View: 10890|Reply: 24
|
Penyebaran Gambar Bogel, Punca Kejadian Bunuh Di Kampung Sungai Choh
[Copy link]
|
|
Penyebaran gambar bogel menjadi punca seorang lelaki dibunuh, yang mayatnya ditemukan ditanam di kawasan belukar di belakang sebuah rumah di Kampung Sungai Choh, Rawang Selangor, pada 23 Disember lalu.
Difahamkan salah seorang suspek berasa tidak puas hati kerana mangsa menyebarkan gambar rakannya tanpa kebenaran.
Menurut Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, hasil siasatan itu, polis menahan lapan suspek terdiri daripada lima lelaki dan tiga wanita, berusia antara 19 sehingga 46 tahun.
Foto: mStar
Katanya, kesemua suspek ditahan reman selama 13 hari mulai 24 Disember lalu hingga esok bagi membantu siasatan.
"Kertas siasatan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya Selangor dan sudah mendapat arahan tuduh ke atas enam suspek yang mana dua dituduh mengikut Seksyen 201 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun keseksaan iaitu kesalahan melupuskan barang bukti.
"Lima orang suspek dituduh mengikut Seksyen 302 kanun keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama iaitu kesalahan bunuh," katanya dalam kenyataan.
Noor Ariffin berkata, dua suspek lain dibebaskan dan mereka dijadikan saksi pendakwaan.
"Kesemua suspek akan dituduh di mahkamah Selayang pada hari ini (Khamis) di mana motif kejadian adalah tidak puas hati berkaitan penyebaran gambar bogel rakan suspek oleh mangsa.
"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada orang awam yang menyalurkan maklumat kepada pihak polis sehingga berjaya menangkap suspek," katanya.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
gila lah malaysia dah mcm mexico |
|
|
|
|
|
|
|
Yihhh walaupun salah bod tp gila laaaa..bunuh org mcm pukol nyamok |
|
|
|
|
|
|
|
Mod ni mcm xde je... |
|
|
|
|
|
|
|
Apo reputz main pacak je thread kat mana2 board. |
|
|
|
|
|
|
|
Artis mana yg jd mangsa ni.???kahhh |
|
|
|
|
|
|
|
Retis mana yg menjadi penyerang dalam berita ini?? |
|
|
|
|
|
|
|
Elok la....yg suka2 dok ugut orang tu...mmg ini je ubatnya..baru buku bertemu ruas |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat2 berita mcm bahasa Columbia. X fhm aku hujung pangkal. Ok mangsa kena bunuh sbb sebarkan gmbr bogel kawan dia. Dah tu yg bunuh mangsa sapa plk?
Siapa mangsa yg sbnr ni? Yg kena bunuh atau yg gmbr bogelnya disebarkan? |
|
|
|
|
|
|
|
Buku bertemu ruas tu dah elok cuma sayang buat kerja tak clean ja.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kes apa pulak ni...banyak sangat bunuh bunuh kat tanahair sampai aku dah liat track. |
|
|
|
|
|
|
|
Dgn kejadian ni
harap sesapa yg suka2 nak sebarkan gambar2 tak senonoh tu
pikir la byk2 kali |
|
|
|
|
|
|
|
aku tau benda ni salah berdosa bunuh orang tapi elok jugak mampus si mati tu, kurang sorang lg pervert kt dunia ni |
|
|
|
|
|
|
|
Harap takda kaitan dgn poremer Cari yg gambarnya kena scam tempoh hari |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh tak aku nak padan muka kan yg mati tu?
Semoga kau rasa sakitnya otw mati tu. Suka2 sebarkan gambar private org. Yg bunuh pulak, lain kali, jgnlah ramai2. Kan ada yg dah jadi snitch.haaa gichewww meols nasihat menghasut |
|
|
|
|
|
|
|
Chop.. yg ni kes abang bunuh bf adik kan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Patut bogelkan dia..patut rekod 4k video pastu upload la kt tenet.
Yg gmba bogel adik ko tu ckpla tu teknologi AI, superimpose chatgpt punya teknik mcm skrip artis2 mesia la..sekian |
|
|
|
|
|
|
|
Saspek pun dh tua2 .... xda la tersebar mana pun
.... x baik membunuh |
|
|
|
|
|
|
| |
|