CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

< Mana Hilang 2.6 Bintang >, Sungguh Menyentuh Perasaan!

6-11-2015 12:45 PM| Diterbitkan: CARI-LTS| Dilihat: 7942| Komen: 23

Description: Amirudin Hizadin, menerbitkan sebuah lagu yang berjudul < Mana Hilang 2.6 Bintang >, lirik lagu tersebut berjaya menyampaikan suara hati kebanyakan golongan muda
Oleh : TS LOO


Berdepan ekonomi global yang merundum, harga antarabangsa petroleum yang menurun, situasi politik negara yang tidak stabil akibat isu 1MDB dan skandal dana poiltik berjumlah 2.6 Billion. 


Tambahan lagi nilai matawang terus jatuh dalam jangkamasa yang agak lama sehingga menyebabkan harga barangan mengalami kenaikan dan termasuk kenaikan kadar tol di keabanyakan lebuhraya dalam bandar serta pengangkutan awam seperti KTM komuter, LRT dan monorail, semuanya diumumkan harga tambang terpaksa dinaikan. 

Pelbagai isu dan berita negatif yang berlaku menyebabkan orang ramai rasa amat tertekan dalam usaha menyara hidup harian! 

Di laman sosial tidak kurang juga tulisan artikel yang mengecam pihak kerajaan yang mengundang pembaca bertambah geram.

Baru-baru ini, seorang penyanyi berbangsa Melayu bernama Amirudin Hizadin, menerbitkan sebuah lagu yang berjudul <  Mana Hilang 2.6 Bintang >, lirik lagu tersebut berjaya menyampaikan suara hati kebanyakan golongan muda masa kini yang sedang berdepan apa yang disifatkan sebagai zaman kegelapan politik negara serta tekanan hidup, sekali gus menerima perhatian dan memperolehi sambutan menggalakkan di kalangan netizen. 





Pada permulaan lagu, Amirudin menyanyikan jika ketika itu dia tidak datang ke Kuala Lumpur, kemungkinan dia tidak akan menghadapi keperitan sedemikian.

"Kena bayar tol, minyak kereta, elektrik dan sebagainya, mungkin kehidupan saya diselubungi kegelapan, namun tidak mengapa, saya boleh menunggu bantuan BRIM dan bantuan yang lain. "

"Mungkin harga barang akan jatuh, ini kerana cukai GST menguntungkan setiap orang, tetapi kenapa kelihatan semakin ramai orang rasa murung dan tertekan."

Di bahagian chorus, Amirudin menyanyikan "Mana Hilang 2.6 Bintang" sebagai sindiran terhadap skandal dana politik 2.6 billion. 

2.6 biji bintang sudah hilang ke mana pergi?  Saya tanya ' Pak Mentari ' , tapi dia mendiamkan diri. Berikutan sebutan mentari dengan menteri agak sama, maka ianya membuatkan ramai netizen beranggapan lain. 

Tidak kurang netizen yang setelah mendengar lagu tersebut, memberi komen dan memuji kehebatan bakat Amirudin dengan mengatakan Amirudin telah berjaya meluahkan suara hati rakyat Malaysia. 

Contoh komen seperti : " Melodi lagu yang indah dan lirik lagu yang bermakna, memang terbaik!" , "Rasa nak menangis apabila mendengar lagu tersebut! " " Sungguh terharu! " Semua warga di bumi turut serta mencari 2.6 bintang itu.  "Namun, terdapat juga netizen yang bimbang Amirudin akan dikenakan tindakan oleh pihak berkuasa, maka secara khusunya netizen mengingatkan Amirudin perlu berhati-hati. 

Sebenarnya kebelakangan ini, ramai pemuzik telah menyuarakan ketidakpuasan terhadap kerajaan menerusi lagu, antaranya kumpulan band bernama 'Nao', telah menghasilkan lagu bertajuk , dengan menggunakan elektrik gitar, bass dan drum untuk meluahkan rasa tidak puas hati terhadap kerjaaan, menaruh harapan tinggi negara boleh melakukan perubahan demi kebaikan generasi akan datang.


Ketika perhimpunan Bersih2,0 yang lalu, banyak juga lagu yang dihasilkan oleh sebilangan pemuzik tempatan. Antaranya lagu jenis rap iaitu dan lagu Bersih3.0 yang berjudul yang menyaurakan isi hati kebanyakan rakyat Malaysia, sehingga mendapat sambutan hebat di kalangan netizen.- CARI Infonet

