CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Mario Maurer 'Rimas' Peminat Selalu Minta Diperiksa Sakit Apa - "Saya Pelakon, Bukan Doktor"

29-5-2023 02:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 685| Komen: 7

Description: Penangan membawa watak Thong Ake dan Thong-on dalam siri Thong Ek dan Royal Doctor, Mario Maurer sering didatangi peminatyang meminta untuk diperiksa.Aktor Thailand itu bagaimanapun mengharapkan pemin ...
Penangan membawa watak Thong Ake dan Thong-on dalam siri Thong Ek dan Royal Doctor, Mario Maurer sering didatangi peminatyang meminta untuk diperiksa.

Aktor Thailand itu bagaimanapun mengharapkan peminatnya dan penonton dua siri drama itu supaya mendapatkan rawatan daripada doktor sebenar.



IG

“Ada satu hal yang sering ditanya oleh peminat bila jumpa saya adalah: ‘Mario atau doktor, tolong periksa saya? Tolong check saya sakit apa? Saya ok tak?’

“Pertanyaan tersebut banyak kali berlaku ketika saya muncul dalam Thong Ek. Tapi, bila saya membintangi Royal Doctor, hal yang sama datang semula!

“Tapi saya kata kepada mereka yang saya bukan doktor sebenar. Saya hanyalah pelakon. Saya nasihatkan mereka untuk jumpa doktor yang bertauliah untuk dapatkan rawatan,” katanya kepada Gempak.

Melanjutkan bicara mengenai penglibatannya menerusi Royal Doctor, Mario berkata, dia berasa gembira dan teruja menjalani penggambaran drama arahan Chudapa Chantakett itu.



IG

“Suasana penggambaran di set sangat menyeronokkan sebab satu team kenal antara satu sama lain. Tambahan pula, team yang sama mengelolakan Thong Ek: The Herbal Master, jadi kebanyakan rakan pelakon merupakan individu yang sama.

“Situasi belakang tabir pun menyeronokkan. Kita dapat banyak tenaga sebab kru yang terlibat semuanya bagus,” katanya lagi.


Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote manehnya 29-5-2023 03:03 PM
best citer ni, tp bad romeo best lg lar..hikhik..

Quote zarulnazmi 29-5-2023 04:07 PM
saya cuma ingat dia dalam jan dara dan pee mak
Quote Bantalkuning 30-5-2023 01:25 PM
manehnya replied at 29-5-2023 03:03 PM
best citer ni, tp bad romeo best lg lar..hikhik..

tengok dekat mana? netflix ke
Quote manehnya 30-5-2023 03:25 PM
Bantalkuning replied at 30-5-2023 01:25 PM
tengok dekat mana? netflix ke

iyew... tak pun kat tele, tp pic x cantik laa.. kt netflix pic lawa
Quote manehnya 30-5-2023 03:26 PM
zarulnazmi replied at 29-5-2023 04:07 PM
saya cuma ingat dia dalam jan dara dan pee mak

omai, now maturity buat dia lg helok...
Quote Yoonggi 31-5-2023 09:21 AM
anggap je la itu as a compliment, ko berjaya memainkan watak ko tu smpai org ingat ko betul2 doktor
Quote heythere123 1-6-2023 05:03 PM
S1 memang kelakat, S2 tak sempat tengok lagi

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 01:23 AM GMT+8 , Processed in 0.226400 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top