CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Bertuah Dapat Pengganti Lelaki Kaya, Tak Sampai Setahun Cerai Bekas Isteri Tegar Kahwin Lagi

23-5-2023 08:07 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1213| Komen: 11

Description: Bekas isteri Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka kembali berumah tangga dengan seorang jejaka dikenali sebagai Andi, kurang setahun perpisahannya dengan penyanyi itu.Majlis perkahwinan mereka berlangsun ...
Bekas isteri Tegar Septian iaitu Sarah Sheilka kembali berumah tangga dengan seorang jejaka dikenali sebagai Andi, kurang setahun perpisahannya dengan penyanyi itu.

Majlis perkahwinan mereka berlangsung pada Ahad lalu di sebuah hotel mewah di Jakarta, Indonesia.




Dalam majlis tersebut, Sarah, 26, dilihat cukup anggun mengenakan gaun berwarna putih.

Berkongsi berita gembira itu, Sarah mengucapkan penghargaan apabila menerima banyak ucapan tahniah daripada teman-teman rapat serta peminat.

"21.05.23. Bukan nombor yang bagus, tetapi hari yang cukup indah.

"Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah. Saya tidak mampu untuk membalas semuanya kerana terlalu banyak," katanya.

Sementara itu menerusi ruangan komen, ramai yang menganggap Sarah cukup bertuah apabila akhirnya kembali memiliki pasangan yang sepadan dengannya.


IG

Malah peminat juga berharap hubungan kali ini akan terus berkekalan supaya tidak berlaku perpisahan yang boleh memberi kesan kepada anaknya.

Untuk rekod, Sarah dan Tegar mendirikan rumah tangga pada Mac 2020 dan bercerai pada Jun tahun lalu.

Sarah mendedahkan dia dan Tegar sudah bercerai dan antara punca perpisahan tersebut adalah kerana masalah kewangan.

Selain itu, Sarah juga mendakwa Tegar bersikap curang.

Mereka dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Abidzar Oktaviano Putra Septian.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ketambangkang 23-5-2023 08:30 AM
laki ada masalah kewangan takkan la dlm masa yg sama dia curang kot..biasanye yg curang ni jenis berduit
Quote helicornia 23-5-2023 08:47 AM
ya tuhan gambo kawin pun diedit abis jadi anime
Quote prince_marhaen 23-5-2023 09:28 AM
..Sarah mendedahkan dia dan Tegar sudah bercerai dan antara punca perpisahan tersebut adalah kerana masalah kewangan.


buuuuuutttttttooo masalah kewangan... dah la pompuan ni kaki kongkek, anak first pun bukan anak tegar kan dah buat checkup.. kena paksa kawin sebab dia preggy before kawin.. dah la muka jawa totok feeling anime, feeling pompuan2 hong kong.. ekekekekeke
Quote lasagna 23-5-2023 09:48 AM
prince_marhaen replied at 23-5-2023 09:28 AM
buuuuuutttttttooo masalah kewangan... dah la pompuan ni kaki kongkek, anak first pun bukan anak te ...

lahhh anak tu bkn anak Tegar ke sebenarnya? baru ku ketahuan..
pya laa Tegar tu masa Big Stage ni nanges2 nk ke final dlu, rindu anak binik.
akhirnya blk indo trus brcerai.. ciss tipah trtipu dgn ex bini ni rupanya.
Quote putu 23-5-2023 10:10 AM
ketambangkang: laki ada masalah kewangan takk ...
lelaki miskin pun boleh curang uolssss
Quote mawarkhayalan99 23-5-2023 10:21 AM
herlokkk la sikit dari mantan nyaaaa
Quote mamajawie 23-5-2023 10:48 AM
bodoh abadi betina ni muka jawa totok edit jadi anime..hanjenggg sgt
Quote zarulnazmi 23-5-2023 02:54 PM
suspicious
Quote hokeypokey 25-5-2023 03:03 PM
cemana muka sebenar dia ni??? semua edit mcm kartun anime
Quote heythere123 1-6-2023 05:14 PM
hokeypokey replied at 25-5-2023 03:03 PM
cemana muka sebenar dia ni??? semua edit mcm kartun anime

cuba check tagged photos dekat ig, selalunya situ gambar ori
Quote hokeypokey 1-6-2023 05:42 PM
heythere123 replied at 1-6-2023 05:14 PM
cuba check tagged photos dekat ig, selalunya situ gambar ori

kihkihkih betul gak tu..
gambar kt ig sendiri vs kt ig orang..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 01:43 AM GMT+8 , Processed in 0.057315 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top