CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pemandu Bas Didakwa Tak Beradab, Suka Herdik, Cakap Kasar, "Dia Sedap-Sedap Dalam Aircond, Biar Penumpang Berpanas"

23-5-2023 08:09 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1251| Komen: 18

Description: Seorang individu meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir pemandu bas yang tidak beradab.Berkongsi luahan di media sosial, individu berkenaan turut menceritakan situasi yang dilaluin ...
Seorang individu meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan sikap segelintir pemandu bas yang tidak beradab.

Berkongsi luahan di media sosial, individu berkenaan turut menceritakan situasi yang dilaluinya ketika menaiki pengangkutan awam tersebut.



Gambar Hiasan: Utusan

"Saya perhati rata-rata majoriti pemandu bas dan pekerja syarikat bas di stesen berumur 40 ke 60 tahun, mereka kerap meninggikan suara, memperlekeh penumpang. Walhal penumpang dengan nada sopan perlu bertanya soalan yang mereka tak tahu.

"Yang mengejutkan, soalan tu dijawab oleh pemandu bas dengan nada kasar. Kalau jawapan tu kurang jelas, yang bertanya minta ulang semula kerana bunyi enjin bas mengganggu, alamat bertambah-tambah ayat kasar dan sindiran.

"Bukan saja penumpang Melayu. Auntie Cina, auntie India pun depan saya kena herdik," luahnya.

Pernah berlaku kejadian di depan matanya apabila seorang pemandu bas dengan angkuh dan tanpa rasa bersalah membiarkan penumpang menunggu di bawah panas terik walaupun boleh membuka pintu lebih awal.


"Sepuluh minit sebelum bas bergerak, pemandu tak buka pintu. Duduk seorang diri dalam bas ada aircond di tempat pemandu, dibiarkan para penumpang tunggu di luar dengan suhu panas.

"Yang berlaku depan saya, pemandu tu bidas, 'awak panas, itu bukan masalah kita'. MasyaAllah. Saya tertanya-tanya, apa salahnya kalau nampak penumpang di luar, buka pintu jemput mereka masuk kemudian tutup semula pintu.

"Kali terakhir saya naik bas, saya duduk hampir dengan bas, pintu langsung tak dibuka. Saya tunggu bila pemandu ni nak buka pintu. Tiba-tiba pemandu gerakkan bas ke belakang, pantas saya bangun berjalan tahan bas tu.

"Dalam hati saya tertanya, 'kenapa memualkan betul perangai mereka ni'. Saya tak minta layanan istimewa. Cukuplah pekerja-pekerja syarikat bas ni bila ditanya dengan elok, jawab juga dengan elok dan reti minta maaf apabila buat salah.

"Ini sudahlah buat salah, pasang muka seolah kita yang salah," luahnya lagi dalam nada kesal.

Hantaran yang dikongsi di grup B40 Buat Perangai Apa Harini turut disokong rata-rata ahli kumpulan Facebook tersebut malah ada yang berkongsi pengalaman yang hampir serupa.

"Setuju... ramai pemandu bas bersikap macam ni.

"Tak semua, tapi mak saya pun pernah kena. Memang kurang ajar. Miskin adab sebab didikan dan kebiasaan komuniti kita.

"Bas berhenti-berhenti ni memang kebanyakan driver tak ada adab. Dulu masa sekolah selalu tengok orang tua nak turun kaki sebelah belum jejak tanah lagi dah jalan... apabila ditegur mengamuk.

"Dekat luar negara, naik bas je dia bagi good morning, turun bas dia bagi ucapan have a nice day," komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote malarky 23-5-2023 09:38 AM
pengalaman aku tunggu bas kat LRT asia jaya, bas baru sampai ke stesen, driver keluar sambil jinjit makanan bungkus, takpelah kita kasi can dia makan walaupun yime pukul 4 petang, tapi dia ambik masa agak lama, pandangan aku gini. nak makan tu boleh tapi cuma tolong la consider public yang nak guna servis bas, jangan terlalu penting diri sendiri.
Quote Herlina 23-5-2023 10:05 AM
Kalau pengangkutan awam esp bas ni, masalah sebenar adalah disiplin KEBANYAKAN pemandunya.

