CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Suami Isteri Berdepan Tuduhan Jadi 'Transporter' Warga Asing

26-12-2023 02:08 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 16712| Komen: 6

Description: Teluk Intan: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi 'transporter' atau pengangkut kepada penyeludupan 10 migran, bulan lalu.Tertuduh, Kamarulzama ...
Teluk Intan: Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan menjadi 'transporter' atau pengangkut kepada penyeludupan 10 migran, bulan lalu.

Tertuduh, Kamarulzaman Abd Wahab, 60, dan Supiani, 54, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Intan Nurul Farena Zainal Abidin.


Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana ia bidang kuasa Mahkamah Tinggi.


Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa secara bersama sebagai operator sebuah kenderaan jenis Nissan Serena didapati mengangkut 10 orang migran warganegara Indonesia yang diseludup iaitu Agus Wiyono, Gunawan, Yode @ Wahyudi Ahmad, Salim, Indra Abdi, M.Sabri @ Muhamad Sabar, Ahmad Lukman, Gimin, Lutfi dan Suparman di Jalan Batu 12, Jalan Bagan Datoh, dekat Hutan Melintang, pada jam 5.30 pagi, 29 November lalu.

Kedua-dua tertuduh yang bekerja sebagai pembantu kedai makanan itu didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum mengikut Seksyen 26J Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Anti Penyeludupan Migran 2007 dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun, atau denda maksimum RM250,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.


Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Nazreen Zabarudin, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudiannya menetapkan tiada jaminan ditawarkan kepada kedua-dua tertuduh dan sebutan semula kes ditetapkan pada 27 Februari depan untuk pengurusan kes serta bagi kes dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Pada 12 Disember lalu, 10 migran warga Indonesia yang diangkut pasangan suami isteri itu telah dituduh mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki Malaysia secara haram di Mahkamah Majistret Teluk Intan, di sini dan dijatuhi hukuman penjara empat bulan dari tarikh tangkapan serta satu kali sebatan setiap seorang.


Sumber: Harian Metro





Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote JunkMail 26-12-2023 02:13 PM
5 tahun penjara tak cukup...penjara je lah seumur hidup jenis jenis pengkhianat negara ni
Quote nono86 27-12-2023 04:23 PM
Ni dah rergilong pengkhianat negara.. sama juga macam yang seludup minyak² malaysia tu.. orang macam ni kalau tanak gantung, buang aje kerakyatan
Quote AbukRokok 27-12-2023 04:36 PM
Tua kutuk
Tua tua terkutuk
Quote krustykrab 27-12-2023 05:27 PM
Supiani ni nama pun mcm indong nusaraya...
Quote honeybee1802 27-12-2023 05:49 PM
krustykrab replied at 27-12-2023 05:27 PM
Supiani ni nama pun mcm indong nusaraya...

Tu ler...dulu ms iols sekolah penah dgr ada pakcik ni seludup org siam...msk bonet apa bagai...pehtu ltk kt kebun getah...
They all ni pikir kesenangan they all n keluarga they all je agaknya...ramai sgt pati ni..serabut tau tak...
Quote noor2 27-12-2023 05:52 PM
Elok ditembak mati semua pengkhianat negara termasuk pemimpin yg corrupt dlm kes kemasukan warga asing secara haram ni

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:48 PM GMT+8 , Processed in 0.051765 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top