CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hero Dewi Remaja 2023 Milik Aiman Ameer Dan Nurel

30-12-2023 11:13 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 26163| Komen: 14

Description: Malam kemuncak pencarian Hero Dewi Remaja 2023 berakhir dengan memperlihatkan Aiman Ameer dan Nurel dipilih sebagai pemenang.Kemenangan peserta masing-masing dari Johor dan Sarawak itu sekali gus meng ...
Malam kemuncak pencarian Hero Dewi Remaja 2023 berakhir dengan memperlihatkan Aiman Ameer dan Nurel dipilih sebagai pemenang.

Kemenangan peserta masing-masing dari Johor dan Sarawak itu sekali gus mengetepikan 10 finalis lain yang berentap merebut gelaran juara.


Pertandingan akhir program itu diadakan di CIBD Convention Center Kuala Lumpur pada malam Jumaat.


Aiman atau Che Aiman Ameer Che Kamarudin, 23 dan Nurel atau Nurelyana Baharin, 21 yang berasal dari Sarawak membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi dan selempang.

Sementara itu, tempat kedua menjadi milik Fitri dan Arabella dan membawa pulang hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.

Hero Dewi Inspirasi Yaya Empire pula dimenangi Aiman Ameer dan Adrina yang sekaligus membawa pulang kontrak bernilai RM20,000 bersama penaja Yaya Empire.

Hero dan Dewi yang membawa pulang wang tunai RM1,000 pula jatuh kepada Razin Qidran dan Nurel.


Manakala Jay Iskandar dan Arabella pula membuat kejutan apabila diumumkan sebagai Best Chemistry Duo yang membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.


Kesemua peserta Hero Dewi Remaja 2023 diadili juri profesional iaitu Scha Al Yahya, Datuk Aznil Nawawi dan Datuk Yusri Abdul Halim.

Pentas akhir program yang berlangsung selama lapan episod itu dihoskan oleh Fazziq Mukhriz dan Hawa Rizwana.

Untuk rekod, Hero Dewi Remaja 2023 pada tahun ini disertai oleh seramai 16 peserta secara keseluruhan.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ezacbee 30-12-2023 03:36 PM
Laaa tau2 final..

Quote ketambangkang 31-12-2023 12:06 PM
cucu nomah damanhuri dpt no. brp
Quote Kancilkering 31-12-2023 12:34 PM
mancung hidung…..macam asraf muslim pun hado
Quote ashcroft86 31-12-2023 01:03 PM
Herlokkk. Jenis bersukan. Cuma tinggi standard Malaysia je la. Overall, herlokkkkkk gils.
Quote ujio 31-12-2023 01:20 PM
Sendunya penerimaan..
Dh tak relevankah dewa dewi remaja ni...
Quote sleepandream 31-12-2023 01:59 PM
tok nil one of the juri
Quote adizero11 2-1-2024 10:22 AM
ada macho laa sikit hero kali ni daripada muka budak21 sunat laser sebelum2 ni..
Quote fifie_olin 2-1-2024 10:27 AM
nti2 kuar la muka depa dlm drama
Quote wirazam 2-1-2024 06:16 PM
ashcroft86 replied at 31-12-2023 01:03 PM
Herlokkk. Jenis bersukan. Cuma tinggi standard Malaysia je la. Overall, herlokkkkkk gils.

Brp tingginya?
Quote ashcroft86 2-1-2024 06:29 PM
wirazam replied at 2-1-2024 06:16 PM
Brp tingginya?

Kurang 6ft la kot. Tgk bila berdiri ngn peserta2 lain yg tinggi, nmpakla. I was rooting for Razin, tp yg ni ok gak. Jefrey Nichols pelakon indo pon, xtinggi tp ok je. Ad big balls energy.
Quote rayna_raynes 2-1-2024 11:09 PM

170cm sahaja

Quote bukan_ustazah 2-1-2024 11:59 PM
Edited by bukan_ustazah at 3-1-2024 12:00 AM

Nurel ni yang peribahasa kelaut kan
Quote bukan_ustazah 3-1-2024 12:00 AM
Ada tengok tetiba nak finale masukkan balik yang dah terkeluar tetiba buang peserta yang sedia ada. Macam tak adil langsung dah la sendu
Quote Nanadjo 3-1-2024 12:33 AM
Muka hero remaja ni pada mata aku kadang ada rupa patah, kadang ada rupa tok adi, tapi mostly muka ashraf muslim. Agak pendek, tak tau la lepas jadi hero drama ke tak. Mungkin akan selalu jadi second lead macam budak fadhlan.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:54 AM GMT+8 , Processed in 0.045309 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top