PETALING JAYA – Seorang wanita baik hati menumpangkan ibu dan anak yang ditemui berjalan kaki di sebuah jalan di Gambang, Pahang Menerusi perkongsian Noorjanah Ibrahim di akaun TikTok, dia yang melalui kawasan tersebut melihat wanita berkenaan berjalan kaki di kawasan hutan sambil mengendong anaknya yang berusia lingkungan setahun.
“Masa ‘on the way’ balik kampung dari Kuantan saja ikut jalan lama. Tiba-tiba jumpa orang dukung anak,” katanya. Dia kemudian menyuruh suaminya yang memandu supaya berpatah balik untuk memeriksa keadaan ibu dan anak tersebut. “Kami dah terlajak minta ‘husband’ patah balik juga sebab tak sampai hati tengok ibu dukung anak. Kiri, kanan hutan. Masa ni dekat Gambang."
Setelah disoal, wanita tersebut yang merupakan Orang Asli mendakwa telah berjalan kaki selama dua jam untuk ke rumah ibunya. “Rupanya dia dah jalan kaki 2 jam dari Gambang nak menuju ke Payar Bungor. “Tanya ‘husband’ mana dia kata dah seminggu ‘husband’ tak pedulikan dia. Jadi dia nekad balik rumah mak dia jalan kaki,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata orang ramai memuji sikap prihatin Noorjanah membantu wanita tersebut dan bersimpati dengan nasib wanita dan anaknya itu. “Alhamdulillah, Allah hadirkan insan seperti awak. InsyaAllah akan ada balasan dan hikmah daripada pertolongan itu,” kata Mamasahira. “Ibu, susah macam mana pun anak tu tetap di bawa. Dahlah bawa dalam perut 9 bulan dulu,” ujar Liza Sarudin. -CARI Sumber: Kosmo
|
nono86 replied at 23-5-2023 06:17 PM
Alahai kak.. dah bagus akak dan suami tolong dia, hanya ALLAH dapat balas jasa korang berdua.. tapi ...
nono86 replied at 23-5-2023 06:17 PM
Alahai kak.. dah bagus akak dan suami tolong dia, hanya ALLAH dapat balas jasa korang berdua.. tapi ...
whimsicalmusic replied at 23-5-2023 06:42 PM
tah..cover kan muka mak nya, muka baby terang2 bwh umur xreti lak nk coverkan? pstu time tulisan2 ...
pooh~key replied at 23-5-2023 10:34 AM
Akak baharu tahahu yang petaling jaya tu kat kuantan pahang dekkkk….
ADVERTISEMENT
Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet
28-4-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.056001 second(s), 44 queries .
Powered by Discuz! X3.4
Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.