CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sabtu Pun Kerja, Maghrib Baru Balik! Suami Pelik Baca Mesej 'Lega Dah Period' Isteri Hantar Kepada Cleaner Sekolah

27-12-2023 03:09 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8779| Komen: 64

Description: Seorang suami dapat melihat perubahan ketara sejak isterinya berkhidmat di sektor awam dua tahun lalu.
Seorang suami dapat melihat perubahan ketara sejak isterinya berkhidmat di sektor awam dua tahun lalu.

Menurutnya, mereka sudah bergelar suami isteri selama tujuh tahun dan dikurniakan seorang cahaya mata dengan keadaan semuanya baik di awal perkahwinan.


“Sampailah isteri masuk kerja kerajaan dua tahun lepas. Isteri macam berubah, selalu dengan telefon. Password (kata laluan) pun tukar saya tak tahu,” luahnya di grup Facebook.


Gambar Hiasan

Katanya lagi, kebanyakan kerja rumah diuruskan olehnya sendiri kerana memahami kesibukan isteri yang sering bertugas pada hujung minggu.

“Kerja rumah, basuh baju sampai ke keringkan memang saya yang uruskan. Makan luar setiap hari sebab dua-dua bekerja jadi faham isteri penat.

“Isteri asyik tengok telefon dia. Kadang-kadang hari Sabtu dia cakap dia ada kerja di sekolah dan terpaksa pergi. Hampir Maghrib baru balik. Saya yang jaga anak semua,” ujarnya.


Mula berasa curiga dengan perubahan isteri, dia nekad untuk menyiasat dengan membuka telefon isteri, atas bantuan anaknya.

“Anak saya yang pandai tengok mak dia waktu taip password dan tunjukkan pada saya. Anak unlock sebab dia tahu. Saya baca WhatsApp isteri dengan kawan-kawan sepejabat.

“Nampak macam biasa, tak ada apa pun. Cuma yang seorang ni dia save nombor sebagai cleaner sekolah,” ujarnya.

Apa yang membuatkan dia terkejut apabila terbaca satu mesej yang dihantar oleh isterinya sehingga menimbulkan tanda-tanya.

“Isteri ada mesej macam ni ‘Alhamdulillah dah period (datang bulan). Nasib baik’.. Si lelaki pula balas emoticon ibu jari je dengan emoticon senyum.

“Mesej-mesej lain saya tak dapat baca sebab dah dipadam. Cuma mesej tu yang terbaharu,” tambahnya.

Lelaki itu turut mendedahkan sebenarnya dia dan isteri sudah lama tidak melakukan hubungan intim atas pelbagai alasan seperti penat, datang bulan dan tiada mood.

Mengimbas kembali, kali terakhir mereka ‘bersama’ adalah lima bulan lalu, tetapi tidak berpanjangan kerana isterinya mahu tidur.

Justeru, timbul persoalan bagaimana isterinya begitu berani bermesej dengan lelaki lain memaklumkan dirinya lega kerana datang bulan.

“Sedangkan isteri langsung tak pernah cakap macam tu dengan saya. Apa maknanya? Saya tak nak fikir bukan-bukan sebab tiada bukti,” ujarnya dengan nada kesal.

Di ruangan komen, rata-rata netizen terkejut dengan pendedahan suami itu dengan memberi gambaran isterinya sudah terlanjur dengan lelaki lain.

“Si isteri tu macam dah terlanjur ye. Sebelum apa-apa tindakan, siasat dulu. Jangan buat tindakan melulu.

“Aduhai sedihnya. Isteri awak curang la tu bang.

“Kata kunci ‘Alhamdulillah dah period, nasib baik’... makan dalam tu. Luluh hati seorang suami,” komen netizen.

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Tinot7 27-12-2023 03:18 PM
Astaghfirullah al azimm.. iols nak husnuzon pun susahhhh...
Quote anony-mous 27-12-2023 03:24 PM
Haha ada ke org buat maksiat selit sekali perkataan Alhamdulillah?