Betul mcm tertulis dalam artikel..kadang saja je pemandu tak nak bg penumpang naik...seronok kot tgk org terkial2 kepanasan kat luar.
My doter lak pernah beli tiket dari Pekan ke KL. Punya la awal datang dari jadual bas bergerak tapi bas tak muncul2...dah la kaunter tiketnya x de org. Terpaksa dekat 2 jam tunggu sudahnya terpaksa upah kawan hntr ke kuantan...naik bas dari sana

Kalau bas MRT lak, Kebiasaan...waktu pagi bas tak ikut jadual.
Contoh skrg Rapid kan dah ada apps PULSE tu...boleh tau ETA bas akan sampai kat bus stop kita. Alih2 tak nampak2 juga. kadang tu melangkau sampai lepas 2 schedule.
Bila komplen kat FB, jawapannya sama je dengan jawapan untuk pengguna di kawasan lain - kekurangan bas la, hanya ada 1 bas yg beroperasi .... lagi nak back up ko punya driver pemalas, duduk santai merokok, sembang, sarapan, lambat datang, tak datang langsung bla bla bla.

Quote cikatilia 23-5-2023 10:24 AM
Herlina replied at 23-5-2023 10:05 AM
Kalau pengangkutan awam esp bas ni, masalah sebenar adalah disiplin KEBANYAKAN pemandunya.

Betul mc ...

masalah bas MRT tu mmg hanat la...

aku masuk kerja kul 9. aku tunggu bas dari 7.30. dulu2 bas akan ada jam 7.30, 7.50.. so selalunya aku naik bas 7.50.
tapi sekarang... aku tunggu jam 7.30.. sampai 8.20.
Pagi tadi lagi hanat... budak yg tunggu dgn aku dia tunggu dari 6.50. Naik bas 7.50. kekerapan bas bukan 20-30 pada waktu puncak.. waktu puncak mungkin 1jam.. xpuncak kdg2 lebih 2jam.
aku call rapid dia kata kekurangan bas.. kami tgh fight bas utk kawasan cik... =_=
patutla kereta melambak2 parking dekat kwasa sentral sampai tepi jalan dibedal... kalau dah kena tunggu bas sampai sejam kalau lucky 2 jam.. nak nak malam...
naik grab pon harga bukan kaleng2..
dreba dia mmg hanat.. kdg2 nampak mcm berasap tak menyabar dan tak gembira bekerja... gaji bukan murah pon.. mmg long hours tp mmg kerja dia kan?? kalau xnak hadap tu rasanya maybe bole start apply kerja lain xpon duduk goyang telor kat umah.


Quote shernazz 23-5-2023 11:01 AM
Alah..tengok drebar bas atas jalan pung mcmana..
Mcm king ooo...
Lane kanan je kalau kat hiway...
Bila jem..baru masuk tengah atau kiri..haha...


Teringat plak bas yang rempuh kete2 kat menorah tu
Quote damsel_fiji 23-5-2023 11:37 AM
penah je kena camni..tgh hujan..pemandu rapid babi kt dalam tu sibuk main pon..tutup pintu x bg masuk..menunggu la penumpang2 termasuk acik2 tua kt luar kena hujan..lokasi dekat stesen bas shah alam belakang maybank tu

ada tu penumpang tanya elok2 pun kena herdik..
Quote laksmanabentan 23-5-2023 11:53 AM
hahahhaha....

pengalaman aku masa balik raya haritu la ya.....
mmg kebetulan jalan super jam weeeyyy..
kalau selalunya aku balik kg tu 3 jam sampai... ini dekat 10 jam...
hahahahhahahahaha...

then ada ler sorang mamat cina nih.. dalam umur 40tahun camtu..
rasa nak terkencing.. dan beritahu la driver tu yang dia nak kencing..
kita maklum la kan.. bila ada R&R nanti baru ler dapat p toilet kann...

