CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Dini Schatzmann Dicop Minum Darah Orang Palestin Gara-Gara 'Promote' Minuman Jenama Terkenal

21-12-2023 02:50 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 10592| Komen: 33

Description: Pelakon Dini Schatzmann bertindak menutup ruangan komen hantaran gambar dalam Instagram membabitkan minuman satu jenama popular selepas berdepan serangan netizen.Rata-rata menyifatkan suami kepada akt ...
Pelakon Dini Schatzmann bertindak menutup ruangan komen hantaran gambar dalam Instagram membabitkan minuman satu jenama popular selepas berdepan serangan netizen.

Rata-rata menyifatkan suami kepada aktres Janna Nick itu tidak sensitif apabila masih mempromosikan produk yang mempunyai kaitan dengan Israel.



“Minuman kegemaran sepanjang masa yang melengkapkan setiap hidangan dan membuatkan semuanya sempurna,” tulisnya ringkas pada ruangan kapsyen.

Pelbagai respons kemarahan dapat dilihat dalam ruangan komen termasuk ugutan segelintir pengikut yang mahu memboikot pemilik nama sebenar Dini Azan Schatzmann, 29, itu.

“Minum darah Palestin, boikot,” tulis seorang netizen.

“Tidak sensitif langsung,” kata seorang pemilik akaun lain.

Barangkali enggan perkara tersebut menjadi isu berpanjangan, Dini kemudian mengambil langkah menutup ruangan komen.


Konflik berdarah Palestin-Israel yang mengorbankan ribuan nyawa rakyat Palestin serta mengakibatkan penderitaan berterusan menjadi perhatian dunia.

Malah, ramai selebriti tempatan menunjukkan sokongan terhadap perjuangan Palestin dengan berkongsi pelbagai hantaran di laman sosial selain mengutuk Zionis seperti mana yang dilakukan jutaan masyarakat global lain.


Sumber: HibGlam

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote BoongaKertas 21-12-2023 02:56 PM
mcm mana eh takde perasaan promote benda mcm ni. tak terbyg ke gmbr saudara kena bom kat sana.
Quote mamajawie 21-12-2023 02:59 PM
jangan la kutuk poji beruk salji ni nanti dia ikut bipolar dengan dek jenan lak
Quote apedehal 21-12-2023 03:42 PM
Aku tgk some retis influencer mesia ni lagi lapar money & fame berbanding nilai kemanusian, sesama sedara islam pulak tu yg dbunuh rmai2..cth plg nyata si lemak tu..dlu awal2 kenmain tetiap hari mencarut maki yisrael(segan tgk ayat2 yg kuar dr jari dia, xclassy lnsung nk marah2 pun) but now diam xberkutik dah sambil promot brg2 proyisrael, mst managemnt agency dia da warning
Quote Masukkeluar 21-12-2023 03:47 PM
apedehal replied at 21-12-2023 03:42 PM
Aku tgk some retis influencer mesia ni lagi lapar money & fame berbanding nilai kemanusian, sesama s ...

sama la mcm kakak dia yg berkelubung tu..kemain masa awal2 perang dulu, kutuk, maki hamun, buat igs setiap saat psl israel. kemain riak bila ratus ribu org like cercaan dia pd nentanyahu..skrg aman2 dh promote dior, promote produk israhel. terpaling FAKE
Quote dua_chzy 21-12-2023 03:57 PM
Dalam mengutuk tu korang cek la mekap, kasut, henbeg, ubat gigi, vitamin segala ntah hapa korang consume kat rumah tu. Kot2 hada keluaran minum darah seIslam Palestin.
Quote Rogue98 21-12-2023 03:59 PM
Kalau dah kilang kat Malaysia ni tak payah lah boikot. ekonomi negara jatuh orang Melayu Islam jugak yg tak makan nanti. Israel gelakkan jer.
Quote GegarVaganja 21-12-2023 04:01 PM
dua_chzy replied at 21-12-2023 03:57 PM
Dalam mengutuk tu korang cek la mekap, kasut, henbeg, ubat gigi, vitamin segala ntah hapa korang con ...

Tacoood. Ganja memang dah lama tak minum milo.Sekali pergi mamak, duk mintak Milo ais.
Dah nak habis baru teringat, kena boikot eh.
Rugi pulak duit dah bayar.
Minum je la lagi beberapa tetes darah ittew.


Quote dua_chzy 21-12-2023 04:01 PM
Sephora (yang banyak produk pro Yahudi peminum darah Palestinians), Coca Cola tu suma helok ja dijual di Palestin bertahun tahun tahun. Urang Palestin sendiri pun beli produk darah daging meka.

https://www.nbc-pal.ps/

Pft.
Quote dua_chzy 21-12-2023 04:03 PM
GegarVaganja replied at 21-12-2023 08:01 AM
Tacoood. Ganja memang dah lama tak minum milo.Sekali pergi mamak, duk mintak Milo ais.
Dah nak hab ...

