CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ruhainies Belum Nak Kahwin, Promosi Baju Pengantin Je

21-12-2023 02:53 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 8880| Komen: 7

Description: “Saya cuma mempromosikan baju pengantin.”Demikian respons pelakon Ruhainies bagi merungkai salah faham orang ramai yang menyangka dia bakal melangkah ke jenjang pelamin dalam tempoh terdekat susulan ...
“Saya cuma mempromosikan baju pengantin.”

Demikian respons pelakon Ruhainies bagi merungkai salah faham orang ramai yang menyangka dia bakal melangkah ke jenjang pelamin dalam tempoh terdekat susulan tular video gaun pengantin.



Menurut pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, itu, dia terbabit dalam pelancaran koleksi baharu pereka fesyen terkenal Fizi Woo, sekali gus teruja melihat kehalusan sentuhan gaun yang bakal digayakan.

“Sebenarnya tak sangka pun video saya terkejut itu akan tular, tetapi pada masa sama bersyukur juga sebab apabila orang prihatin, menunjukkan ramai mendoakan kita.

"Mana tahu doa itu diangkat, cuma dalam hal ini saya hanya mempromosikan persalinan raja sehari dan sudah tentu kita kena baju pengantin,” katanya dalam wawancara bersama media.

Pelakon Hello, Mr. Perfect! itu tampil menggayakan persalinan indah serba putih pada majlis pelancaran Koleksi Bridal Fizi Woo RTW 2024, malam tadi.


Bagaimanapun ramai salah faham apabila semalam, reaksi Ruhainies dalam sebuah video seolah-olah memberi bayangan bakal melangkah ke alam perkahwinan apabila menunjukkan momen terkejut ketika melihat gaun pengantin.


Lebih menguatkan tekaan ramai apabila paparan yang dimuat naik bersama tanda pagar #RuhainiesSayIDo.

Hantaran yang dikongsi menerusi menerusi laman sosial itu menerima pelbagai reaksi apabila sebilangan peminat lain pula menganggap itu hanya gimik seperti pernah dilakukan sebelum ini.

Dikatakan masih bersama kekasih yang disebut sebagai Mr E saja, Ruhainies pernah menyatakan hanya akan berkongsi perancangan perkahwinan apabila sudah bersedia bergelar isteri orang.



Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 21-12-2023 06:57 PM
Mcm siot jer buat2 main hal nikah kawen ni
Quote bankerpencen 21-12-2023 11:51 PM
Dah boleh agak… siapa nak kahwin dgn kau pon.
Quote anony-mous 22-12-2023 05:24 AM
bankerpencen replied at 21-12-2023 11:51 PM
Dah boleh agak… siapa nak kahwin dgn kau pon.

Haha harap sheol baca komen u ni
Quote rosmahisham 22-12-2023 06:16 AM
Thirak pon sheols x leh dpt..
Quote slyfynx 22-12-2023 08:21 AM
Expected.
Ape yang korang expect dari minah kemut ni?
Quote hayrin86 22-12-2023 08:49 AM
Gimik-gimik sudah tidak relevan lagi.
Quote Fazzbulous 22-12-2023 09:19 AM
dapat kt si kurex ni mmg sdap ni...hahahahahahah

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:09 AM GMT+8 , Processed in 0.042082 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top