CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Berang Tengok Suami Curang, Isteri Rempuh Suami Dan Penyondol Guna Kereta- Bebas Tuduhan Dengan Alasan "Terlewat Tekan Brek"

23-5-2023 09:26 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1004| Komen: 13

Description: Seorang isteri berang melihat suaminya curang dengan wanita lain.
Seorang isteri berang melihat suaminya curang dengan wanita lain.

BChristie-Lee Kennedy menjejaki suaminya, David Larkin melalui telefon dan menemuinya bersama kekasih, Zowie Noring di hadapan sebuah kereta di Jalan Bagot di pinggir bandar Brisbane, Queensland, Australia.


9 news melaporkan, dia yang memandu SUV BMW berwarna putih dikatakan tidak sempat menekan pedal brek sehingga merempuh kedua-dua pasangan terbabit.


Foto: 9News

Akibat pelanggaran, suaminya dan wanita terlibat terbaring di tanah kerana mengalami kecederaan di bahagian kaki.

Pun begitu Noring berjaya bergerak ke keretanya dan memandu pergi meninggalkan Larkin.

Selepas dua tahun tragedi itu berlaku, Kennedy menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk menyerang pasangan itu pada Mac 2021 dan hanya terlewat menekan brek, semasa perbicaraan dijalankan baru-baru ini.


Juri kemudiannya menerima hujah ini dan Kennedy didapati tidak bersalah atas dua pertuduhan 'perbuatan jahat dengan niat untuk melumpuhkan'. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 23-5-2023 09:55 AM
bagus juri…  ai loike…  hahaha…
Quote shernazz 23-5-2023 11:02 AM
Hahahaha
Best gila..
Dendam yang terindah gitchuu
Quote Sazreena 23-5-2023 11:04 AM
Juri geng antipenyondol..ha gituew.
Quote shi_jewel 23-5-2023 11:06 AM
awasla kamu lelaki atau perempuan yg dah kawin yg suka gedik2x dgn berlainan jantina di ofc... euwwww menyampah tau tgk. sila matikan awal semua2x penyondol2x. baru aman dah sejahtera.
Quote venom1 23-5-2023 11:07 AM
ISTERI 1 : 0 PENYONDOL
Quote sangbara2020 23-5-2023 11:20 AM
mesti juri o hakim ada kisah sendiri
Quote imanjannah 23-5-2023 11:31 AM
bravo..
Quote Simunggu 23-5-2023 11:36 AM
ini tak adil....kata P. ramlee
Quote Yoonggi 23-5-2023 11:37 AM
mesti puas hati bini dia
Quote DayangKirana 23-5-2023 01:36 PM


body serupa hippo gini pon ade jugak yang buat jadi mistresss....
low class btol taste jantan tuh..
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 01:51 PM
gPMiJ.gif
Quote rosedemon 24-5-2023 08:17 AM
kahkah ok la pasni boleh guna alasan ni
Quote ctaz 24-5-2023 08:21 AM
teringat kes sorang kakak opis lama aku...
tapi dia langgar keta penyondol dia....
keta dia (laki dia bayo) ngan keta penyodol dia abih berkecai....
tapi penyondol dia tak berani buat report polis.....

last2 akak tu kena cerai....
tapi dia hapi...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-5-2024 07:09 AM GMT+8 , Processed in 0.400904 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top