Tunang Tyra Kamaruzzaman Emran memuat naik video bersama ketika mereka membuka ‘booth’ di sebuah acara di Singapura. Menerusi hantaran yang dimuat di Instagram Story, Emran menitipkan sebuah ucapan penghargaan yang mengharukan buat Tyra.
Pereka fesyen itu bersyukur kerana bertemu dengan wanita seperti Tyra yang tidak pernah mengeluh ataupun mengadu letih ketika membantunya membuka ‘booth’ di sebuah acara. "Kepada tunang saya, saya tidak akan dapat melakukannya tanpa awak. Awak tidak pernah mengeluh atau mengadu letih mengenainya. "Daripada memasang, mengemas, melayani pelanggan, dan membuat segala-galanya. Saya gembira bertemu dengan awak." Tyra dilihat memuat naik semula (repost) video tersebut di Instagram Storynya. Usahawan berusia 24 tahun itu turut meluahkan rasa bangga atas segala pencapaian tunangnya itu. "Susah dan senang bersama. Saya sangat sayangkan awak dan saya sangat bangga dengan awak, sentiasa." Terdahulu, Tyra pernah bercinta dengan anak tiri kepada penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza iaitu Aazief Khalid. -CARI
|
Mamiyan replied at 30-12-2023 01:31 PM
Cpt jugak tyranasorous ni move on dari payung kuning selatan. Rasa mcm baru kmrin dia tunjuk support ...
Mamiyan replied at 30-12-2023 01:31 PM
Cpt jugak tyranasorous ni move on dari payung kuning selatan. Rasa mcm baru kmrin dia tunjuk support ...
MyLadyMarmalade replied at 30-12-2023 06:54 PM
Tebalnya make up ko dikkk..dalam gambar pakai suit tu nampak mcm anita sarawak pulak.
Dah make up te ...
nanasno replied at 8-1-2024 02:44 PM
dia ni dalam ig sendiri lawa gila kemain. bila lalu iklan ulu soleil ke apa entah tu kat ig sponsore ...
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-4-2024 07:55 AM GMT+8 , Processed in 0.057705 second(s), 40 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.