CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hanya Malaysia Beri Subsidi Kepada Orang Kaya - Maslan

26-5-2023 06:02 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 652| Komen: 14

Description: Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa pemberian subsidi kepada golongan kaya adalah satu kesilapan.Beliau berkata, kerajaan sekarang sedang memperbetulkan kesilapan itu supaya ...
Timbalan Menteri Kewangan 1, Datuk Seri Ahmad Maslan mendakwa pemberian subsidi kepada golongan kaya adalah satu kesilapan.

Beliau berkata, kerajaan sekarang sedang memperbetulkan kesilapan itu supaya adil terhadap rakyat, terutamanya golongan berpendapatan 40 peratus terendah (B40).



FB

"Orang kaya tak perlu subsidi pun, kenapa kita perlu beri subsidi kepada orang kaya? Negara manakah di dunia ini yang beri subsidi kepada orang kaya berbanding beri subsidi kepada orang miskin? Tiada, hanya Malaysia.

"Jadi dasar subsidi Malaysia itu silap," katanya pada sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan, di sini hari ini.

Ahmad berkata, kerajaan sedang merangka pelaksanaan subsidi secara bersasar agar golongan berpendapatan 20 peratus tertinggi (T20) tidak akan terkesan secara mengejut.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, golongan berpendapatan tinggi T20 tidak akan akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta bantuan kewangan haji.

Bagi tujuan itu, Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

Ahmad berkata, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam jawapannya di Dewan Rakyat semalam, memberitahu bahawa penjimatan subsidi elektrik yang dilakukan secara bersasar dari tempoh 1 Januari hingga Jun adalah RM5.6 bilion.

"Dengan sebanyak itu, bermacam perkara kita boleh laksanakan untuk rakyat," katanya.


Sumber: BH Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 26-5-2023 06:24 PM
dah tukar tagline keww?

kut dedulu ini semua salah DAPig

skang ni.. ni smer salah T-twenti

Quote lostnfaun 27-5-2023 05:26 PM
Masa dia jadi menteri kewangan dulu apa dia buat yer? Senang betul jadi ahli politik nie
Quote silencekiller 27-5-2023 05:36 PM
bangang punya mat maslan & KERAjaan ni... nak adil hapuskan semua subsidi bukan main piih2.. geng2 T20 bukan dok lepak bawah pokok teruih jadi T20 ka apa kaa..

Nak lebih, kena usaha la lebih.. mana boleh lepak2 isap rokok tiba2 dok jerit subsidi ke hulu ke hilir bantuan ke sana ke sini..

hapuskan subsidi adalah langkah paling baguih.. bantuan musti hanya pada golongan yg betul2 fakir lagi susah kaa sakit tak mampu kerja ka apa kaa.. tu baru adil bodoh, bukan golongan tertentu pastu menyalak adil ke ataih ke bawah..
Quote mr_cool5885 27-5-2023 06:52 PM
Bukan matselan yg bodoh korang tu yg bodoh pergi percaya kat babiticians2 ni semua sama je semua bila diorang cakap manis sikit terus lupa kebodohan dia sebelum ni sekarang x perlu memekak la hadap je la.
Quote TOPwind 27-5-2023 07:04 PM
Hanya Msia je yg simpan orang mcm dia ni
Quote Firenzza 27-5-2023 07:05 PM
Sudah la wak maslan....ko mmg kaki pusing, habis tu brunei, bahamas x kenakan income tax kt rakyat xde plk ko nk ikut...
Quote kaseh80 27-5-2023 07:09 PM
Lembab mamat ni
Quote kemaruk 27-5-2023 07:10 PM
Memang dari zaman umno dulu lagi mat selan jadi tukang sampai berita buruk, statement kontroversi, jawab soalan sukar, terutama yang berkaitan dengan ekonomi

Jangan salahkan mat selan.. dia timbalan je.. mana pegi menteri kewangan dan menteri ekonomi? Kenapa mat selan yang banyak keluar sekarang
Quote plywood 27-5-2023 07:40 PM
kau nak hentikan subsidi kepada orang kaya, boleh jer tapi jangan sakitkan hati mereka. .. nanti masa pilihanraya merayu jugak minta undi

Quote matamata 27-5-2023 08:22 PM
Sejak bila pulak nama dia Maslan?
Quote aku_best 27-5-2023 08:25 PM
Dari bg subsidi kat PATI yang sedap2 tak bayar apa2 cukai..baik lagi bg  T20 subsidi elektrik..yg bayar cukai ni..
Quote hokeypokey 27-5-2023 08:35 PM
nasi goreng satuuuuu
Quote capiloton 27-5-2023 08:36 PM
kaya2 T20 ni kebanyakkan undi PH.

i wonder what they are feeling right now
Quote Tinot7 27-5-2023 10:53 PM
matamata replied at 27-5-2023 08:22 PM
Sejak bila pulak nama dia Maslan?

Ikut stail omputih kott, pakai surname..

Takkan nak panggey dia pakMad? DikMad? BamMad? Hukum Mad?

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.048938 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top