Entah2 dia berterima kasih sbb “cleaner” tu hadiahkan kotex. Now period, boleh la sheol guna kotex tu
Quote copy_paste 27-12-2023 03:34 PM
semoga tabah menhadapi gelora rumahtangga
Quote Clan204 27-12-2023 03:40 PM
biasa cleaner kat sekolah ni pompuan je... mungkin pakcik jaga atau pakcik tukang kebun kot paku bini dia
Quote otai_g 27-12-2023 03:44 PM
Sejak bila masalah rumah tangga jd current issue hanat?
Quote rospinki 27-12-2023 03:48 PM
byk je cerita2 seram disebalik tabir, jadikan lah teladan mana yg baik buruk jadikan sempadan ye acik2.
Quote matseh 27-12-2023 03:53 PM
Install shj [hone tracker apps.
Buat tampa dia sedar.
Bila dia keluar boleh monitor ke mana dia pergi dan boleh cek
Quote edayildiz 27-12-2023 04:26 PM
ada ek somi isteri xtdo sama berbulan bulan..thats why bini tdo ngn pakcik cleaner..btw mmana ada cleaner laki kn..le tkg kebun..nth nth cikgu jgk tu..
ni mesti cikgu one off aritu
Quote cutieslilies 27-12-2023 04:36 PM
ke mmg ada masalah peyed x kuar...ada yang jenis entahlah ..tak berani or malu cete kat laki hal2 dalaman ni... ada yg selesa ckp ngan kawan ..... nampak tak husnuzon tak akuuuu
Quote misc 27-12-2023 04:37 PM
Rasanya letak cleaner as contact tu tipu je supaya org tak perasan.
Quote elnor_81 27-12-2023 04:51 PM
Klo aku..amik no cleaner tu. Buat2 terslh call ke. Xkn nk berbaik sgka lg.
Quote sambaldurian 27-12-2023 05:13 PM
Cmne tau 'cleaner' tu laki - ada gmbar DP whatsapp ke. Ntah2 makcik cleaner betul, tukang urut ke. Dok urut2 biar period lancar ke teratur ke.
Quote plywood 27-12-2023 05:14 PM
Clan204 replied at 27-12-2023 03:40 PM
biasa cleaner kat sekolah ni pompuan je... mungkin pakcik jaga atau pakcik tukang kebun kot paku bin ...


Quote sharlenetexas 27-12-2023 05:20 PM
Birahnya sis.


Quote dua_chzy 27-12-2023 06:08 PM
anony-mous replied at 27-12-2023 07:24 AM
Haha ada ke org buat maksiat selit sekali perkataan Alhamdulillah?

Entah2 dia berterima kasih sbb  ...

Uols tak ingat ke pekerja KKM (disyaki laki dan bini orang) yang kongkek dalam bilik bedah ka pejabat tu? Yang lepas pancut, jantannya boleh pula exclaim Allahuakbar? Klip ni viral (masa tu belum wujud word 'viral') sekitar 2006-2010 camtu. Tak ingat exact timeline. Kalau google rasanya boleh jumpa.

Demit terus aku terbayang muka2 jantan betina dalam video tu.
Quote kotakbaju 27-12-2023 06:18 PM
dua_chzy replied at 27-12-2023 06:08 PM
Uols tak ingat ke pekerja KKM (disyaki laki dan bini orang) yang kongkek dalam bilik bedah ka peja ...

Lepas klimaks si laki tu ke sebut Allahuakhbar

Allahu pelik2 betul
Quote dua_chzy 27-12-2023 06:22 PM
kotakbaju replied at 27-12-2023 10:18 AM
Lepas klimaks si laki tu ke sebut Allahuakhbar

Allahu pelik2 betul

Iya. Rasanya spontan dah biasa buat gitu dengan wife soooooo....
Quote ultra78 27-12-2023 06:26 PM
dua_chzy replied at 27-12-2023 06:08 PM
Uols tak ingat ke pekerja KKM (disyaki laki dan bini orang) yang kongkek dalam bilik bedah ka peja ...

Oo video tu...
Quote menjad 27-12-2023 06:27 PM
Isteri cikgu ker tue.

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 10:02 PM GMT+8 , Processed in 0.137443 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top