CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

“Jangan rasa kita artis, kita besar”-Pesanan Norkhiriah Buat Pelakon Baharu

23-12-2023 04:59 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10290| Komen: 10

Description: Berkongsi pengalaman sukar dalam dunia seni, pelakon Noorkhiriah menitip pesan buat pendatang baharu agar ikhlas dalam kerjaya.Noorkhirah atau Norrkhirah Ahmad Shapie, 45, mengingatkan rakan-rakan pel ...
Berkongsi pengalaman sukar dalam dunia seni, pelakon Noorkhiriah menitip pesan buat pendatang baharu agar ikhlas dalam kerjaya.

Noorkhirah atau Norrkhirah Ahmad Shapie, 45, mengingatkan rakan-rakan pelakon agar menghormati orang sekeliling terutama kru produksi yang sama-sama terbabit dalam pembikinan sesebuah karya.'



"Kerja macam saya adalah bersama pasukan maka kita kena hormat semua orang tidak kira siapa.

"Jagalah diri adik-adik yang baru nak up. Betulkan niat untuk apa. Jangan kejar apa yang tidak pasti sebab yang pasti hak kita Allah akan permudahkan. Kerja elok-elok dan ciptalah cerita yang memberi manfaat," katanya.

Noorkhiriah menulis perkara tersebut menerusi satu hantaran yang dimuat naik di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Dalam hantaran berkenaan dia meninggalkan pesan supaya tidak mengamalkan sikap meninggi diri biarpun memegang status sebagai seorang artis.




"Jangan rasa kita artis, kita besar. Jangan kita lupa manusia boleh mendoakan untuk kita bangun dan jatuh," ujarnya.

Sementara itu, dia turut berkongsi cerita bagaimana melalui pengalaman susah ketika awal pembabitan dalam dunia seni.

Malah sebagai seoang pelakon, Noorkhiriah juga komited terhadap kerjaya tanpa mencampuradukkan urusan peribadi ketika di lokasi.

"Zaman saya dahulu betapa susah untuk ada seperti sekarang. Pergi shooting duduk dalam van sempit macam sardin dalam tin. Tiba-tiba duduk atas besi panas, pijar jadinya. Tapi seronok.

"Sampai set tegur semua orang. Bawa aura positif walaupun semalam gaduh baling periuk. Jangan cerita (masalah) kepada sesiapa kerana tiada manusia yang nak tahu masalah kita," jelasnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 23-12-2023 06:06 PM
Edited by noor2 at 23-12-2023 06:08 PM

Bila jd artis rasa besar ke?...

Seriously...lainla kalau jd majistret  ke...
Quote heythere123 23-12-2023 06:32 PM
tapi seriously iols heran, awat setengah artis tu kekwat ek? padahal ko berlakon je pun, bukannya buat kerja amal atau benda lain yang orang lain tak boleh buat
Quote LadyCarefree 23-12-2023 09:13 PM
halah halah semua retis memang anggap diri mereka a class above dari non-retis.
Quote sleepandream 23-12-2023 10:29 PM
kalau kekwat tak lama punya dalam industri...
lambat laun orang tau jugak
Quote chinta89 24-12-2023 09:55 AM
LadyCarefree replied at 23-12-2023 09:13 PM
halah halah semua retis memang anggap diri mereka a class above dari non-retis.

teringat masa PKP ada artis yg melalak sb rasa diorang dlm kelas tersendiri. ahahaha.. punya la mereka tu golongan terpaling sgt mcm dah x jd org awam mcm kiter ni.
Quote LadyCarefree 24-12-2023 10:45 AM
chinta89 replied at 24-12-2023 08:55 AM
teringat masa PKP ada artis yg melalak sb rasa diorang dlm kelas tersendiri. ahahaha.. punya la me ...

Ya. Siap Nekpoji punyalah rasa priviledged pi istana nak jumpa Jagong. Diorang dahlah dpt budget bantuan khas masa tu.
Quote kepompong 24-12-2023 01:05 PM
jgn samakan anak retis dgn anak org awan - Nekta
Quote Cikgu_Azie87 24-12-2023 01:12 PM
Paling bodoh bila ank2 retis pggl ibu atau ayah, atau ummi. Dipuja2nya.. Dan sindir2 rakyat marhaen yg pggl mmy ddy...konon2 ank retis pun pggln mcmtu je, kita yg bkn retis nk bermummy ddy bgai..

Eh, diorg artis je kot.. Knapa nk dibeza2kan.. Lantakla nk ank pggl apa. Kalut sungguh..
Quote Carcosa 24-12-2023 06:09 PM
Nak ambik gambo pon, tgk lah surrounding tu dulu.
Dgn apa bende ghebeh dkt roof neighbour sebelah rumah tu. Haihhhhh cacat gambo
Quote arwenlotr 24-12-2023 06:12 PM
Siapalah artis perasan besar tu?

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:19 AM GMT+8 , Processed in 0.091916 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top