Pengarah, Shamyl Othman mengakui banyak persoalan yang difikirkannya apabila berhasrat menghasilkan filem Rahsia, sebuah filem epik lakonan hebat, Noor Kumalasari dan Allahyarham Shukery Hashim.
Tidak mahu pelbagai persepsi timbul, Shamyl menegaskan, filem ini adalah 'reboot' dan bukan pembikinan semula seperti sangkaan ramai. Malah, perubahan 70 peratus daripada versi asal. "Semua orang tahu filem Rahsia diterbitkan pada 1987 adalah karya klasik dan mempunyai peminat tersendiri. Apabila memilih buat pembikinan filem versi 2023, banyak aspek perlu dipertimbangkan. "Kalau boleh saya tak mahu penonton anggap usaha ini tidak betul, cubaan meniru karya asal, ketandusan idea dan mengacau karya sedia ada. Untuk elak tanggapan ini, saya memutuskan membuat perubahan dari segi jalan cerita. "Antaranya, dengan menonjolkan sosok hantu polong. Kalau tonton filem asal, ia adalah satu-satunya filem seram yang tiada hantu.
"Hanya seram wujud menerusi bunyi dan rasa," katanya pada sidang media Tayangan Gala Filem Rahsia di ibu negara, baru-baru ini. Pun begitu, kata Shamyl, meskipun membuat perubahan dari segi jalan cerita, namun momen yang cukup sinonim dalam filem versi asal masih boleh dilihat dalam karya sentuhannya itu.
|
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
29-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.314356 second(s), 34 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.