CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Takkanlah Saya Nak Letak Kepala Di Bahu Bukan Mahram," - Puteri Sarah Pertahan Diri Isu Lentok Kepala Di Bahu Andi Arsyil

23-12-2023 11:08 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 13117| Komen: 84

Description: Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan diri setelah dirinya dikecam kerana satu video memaparkan dia sedang menangis di sisi pelakon Indonesia, Andi Arsyil di TikTok.Ditemui media, ...

Pelakon sensasi, Puteri Sarah Liyana tampil mempertahankan diri setelah dirinya dikecam kerana satu video memaparkan dia sedang menangis di sisi pelakon Indonesia, Andi Arsyil di TikTok.


Ditemui media, Puteri Sarah berkata dia masih waras dan tahu menjaga batas lebih-lebih lagi melibatkan lelaki bukan mahram. 



"Saya tahu ramai yang ingin mencari silap saya. Ada saja yang tak kena di mata mereka.


"Janganlah asyik nak cari salah saja. Boleh fikir secara logik takkanlah saya nak letakkan kepala di bahu lelaki yang bukan mahram, lebih-lebih lagi ketika live," katanya.


Ujarnya, dia hanya berpaling kepada Andi dan tidak meletakkan kepala di bahunya.


Berikutan itu, ramai yang meninggalkan komen berbaur jahat ketika siaran langsung bersama pelakon Indonesia itu.


Sebelum ini, Sarah dilihat tidak dapat menahan air mata gara-gara ada yang memanggilnya dengan gelaran janda namun dipujuk Andi yang berada bersamanya pada ketika itu. 


"Apabila saya bercerita dia selalu nasihatkan saya supaya jangan ambil peduli dan tidak menyimpan dendam dengan mereka. 


"Malah dia selalu minta saya memaafkan pihak-pihak yang pernah menyakiti saya supaya hati saya lebih tenang dan positif," katanya lagi.



Sumber: Beautifulnara










Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MisXoXo 23-12-2023 12:08 PM
Ermmm..ermmmm..apa nak komen ehhh
Quote ira_229 23-12-2023 12:10 PM
Baru ni pun ada kes driver bus kena fitnah lebih kurang MCM ni. Sebaiknya jauhkan diri dari terlalu rapat dengan berlawanan jenis MMG ramai yang tunggu untuk jatuhkan malah dalam cari forum pun ada
Quote missyL 23-12-2023 01:48 PM
Tp kan. Mase tgok vid
Bahu andi tu bergerak
Ntah la labuuuu
Quote penmerah 23-12-2023 02:18 PM
Edited by penmerah at 23-12-2023 04:58 PM

Bukan jah hariz dulu pun kene kecam ke belom kawen dok live together
Lepas kene kecam berjemaah terus kene kecam

Ye ye jah bernikob Dan hariz is PU

Kalo dok rapat2 time live mmg mengundang kecaman ye tadenya nitizen nak puju puja suwit bagai
Lelama org pun Naik muak

Tapi Andi ni baik penyabar ye
Cakap pun lembut je
Moga depa bertemu jodoh Yang sesuai
Quote jelitayu 23-12-2023 02:53 PM
nasihat utk sarah, selagi boleh jauhkanlah perkara2/perbuatan yg boleh mengundang fitnah. niat kita mmg baik, tapi kadang cara tu boleh menimbulkan fitnah. kamu wanita yg baik, even kalau nak mencari jodoh pun, tampil lah dng cara yg baik, bukan seperti sesetengah b@bi penyondol yg hilang segala harga diri dan maruah demi nak bergelar isteri. take care sarah...
Quote matjerk 23-12-2023 05:48 PM
Aku ada tgk live ni. Mahal ke product2 sarah ni? Sbb jualan nya x sepadan dgn viewers. Viewers 3k. Tp nak habis 30botol oil pun mcm pyh je. Dan bagus ke cleansing balm tu?  Tudung2 tu..jenis ada laser cut tu..kat tictokers lain harga rm10 je. Ke kualiti different? Sarah punya 2 rm99.
Sarah pun..time nangis tu, x leh ke keluar dari screen? Sebelum tu ada je dia keluar masuk.  Aku x rasa langsung depa ni bercinta. Andi tu bsness minded. Dia buat aja.. apa yg boleh bikin bisness dia maju.  Dlm live ni.. sarah ni nmpk attitude dia jenis kasar. Contra dgn andi. Bila andi cakap, dia mcm layan x layan. Muka sarah pun.. jenis ada muka sombong. Aku x berkenan nk support org mcm sarah ni. Suara bingit. Jenis ada perangai sombong. Maaf peminat sarah
[youtube]ZNHhJiZZvEk?si=96FsFQJirFN1YPVc[/youtube]
Quote matjerk 23-12-2023 05:54 PM
Put aside Andi
Acu pulak siapa? Selalu nampak ada di rumah Sarah

