CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ryan Bakery Belikan Beg Tangan Mewah, Hadiah Sebelum Isteri Bersalin

29-12-2023 01:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 39936| Komen: 40

Description: Ryan Bakery menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama yang menjadi idaman isterinya sebagai tanda menghargai pengorbanan wanita itu yang sedang hamil anak pertama mereka.
Ryan Bakery menghadiahkan sebuah beg tangan berjenama yang menjadi idaman isterinya sebagai tanda menghargai pengorbanan wanita itu yang sedang hamil anak pertama mereka.

Ryan atau Muhammad Ryan Fahmy Bakery, 28, berkata, isterinya iaitu Elyia Ibrahim juga sudah banyak berkorban malah setia melalui fasa susah dan senang bersamanya sebelum ini.


Walaupun hadiah diberikan tidak seberapa berbanding pengorbanan dilakukan namun dia sudah lama berhajat menghadiahkan beg tangan tersebut kepada Elyia.


Foto: IG

"Isteri dah tengok beg itu banyak kali dan saya beli tanpa pengetahuannya. Inilah hadiah buat isteri. Pernah juga dia minta barang kemas sebab mengidam tapi saya minta doakan satu hari nanti saya mampu membelinya.

"Sepanjang kehamilan Alhamdulillah isteri tidak mengalami sebarang alahan teruk cuma pada awalnya sahaja dia ada mengidam teh hijau yang susah nak cari," katanya kepada mStar.


Bakal bergelar bapa pada awal Januari ini, Ryan meluahkan kebimbangan tidak dapat meluangkan masa berkualiti bersama isteri dan anak mereka nanti disebabkan jadualnya yang padat.

Disebabkan itu juga, Ryan meminta syarikat pengurusannya menyusun jadual kerjanya dengan lebih teliti agar mempunyai lebih banyak masa menjaga isteri dan bayi dalam pantang nanti.

"Ada beberapa tawaran kerja yang sudah disusun sejak awal dan bimbang juga kalau terlalu sibuk dengan tugas di luar sampai tak sempat tengok anak membesar.

"Jadi bagi mengelak perkara itu, syarikat pengurusan sudah susun jadual saya dengan lebih baik sebab mahu luangkan lebih banyak masa bersama isteri dan anak nanti.

"Perasaan sekarang bercampur gembira dan berdebar. Apatah lagi ini anak pertama dan banyak perkara perlu difikirkan," jelasnya.

Dedah Ryan, dia dan isteri bakal menimang cahaya mata lelaki.

Sementara itu, Ryan meluahkan rasa syukur dan bertuah kerana ramai dalam kalangan pengikut di media sosial tidak kedekut ilmu berkongsi tip penjagaan bayi.

"Persiapan barang-barang keperluan sudah lengkap dan saya berterima kasih sebab ramai berkongsi nasihat dan tip keibubapaan kepada kami berdua.

"Fokus sekarang adalah persiapan mental sebelum bergelar bapa. Doakan semoga urusan kami dipermudahkan," ujarnya.

Untuk rekod Ryan dan Elyia mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KirazMevsimi 29-12-2023 01:28 PM
moga selamat bersalin nanti, diperkenankan Allah segala doa yang baik. amin
Quote bebulu 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab nama ' bakery' tu
Aku dok belek2 akaun ig dia kot ada cite pasal dia meroti atau buat kek ke. Tak tahu la kenapa sel2 otak aku lambat berhubung, dah lama tu baru aku faham yang bapa dia nama Bakery. Bukan kerjaya atau bisnes dia melibat bidang bakery. Haha. Silly me
Quote Suchi 29-12-2023 03:05 PM
Semoga dipermudahkan, bestnya anak lahir awal tahun.
Tp kan kenapa eh kalau lahir 1/1 nak kena masuk awal sekolah?kira blm umur 7 tahun dia dah kena masuk darjah 1.
Sampai skrg tak faham.
Quote kucingitam 29-12-2023 03:18 PM
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...

hahah sama..dulu ingat dia saja buat content pastu nak jual kek..
Quote jargon 30-12-2023 12:50 AM
Bini dia ni dlu aku selalu nmpak kat check in konter klia…keje salah satu company handle ground operation
Quote GegarVaganja 30-12-2023 01:01 AM
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...