Takpa la skaly skala minum beberapa tetes darah. Nanti boleh derma sana sini dapat pahala kasik sental sikit dosa terminum Milo tew.
Quote ayukpingu 21-12-2023 04:13 PM
dan jgn buat2 tak nampak lak...sales hujung tahun ni tengah ligat. kat boutique Coach ramai pulak yang beratur woo... boikot kat Msia ni mmg bermusim kan
Quote zuriey 21-12-2023 04:30 PM
Mmg meminta la ko ni dah tahu netizen malaysia ni terpaling palestin
Hadap la lakibini kena boikot
Quote sambaldurian 21-12-2023 04:36 PM
Rogue98: Kalau dah kilang kat Malaysia  ...

Jangan ckp cmtu, nnti ada ckp x percaya rezeki Tuhan, staff kerja kilang / servis Isr... ni kena berhenti kerja, or kena reka servis utk setanding dgn produk dorg ni. Nnti tunjuk omputih boleh je boycott sampai bankrupt - tp x tgk klu dorg ada retrenchment , govt bg allowance b4 dpt kerja baru. Bg aku plg berkesan klu boleh putar masa, xyah bg co ada Isr... ni menapak kt Msia.
Quote aechae 21-12-2023 05:02 PM
Rogue98 replied at 21-12-2023 03:59 PM
Kalau dah kilang kat Malaysia ni tak payah lah boikot. ekonomi negara jatuh orang Melayu Islam jugak ...

I bet org ramai ni xtau pn kilang Coca-cola tu sebesar alam kt Enstek...




Quote Rogue98 21-12-2023 05:12 PM
sambaldurian replied at 21-12-2023 04:36 PM
Jangan ckp cmtu, nnti ada ckp x percaya rezeki Tuhan, staff kerja kilang / servis Isr... ni kena be ...

Tuhan tak suruh pun boikot. Kita jer memandai2.
Kita kacau rezeki orang nanti esok2 rezeki kita pulak kena tarik. Baru padan muka.  
Quote jejaka_hensem 21-12-2023 05:36 PM
GegarVaganja replied at 21-12-2023 04:01 PM
Tacoood. Ganja memang dah lama tak minum milo.Sekali pergi mamak, duk mintak Milo ais.
Dah nak hab ...

Subhanallah..
Bertaubatlah sis walaupun hanya tetesan2 darah cuma.
Quote LadyCarefree 21-12-2023 05:36 PM
dua_chzy replied at 21-12-2023 02:57 PM
Dalam mengutuk tu korang cek la mekap, kasut, henbeg, ubat gigi, vitamin segala ntah hapa korang con ...

Menyokong hamas/alqassam (ni bukan perang israel-palestin sbb hamas je yg perang dan hamas bukan palestin dan alqassam bukan tentera negara palestin) dah jadi lesen untuk membuli orang. Punya besar lesen tu sampai tuduh orang xde iman, tuduh orang Islam lain sebagai kafir, dsb. Maki hamun tu dah jadi halal semata2 sbb sokong Hamas.
Quote LadyCarefree 21-12-2023 05:38 PM
dua_chzy replied at 21-12-2023 03:01 PM
Sephora (yang banyak produk pro Yahudi peminum darah Palestinians), Coca Cola tu suma helok ja dijua ...

Starbucks tu diorang beria boikot tp xde pun kat Serael nor Gaza.
Quote gucci_advocate 21-12-2023 05:50 PM
Rogue98 replied at 21-12-2023 05:12 PM
Tuhan tak suruh pun boikot. Kita jer memandai2.
Kita kacau rezeki orang nanti esok2 rezeki kita pu ...

Kan. Kesian orang Islam kita yang bekerja kat company-company besar macam ni.
Tapi kalau orang suruh boycott makeup or handbag brand pro-yahudi, boleh pulak spin cerita cakap 'Membazir kalau buang benda-benda gini.' Kalau suruh boycott social media, boleh pulak spin cerita macam-macam. Manusia, oh manusia.

Quote Naargees 21-12-2023 06:02 PM
Tu lah nk buat mcm mana bila org bodoh berfikir dan berbicara begitu lh jadinya..mcm dia orglh yg plg berperikemamusiaan padahal kt msia baca byk kes rogol sumbang mahram.. budak² kurang ajarr dgn cikgu byk lagi masalah kat negara sendiri.. kt palestine tu bukan msia je byk negara²  yg support satu dunia support palestin .. dari sibuk nak tgk org lain tak boikot baik korang   bersuara perbetulkan dlm negara dulu..

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:47 AM GMT+8 , Processed in 0.152212 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top