CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Warga Emas Ditemui Jiran Maut Dalam Bilik Dengan Kesan Tikam Di Leher, Pipi, Telinga

24-5-2023 05:48 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 294| Komen: 0

Description: Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman pada leher dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Tersusun Simpang Lima di sini pada Selasa.Mayat mangsa berusia 61 tahun berkenaan dite ...
Seorang wanita warga emas ditemukan maut dengan kesan tikaman pada leher dalam bilik tidur di rumahnya di Kampung Tersusun Simpang Lima di sini pada Selasa.

Mayat mangsa berusia 61 tahun berkenaan ditemukan oleh jirannya sebelum melaporkan kejadian itu kepada polis sekitar jam 6.45 petang.



Utusan

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa ditemukan dalam keadaan separuh bogel dengan kesan darah pada bantal, tilam dan dinding.

"Pemeriksaan lanjut menemukan kesan luka potong dan luka tikaman pada telinga, leher dan pipi mangsa.

"Terdapat juga kesan lebam di lengan mangsa dipercayai berlaku pergelutan dengan suspek ketika cuba mempertahankan diri," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati suspek memecah masuk rumah mangsa berikutan terdapat kesan umpil pada tingkap.


"Bagaimanapun, tiada barang berharga milik mangsa yang hilang. Mangsa tinggal sendirian di rumah berkenaan.


Mohd Yusri

Kata Mohd Yusri, usaha mengesan suspek giat dijalankan bagi mengenal pasti motif sebenar kejadian itu.

Tambah beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan bunuh.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi balai polis berhampiran atau di talian 05-721222 bagi membantu siasatan.


Sumber: Sinar Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 03:16 PM GMT+8 , Processed in 0.046513 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top