Oh. Ye ke uolls. Kalau uolls xbagitau, haram Ganja tau.
Sebab video2 masa mula dulu dia selalu ada tepung kat muka, so Ganja pun assume heshe meniaga roti


Quote red_velvet 30-12-2023 01:02 AM
28 tahun rupanya umo dia.. i ingat dah 38... Muka tua
Quote katakauu 30-12-2023 07:45 AM
beg apa yg mewah tu???
Quote Nazzy1989 30-12-2023 09:37 AM
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...

Sama weh..
Quote linb 30-12-2023 09:43 AM
bebulu replied at 29-12-2023 02:51 PM
Mula2 aku nampak/tengok video content Ryan Bakery ni, aku ingat Ryan ni jual roti,kek macam tu sebab ...

Meols pun sama, ingatkan dia kerja bakery selain jadi content creator. Maaplah Pakcik Bakery, meols ingatkan roti
Quote Aneem 30-12-2023 11:12 AM
Dari beli beg kan baik belikan brg kemas.
Sbb bini kau berangan kan salah satu brg.
Beg boleh gadai ke.
Quote QueenIsolde 30-12-2023 11:36 AM
Aneem replied at 30-12-2023 11:12 AM
Dari beli beg kan baik belikan brg kemas.
Sbb bini kau berangan kan salah satu brg.
Beg boleh gadai  ...

Betul chuols, better beli emas berguna jgk waktu2 kecemasan. Cuba2 tanya kt pajak gadai hri tu rega dorg bgi lg tinggi dr rega masa iols beli (beli msa pkp) sbb emas pun skrang tgh naik. Dah pakai 2 tahun lebih tapi nilai tetap sama.
Quote ReginaGeorge 30-12-2023 11:38 AM
Apa brand mewah tu
Quote menjad 30-12-2023 11:43 AM
Baik ko belikan gold bar 1 kilo daripad beli beg yang xder rege tuh. Belajar ilmu kewangan jgn nti dah tuo terceduk
Quote orkid_amani 30-12-2023 12:02 PM
Edited by orkid_amani at 30-12-2023 12:04 PM

Laki aii bagi beranak ank lelaki dapat emas 10gm..kalau ank pmpuan 5gm + mentua akn bg set rantai leher kat baby..terkejut jugak mula2 tuu tapi dah gitu adat family mentua aii..kalau mampu mmg nk beranak ramai2 tapi cukup la 2pasang ni..asik mengaum ja
Quote she 30-12-2023 05:02 PM
Macik takde masalah dengan Ryan ni
Tapi macam tak berkenan dengan bahasa bini dia

Kadang bini dia mengomen kat IG Ryan
Ayat lebih kurang gini
“Itu bukan beg aku ke?”
“Kasut aku juga kau sebat”

Entahhhh
Macam bior ler laki kau buat keje dia
Ye kami tahu kau bini dia
Tahuuuuuuuuuu
Quote cupu 30-12-2023 05:02 PM
Membazir betul.Muka mcm ni pakai ori pun org kata lokal.Mmg baik beli emas. Atau simpan lg buat byr depo rmh. Beli rmh blh juga sewakan.Beringat time masih ada rezeki ni.
Quote KarinaKapur 31-12-2023 09:19 AM
Bag carlo rino atau bag sembonia je kot..xpon guess..
Quote rosevelvet 31-12-2023 09:27 AM
she replied at 30-12-2023 05:02 PM
Macik takde masalah dengan Ryan ni
Tapi macam tak berkenan dengan bahasa bini dia


Hahaaaaa. Kelakar la ulasan macik. Tp haruslah enteprem baru org tau

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.056976 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top