CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Billie Eilish Bengang Dikritik Berubah Tampil Lebih Feminin

31-5-2023 01:27 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 784| Komen: 4

Description: Keliru. Itu yang dirasakan penyanyi Billie Eilish terhadap kehendak peminat berhubung penampilannya.Pemenang Grammy yang cukup terkenal dengan lagu Bad Guy sebelum ini gemar berbaju dan berseluar besa ...
Keliru. Itu yang dirasakan penyanyi Billie Eilish terhadap kehendak peminat berhubung penampilannya.

Pemenang Grammy yang cukup terkenal dengan lagu Bad Guy sebelum ini gemar berbaju dan berseluar besar serta kelihatan ‘menyorokkan’ sisi femininnya.



Teen Vogue

Namun kini pada usia 21 tahun, Eilish mula berpenampilan lebih feminin.

Bagaimanapun apabila dia sudah tampil lebih feminin, dirinya sekali lagi dikritik. Penampilan Eilish dikatakan biasa dan tidak ada perbezaan dengan wanita lain.


Twitter

“Saya habiskan masa lima tahun dalam karier dengan penampilan yang saya selesa dan kini ia dilepaskan kerana saya diberitahu agar menjadi lebih wanita.


“Sekarang apabila saya sudah selesa dengan penampilan feminin dan berubah, semuanya menjadi lain.

“Ada yang mengatakan ‘apa yang telah terjadi kepadanya? Eilish tidak ubah seperti yang lain’,” katanya seperti dilaporkan CNN.


Twitter

Meski bengang dengan kritikan yang diterima, penyanyi tersebut seperti tidak mahu mendengar kemahuan mereka.

“Biarkan wanita wujud!” katanya ringkas.

Kenyataannya itu disokong oleh peminat dengan mengatakan wanita adalah individu yang multifungsi.

Sebelumnya pada tahun 2021, Eilish mengaku kehilangan sehingga 100,000 ribu pengikut di media sosial kerana perubahan penampilan.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote _blackbird 31-5-2023 02:11 PM
tbh ada reason kenapa dulu dia pakai baju geloboh gelobos tu. aku ada baca interview dia, masa tu dia underage tapi dia ada condition ber boob besar (extremely besar utk teenager) so utk elakkan dia ni dari di cop sex symbol at unappropriate age dia pakai gelobos2 mcm tomboy. skang dia dah adult, dah ok jadi sex symbol
Quote alesandra 31-5-2023 03:04 PM
_blackbird replied at 31-5-2023 02:11 PM
tbh ada reason kenapa dulu dia pakai baju geloboh gelobos tu. aku ada baca interview dia, masa tu di ...

Pastu aku baca dia mmg blonde ye? ingatkan sejak azali dark hair
Quote hokeypokey 31-5-2023 03:53 PM
kang jadi cam avril lavinge berubah byk sgt sampai hilang peminat..
Quote _blackbird 1-6-2023 02:18 PM
alesandra replied at 31-5-2023 07:04 AM
Pastu aku baca dia mmg blonde ye? ingatkan sejak azali dark hair

yekot. tak pasti pulak, tapi dia mmg nampak lebih mantap kalau rambut bleach pon. mcm sesuai dengan warna kulit & mata dia.

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049597 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top