:40 PM
Elok la....yg suka2 dok ugut orang tu...mmg ini je ubatnya..baru buku bertemu ruas
Quote otai_g 4-1-2024 01:46 PM
Ayat2 berita mcm bahasa Columbia. X fhm aku hujung pangkal. Ok mangsa kena bunuh sbb sebarkan gmbr bogel kawan dia. Dah tu yg bunuh mangsa sapa plk?

Siapa mangsa yg sbnr ni? Yg kena bunuh atau yg gmbr bogelnya disebarkan?
Quote Decaffeinated 4-1-2024 01:52 PM
princessmiang replied at 4-1-2024 01:05 PM
Yihhh walaupun salah bod tp gila laaaa..bunuh org mcm pukol nyamok

Salah bod?

Quote Decaffeinated 4-1-2024 01:53 PM
nw111 replied at 4-1-2024 01:40 PM
Elok la....yg suka2 dok ugut orang tu...mmg ini je ubatnya..baru buku bertemu ruas

Buku bertemu ruas tu dah elok cuma sayang buat kerja tak clean ja.

Quote JunkMail 4-1-2024 01:58 PM
Kes apa pulak ni...banyak sangat bunuh bunuh kat tanahair sampai aku dah liat track.
Quote chandrahusin 4-1-2024 02:07 PM
Dgn kejadian ni
harap sesapa yg suka2 nak sebarkan gambar2 tak senonoh tu
pikir la byk2 kali
Quote annehuda 4-1-2024 02:28 PM
aku tau benda ni salah berdosa bunuh orang tapi elok jugak mampus si mati tu, kurang sorang lg pervert kt dunia ni
Quote dani-rox 4-1-2024 05:40 PM
Harap takda kaitan dgn poremer Cari yg gambarnya kena scam tempoh hari
Quote Carcosa 5-1-2024 06:21 AM
Boleh tak aku nak padan muka kan yg mati tu?
Semoga kau rasa sakitnya otw mati tu. Suka2 sebarkan gambar private org. Yg bunuh pulak, lain kali, jgnlah ramai2. Kan ada yg dah jadi snitch.haaa gichewww meols nasihat menghasut
Quote VespaSilbe 5-1-2024 07:49 AM
Chop.. yg ni kes abang bunuh bf adik kan..
Quote batmana 5-1-2024 07:57 AM
Patut bogelkan dia..patut rekod 4k video pastu upload la kt tenet.
Yg gmba bogel adik ko tu ckpla tu teknologi AI, superimpose chatgpt punya teknik mcm skrip artis2 mesia la..sekian
Quote putericahaya999 6-1-2024 07:39 PM
Saspek pun dh tua2 .... xda la tersebar mana pun
.... x baik membunuh

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 07:29 AM GMT+8 , Processed in 0.192873 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top