CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Khai Bahar Takut Nyanyi Solo, Suka Berduet Atas Pentas- Yakin Nabila Razali Boleh Menyanyi Dengan Baik

22-12-2023 11:17 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 12273| Komen: 5

Description: Khai Bahar mengakui dirinya lebih selesa menyanyikan lagu duet di atas pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).
Khai Bahar mengakui dirinya lebih selesa menyanyikan lagu duet di atas pentas besar seperti Anugerah Juara Lagu (AJL).

Khai atau Muhammad Khairul Baharuddin, 29, berkata dia lebih yakin apabila ditemani di atas pentas berbanding perlu berdepan rasa gemuruh seorang diri.



Foto: IG

"Saya sebenarnya lebih suka berduet berbanding solo. Bagi saya keyakinan saya untuk berduet itu lebih banyak dari solo.

"Bila solo macam banyak fikir. Tapi bila duet dan dapat rakan duet yang memahami saya rasa lebih seronok termasuk dengan Nabila juga," katanya kepada mStar.

Bukan itu sahaja, Khai juga berasakan dia membawa satu tanggungjawab besar sekiranya perlu menyanyikan lagu ciptaan orang lain di atas pentas seorang diri.



Namun dia lebih percaya diri sekiranya membawa lagu ciptaan sendiri.

"Lebih lagi kalau lagu orang... Tapi kalau lagu sendiri saya tahu nak bawa dan usahakan.

"Bagi saya kalau lagu orang ini tanggungjawab dia sangatlah besar," katanya lagi.



Dalam pada itu, dia memberitahu kesemua rakan duetnya sebelum ini memberikan kerjasama cukup baik selain berusaha keras mengetengahkan bakatnya.

"Saya dengar macam-macam mengenai Nabila sebelum ini, tapi saya pun nampak dia berjaya membuktikan kepada semua yang dia mampu menyanyi dengan baik sekarang," kongsinya.

Untuk info, Khai bersama Nabila Razali bakal bergandingan di AJL38 menerusi lagu Selagi Ku Ada ciptaan Amylea Azizan. -CARI

Sumbwr: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 22-12-2023 11:43 AM
Btul klu atas pentas ada teman kurang nervous
Quote rayna_raynes 22-12-2023 02:21 PM
Baru malam tadi tengok video nyanyian dua ketul ni. Sedap jugak nabila nyanyi lagu ni, harmoni dengan suara Khai yang lembut
Quote Kacangmanis 22-12-2023 02:33 PM
Dah agak lagu SKA ni akn ke final. Harap depa buat yg terbaik nnti.
Quote I.K.A888990 22-12-2023 07:11 PM
suka betul karya amylea ni..kena dgn jiwa tau...
tak sabar final nak dgn kak khai dgn kak nab duet
Quote Piramida 22-12-2023 08:12 PM
Meluat betul org yg suka ambik pic jelir2 lidah mcm tu. Buruk.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038208 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top