ini driver tu terus sound... time2 ini lah ko nak kencing.. time jam mcm nih..
hahahhaha... bebel driver tu weeyyy....
lepas sejam lebih camtu la baru ler jumpa R&R dan bas tu berhenti..
driver tu kata... nahhh siapa nak kencing tu cepat kencing, aku bagi ko 10 minit jer...
ko naik ker tak naik, aku tinggal jer... cepat 10 minit jer...
hahahahaha.... yang lain2 pun ikut ler p kencing, yang lelaki okay la kan pancut jer la kat pokok tu...

lps 10 minit, driver tu takde tengok2 da naik semua ker camna ker..
then terus bla weeyyy.... hahahhahahahahaha...
aku tak tahu ler ada yang tertinggal ker tak tu....
Quote Kentot_Wangi 23-5-2023 12:15 PM
Pernah dlu pengalaman ak, bas express. Nak balik kampung. 2 jam je. Mule2 tu ak cakap la nak trun tepi jalan je. Driver okay je. Bas pkul 2ptg. Ade sorg passenger ni lambat 2,3min je. Kena marah truk la dgn driver tu. Budak tu cakap la pergi solat kejap. Pastu driver tu sound balik, " ingat awak sorg je solat? Org lain x solat? Zohor kan masuk awal." trus terdiam budak tu. Ak ni plan nak trun tepi jalan pn x jadi. Hahaha.. Garang benorrrr
Quote kuewTiau 23-5-2023 12:18 PM
iols dulu zaman belajar pernah merasa naik bas sampai dan gerak on time.syiok zaman tu sebab bayar RM 1 tapi boleh pakai 1 hari siap round KL.bahaha

dah keje, cuba jugak naik bas tapi makin lama makin teruk.
paling lama tunggu sejam lebih.
kenapa tunggu jugak? sebab nak naik grab/teksi mahal giler. mahal yang 20-30 kali ganda.
ye la naik bas rm1 je tapi buka apps sampai rm30 kena katok.memang idok ler.
tapi takde la pengalaman dapat pemandu yang macam atas tu semua baik-baik.
bas lompat-lompat ke, rapid ke, express ke, semua layan elok.


Quote Decaffeinated 23-5-2023 01:49 PM
Aku pernah komplen pasal pemandu bas ni kat website dia, lepas tu dapat lah call dari company rep. Pastu driver sendiri call minta maaf. Mana driver ni dapat number aku pun tak tau.
Quote kakikuDibibirmu 23-5-2023 01:52 PM
forum (3).gif
Quote ketambangkang 23-5-2023 02:26 PM
hmm bukan time keje je..pakcik aku driver bus, dia punye sembang kencang sampai tahap malas nak layan..bile org tak sependapat mula la dia nak naik angin
Quote ifanonline 23-5-2023 02:27 PM
orang2 tua malaysia ni memang ada atitude skit...itu sebabnya pemuda2 malaysia perangai cam babi
Quote TOPwind 23-5-2023 04:08 PM
buang je semua  dereba tu,ambil bangla
Quote Skuau 23-5-2023 04:13 PM
TOPwind replied at 23-5-2023 04:08 PM
buang je semua  dereba tu,ambil bangla

"saiya angkat parampuan sama 'kita worang saja'....abang...lain worang jalan kaki la"-Abangla
Quote otai_g 23-5-2023 04:13 PM
TOPwind replied at 23-5-2023 04:08 PM
buang je semua  dereba tu,ambil bangla

Ini terbaik. Sometimes driver bas ni rs diri dia bsr sbb tanpa dorang bas x jalan.

So import Bangla baru pdn muka dia.
Quote CARI-MRO 24-5-2023 08:13 AM
***************
Quote rosedemon 24-5-2023 08:14 AM
xpenah jmpe tp nmpk gaya mmg diorg ni jenis xberadab
Quote kelip2_07 24-5-2023 12:43 PM
br tau ke?mmg pnyakit nie dh lama..penyakit xde adab ..bsr kepala

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:31 AM GMT+8 , Processed in 0.141183 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top