CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pakar Bedah Dipecat, Selamba Minta Tukang Cuci Tolong Buat Pembedahan Potong Jari Pesakit

23-5-2023 09:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 351| Komen: 2

Description: BERLIN, Jerman – Pengurus sebuah hospital di barat Jerman kesal selepas seorang pakar bedah mereka mendapatkan bantuan pekerja pembersihan semasa melakukan prosedur pemotongan jari kaki.
BERLIN, Jerman – Pengurus sebuah hospital di barat Jerman kesal selepas seorang pakar bedah mereka mendapatkan bantuan pekerja pembersihan semasa melakukan prosedur pemotongan jari kaki.

Saluran televisyen SRW melaporkan pada Jumaat lalu bahawa kejadian berlaku di Hospital Universiti Mainz pada 2020.


Walaupun tiada sebarang komplikasi berlaku pada  pesakit berkenaan, pakar bedah itu terus dipecat.


Gambar Hiasan: Pixabay

Ketua pegawai eksekutif hospital tersebut, Norbert Pfeiffer berkata, pakar bedah itu masih meneruskan pembedahan walaupun tanpa pembantu berkelayakan.

Apabila pesakit dibius, pakar bedah itu meminta bantuan tukang cuci tersebut untuk memegang kaki pesakit dan mengambil alat bedah, lapor akhbar Mainzer Allgemeine Zeitung.

Menurutnya, tukang cuci tersebut tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang perubatan.


Insiden itu terbongkar selepas seorang pengurus hospital ternampak pad kain kasa berdarah pada tangan tukang cuci itu di dalam dewan bedah. 

“Ini tidak sepatutnya berlaku,” agensi berita Jerman, DPA memetik Pfeiffer sebagai berkata. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosedemon 24-5-2023 08:16 AM
xckop pekerja ke tuuuu sambar jela mana sempat ye dak
Quote supernaturalee 24-5-2023 09:31 AM
teringat citer mr bean ditarik masuk dlm operation theater


Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:24 AM GMT+8 , Processed in 0.070348 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top