CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Perbualan Whatsapp Shah Rukh Khan Tersebar, Rayu Pegawai Penyiasat Bebas Anak Kes Dadah, Tawar Rasuah RM13 Juta

21-5-2023 09:47 AM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 1311| Komen: 13

Description: Kes penyalahgunaan dadah melibatkan anak pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan kembali menjadi perhatian apabila aktor itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Dadah (NBC) sebagai ganjaran ...
Kes penyalahgunaan dadah melibatkan anak pelakon Shah Rukh Khan iaitu Aryan kembali menjadi perhatian apabila aktor itu didakwa memberi rasuah kepada pegawai Biro Kawalan Dadah (NBC) sebagai ganjaran menggugurkan pertuduhan.


Pelakon itu dikatakan menawarkan wang berjumlah 250 juta Rupee (kira-kira RM13 juta) kepada seorang pegawai bernama Sameer Wankhede.

Sameer kini menjadi perhatian selepas perbualan di aplikasi WhatsApp dipercayai bersama Shah Rukh mula tersebar.


Dalam perbualan tersebut, Shah Rukh menghantar mesej panjang lebar merayu agar nama anaknya digugurkan daripada kes siasatan mengambil dadah ketika di atas kapal pelayaran padan Oktober 2021.

"Saya merayu jangan biarkan anak saya dalam penjara. Jika ia menjejaskan integriti anda sebagai pegawai, tolonglah saya dengan apa cara sekalipun. Saya terhutang budi kepada anda.

"Saya akan menggunakan kuasa saya untuk halang mereka dari memberi sebarang kenyataan. Saya merayu sebagai seorang bapa tolonglah hantar anak saya pulang," jelas perbualan yang tersebar itu.


Sebelum ini, Sameer juga dilihat pergi bercuti ke luar negara dan mengamal gaya hidup mewah dipercayai hasil duit rasuah.

Aryan

Aryan ditahan bersama tujuh rakan lain termasuk dua wanita di sebuah kapal pelayaran di pantai Mumbai pada Oktober 2021 atas dakwaan penyalahgunaan dadah.

Dia bagaimanapun dibebaskan selepas 28 hari ditahan dan hasil siasatan mendapati tiada sebarang bukti penglibatannya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Antifake 21-5-2023 10:05 AM
Dah bersalah, admit it. Sampai bila nak support anak dan sampai bila anak tak ambil pengajaran
Quote ketambangkang 21-5-2023 11:05 AM
selalu tgk dlm movie dorg je polis sana byk ambik rasuah..realitinye pon mcm tu jgk rupanya
Quote azurro 21-5-2023 11:23 AM
Dunia oh dunia, Pemberi dan penerima rasuah akan dihumban keneraka, selebihnya kita berdoa supaya dia bertaubat jika rasuah benar² berlaku.
Quote Thunderclouds 21-5-2023 11:47 AM
Contoh spoilt brat.
Harap makPak to save his ass every single time.
Duit byk tp bodo teda guna.
Melingkup jugak ujung².
Quote margo20 21-5-2023 12:10 PM
Si srk ni tak pernah berlakon cte rasuah kan? Asyik cte cinta je kan? [em:22:]
Quote Kentot_Wangi 21-5-2023 02:30 PM
Menyusahkan makbapak. Dah la muke poyo, acah2. Yang pemez tu apak kau, kau plak over nak pose x senyum bagai. Koya. Jauhi dadah la dey..
Quote primarikey 21-5-2023 08:07 PM
Si tambi ni memalukn appa dia je
Appa susah payah bina reputasi
Si tambi ni senang2 bg hancur
Harap appa kasi tampar tambi satu kali
Quote soursop_juice99 22-5-2023 08:33 AM
margo20: Si srk ni tak pernah berlakon  ...
phir bil hai hindustani chuolss
Quote Yoonggi 22-5-2023 08:54 AM
anak dia won't ever learn the lesson klu asyik kena coddle mcm ni
Quote Sazreena 22-5-2023 09:09 AM
Anakku Sazali kekdahnya..
Quote iolss 25-5-2023 05:19 PM
mn ss nye... nk gak baca
Quote heythere123 1-6-2023 05:15 PM
terlalu sayang dekat anak sampai makan diri
Quote KikiHadid 1-6-2023 05:41 PM
Ap keje si aryan ni selain dri attend majlis2 sosial & menghabiskn duit bapak?

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:10 AM GMT+8 , Processed in 0.046881 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top