Muhrim atay bukan muhrim?
Quote akies 23-12-2023 06:57 PM
Biar je la dia.
Iols tgk ramai juga layan live dia sama andi tu.
Quote newyork 23-12-2023 07:58 PM
kawin cepat je la bg tutup ruang fitnah..
Quote za8da 23-12-2023 09:12 PM
Sarah kena nikah supaya tertutup ruang fitnah. Wanita mmg fitnah dunia . Moga2 Allah mudahkan jodoh PS.. tak kisah dengan siapa pun. Sedih tgk dia asek kena kecam.
Quote amarakasih 23-12-2023 11:23 PM
Janganlah buat benda-benda yang bole jadi kecaman. You’re an artist, a public figure.Of course banyak mata yang melihat, termasok saya.
Ulang-ulang saya tengok video tu, memang nampak dia melentok sebab nampak bahu Andi bergerak masa tu dan Andi pun nampak susah nak bergerak. Alasan tudung tak kemek, memanglah tak kemek sebab dahi Sarah yang acap kat bahu Andi. Simpanlah aksi-aksi manja tu belakang tabir kalau tak mahu orang cari salah. Nak gula-gulakan netz pun, berpadalah, walau banyak yang support you and try ship both of you. Jangan nampak tergedik-gedik and desperate.
Sorry penyokong Sarah. Sekadar peringatan.
Quote khaira01 23-12-2023 11:33 PM
matjerk replied at 23-12-2023 05:54 PM
Put aside Andi
Acu pulak siapa? Selalu nampak ada di rumah Sarah


Acu PA Sarah, slalu acu ada dgn staf/pembantu lain juga mcm nora dll. Acu pn nk berhenti kerja dh dgn Sarah sbb jd owner restoran plk di perak. Itu yg trbaik..inshaaAllah.
Quote asma87 24-12-2023 12:37 AM
Samsol upload stori gambar anak2 n gambar selfie sesorang. Bila la samsol nak upload gambar dgn wife teerchenta? Dah serai dgn PS dah pon.
Quote pocongkiutss 24-12-2023 12:58 AM
amarakasih replied at 23-12-2023 11:23 PM
Janganlah buat benda-benda yang bole jadi kecaman. You’re an artist, a public figure.Of course bany ...

Iols setuju 500 persen
Quote I.K.A888990 24-12-2023 01:00 AM
lps ni hrp sarah peka la
jgn bukak ruang utk org nak fitnah itu ini
kalau boleh duduk la jauh2...
tak pn buat mcm haritu nana acu kat tgh ke haaaaaa
Quote love_warrior 24-12-2023 10:10 AM
amarakasih replied at 23-12-2023 03:23 PM
Janganlah buat benda-benda yang bole jadi kecaman. You’re an artist, a public figure.Of course bany ...

Tapi boleh pulak dia buat statement menafikan...
Quote love_warrior 24-12-2023 10:20 AM
amarakasih replied at 23-12-2023 03:23 PM
Janganlah buat benda-benda yang bole jadi kecaman. You’re an artist, a public figure.Of course bany ...

Agreed ????... I dari suka dah bertukar menyampah, dan memang I skip bila ternampak video dorg ... Dia sendiri yg buka ruang utk fitnah dan kecaman... Statement tau batas bukan muhrim, tapi dok rapat², cubit² bila kita komen suruh behave, adalah kipasusahmati bekap, kita plak kena kecam... Malulah dengan anak² .... Mmg xde cara lain ke utk melariskan jualan dari buat benda² cmtu? Selalu claim terpaling educated patut guna cara yg educated la...
Quote LautBiru52 24-12-2023 10:30 AM
Andi ni siapa dgn sara? pakwe ke? Rasa sebelum ni pun ade video diorang fyp dkt tiktok. sarah ade cubit andi. kawin je laaaa
Quote LadyCarefree 24-12-2023 10:57 AM
missyL replied at 23-12-2023 12:48 PM
Tp kan. Mase tgok vid
Bahu andi tu bergerak
Ntah la labuuuu

Baru je iols nengok kat ohbulan ke apa tu ha clip dia masa kejadian. Betullah iols nampak masa mula2 tu bahu mamat tu gerak ikut kepala pee ass. Lepas dia ambil tisu baru macam tak lentuk kat bahu. Also, iols tgk juga video yg dia ngantar mamat ni kat klia. Gelitis mcm bbnu baru dpt pakwe level retis internasiyonal.

Dia dah kenapa asyik nak ngamuk nak nangis nak meroyan? Kata strong. Banyak duit. Dah move on. Macam mamat tu kata sabar dan abaikanlah. Dia takde PA ke nak moderate masa live? Block je lah hater.

Lihat semua komen(84)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:06 AM GMT+8 , Processed in 0.164225 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top