2

Bagus
2

Marah
18

Terkejut
13

Sedih
10

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (52 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakshinchan 6-11-2015 01:53 PM
hope Yuna wat cover version lagu ni.. lagu cam sesuai ngan suara dia
Quote pittjie 6-11-2015 01:57 PM
yang hilang bukan 2.6billion dik. nilai tu .. yang dijumpai dalam akaun org tu dik.
Quote bluehedgehog 6-11-2015 02:13 PM
najib dan macai2 amat sensitip bukan x tau
nanti dia bankan radio yg menyiarkannya
Quote atai 6-11-2015 02:24 PM
"Kena bayar tol, minyak kereta, elektrik dan sebagainya, mungkin kehidupan saya diselubungi kegelapan, namun tidak mengapa, saya boleh menunggu bantuan BRIM dan bantuan yang lain.


teruskan perjuangan subsidi itu dik..semoga cahaya kesenangan yang dicari akan menyinar..
Quote jelitaqasyah 6-11-2015 02:48 PM
2.6 bintang bintang ....
Mimpi ngeri... bagus lagu ni
Quote dizek 6-11-2015 02:54 PM
ni pulak lagu cina DAP:

"Luit bapak lim guan eng kasi
sama lim guan eng

suka hati guan eng la mo
pakai.. hoh?

...ho ho ho yeah"
Quote kancil92 6-11-2015 02:59 PM
isk2..untung yg dapat bantuan..yg xder ni kerja keras mcm nk mampus ank tinggal..sedy2
Quote AbukRokok 6-11-2015 03:40 PM
lagu 3.85 bila nak buat

3.85 iq ku
3.85 iq mu
iq iq eq eq
mana satu
pilihanmu
Quote freebird 6-11-2015 03:48 PM
teringat aku ada satu lagu dari soundtrack Fame, lebih kurang sama macam ni....

cilaka punya ameno!!
Quote Tlalu 6-11-2015 04:19 PM
heheh lagu mentari suruh bangun pagi..hehe pun nak dgr jugak........
Quote cHimo 6-11-2015 04:42 PM
Dengan belon sentap apa kaa dengan lagu ini juga jibby akan terasa hati ?
Quote rashiman 6-11-2015 04:57 PM
cHimo replied at 6-11-2015 04:42 PM
Dengan belon sentap apa kaa dengan lagu ini juga jibby akan terasa hati ?

Tun yg terasa kot....
kesannya hingga ke generasi kini..
Quote cHimo 6-11-2015 05:00 PM
rashiman replied at 6-11-2015 04:57 PM
Tun yg terasa kot....
kesannya hingga ke generasi kini..

Ya bagus la kalau madey projek ic tuh pun terasa.. Spesis jibby kepit jugakan..
Quote Artemesiaa 6-11-2015 05:10 PM
Saingan untuk lagu anney yang nyanyi lagu beribu tahniah ni
Quote aduhaiya 6-11-2015 05:56 PM
Apalah orang politik tu peduli... Selama dia memerintah negara... Mana dia peduli pasal rakayat... Hanya nak mengejar ranking dunia semata-mata. Biar rakyat susah, asalkan pencapaian kerajaan dimata dunia nampak bagus. Itulah relaiti Menteri kita sekarang. Kita telah dianak tirikan oleh bangsa sendiri.
Quote rashiman 6-11-2015 08:35 PM
Edited by rashiman at 6-11-2015 08:41 PM
aduhaiya replied at 6-11-2015 05:56 PM
Apalah orang politik tu peduli... Selama dia memerintah negara... Mana dia peduli pasal rakayat... H ...

Kau nie...penat pemerintah pedulikan rakyat....bersyukurlah sikit...mcm2 pemerintah buat utk rakyat...
Sprti Bantuan Rakyat 1M, Kedai Rakyat 1M, Klinik Rakyat 1M, Perumahan Rakyat 1M dll.

Bila kita byk bersyukur, InsyaAllah rezeki suka dtg kat kita.

Quote boyagombak 6-11-2015 08:48 PM
dizek replied at 6-11-2015 02:54 PM
ni pulak lagu cina DAP:

"Luit bapak lim guan eng kasi

Hohoho
Apa lu melepek ni
Buatla lirik yg touching sket yg sng difahami
Lu punya metafora lu sorang sja faham
Kitaolang tatak paham
Apa kena mengena luit apak Lim Guan Eng dgn rakyat jelata
Haiyya ini maciam pun ala
Quote boyagombak 6-11-2015 08:54 PM
Oh bulan mana hilang
Atas pucuk kayu ara
Oh bintang mana hilang
Masuk dalam akaun aku punya

Tanya sama bintang apa sebab hilang
Nanti jawab bintang aq duit derma
Bintang rayu derma
mntk masuk dana
Pak Mentari jawab apa
Itu aq yg punya
Rakyat pakat nganga
Quote HannahMontana 6-11-2015 08:59 PM


Njaib xboleh bgtau sebab Njaib xmahu pahala ibadat beliau hilang sebab menunjuk2 akan kebaikan beliau dlm merencanakan 2.6 Billion itu...

Njaib mohon kita bertenang dan bervape dulu

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:41 AM GMT+8 , Processed in 0.206833 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top