CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Duit Hantaran RM60,000, Muna Shahira Nikah Lelaki Berbangsa Cina Malam Ini

19-5-2023 04:39 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6807| Komen: 73

Description: Muna Shahirah, 29, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Sean Tee Yeu Terng Abdullah, 25, dalam satu majlis tertutup malam ini.
Muna Shahira, 29, akan melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Sean Tee Yeu Terng Abdullah, 25, dalam satu majlis tertutup malam ini.

"Majlis malam ini akan berlangsung selepas solat Isyak di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Mersing, Johor secara ringkas untuk keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.


Foto: IG

"Bakal suami saya berbangsa Cina, jadi kami nak permudahkan dan selesaikan yang wajib terlebih dulu dan tak ada majlis bertunang," katanya kepada Harian Metro.

Bakal mengenakan busana rekaan Mirol Jonit, Muna yang popular dengan lagu Cinta Hanya Buatan berkata, mas kahwin adalah sebanyak RM1,000, manakala hantaran sebanyak RM60,000.



"Pihak saya akan menyerahkan tujuh dulang hantaran dan dibalas lima dulang daripada pihak lelaki," katanya.

Muna memaklumkan mereka saling mengenali antara satu sama lain menerusi permainan video PUBG.


"Kami dah kenal sejak tiga tahun lalu menerusi PUBG. Dia pun adalah pemain profesional PUBG dan kebetulan, saya pun aktif dalam permainan itu.

"Alhamdulillah, jodoh kami bertemu dan memiliki minat yang sama," katanya.



Majlis resepsi akan berlangsung esok di lokasi sama dan Muna menggunakan khidmat andaman serta pengurusan majlis tempatan di daerah Mersing untuk berkongsi rezeki dengan anak tempatan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bawaku_terbang 19-5-2023 04:40 PM
siapakaaaah
Quote prince_marhaen 19-5-2023 04:44 PM
entah lahhhh....tahniah ler dikk...
Quote sharlenetexas 19-5-2023 04:46 PM
Who ayussss?


Quote Carcosa 19-5-2023 05:06 PM
Siapakah wanita berwajah seperti jambu air yinnih?
Quote lazim 19-5-2023 05:08 PM
Muna bdk af tu kannn???
Quote missbigrockstar 19-5-2023 05:10 PM
Siapakah kau?
Quote miszclassique 19-5-2023 05:10 PM
Kenal nama dia dari lagu Teguh Setia tu je, selalu keluar kt radio dulu
Tak pernah tengok orangnya
Lagu baru pun macam tak pernah dengar
Selamat pengantin baruuuuu

Ni lagu sheol, nak insert video tak boleh pun
https://youtu.be/UaLGVQMvlw4
Quote dua_chzy 19-5-2023 05:10 PM
Aiol tau lagu sheol sebab pernah guna lagu sheol untuk pertandingan nyanyian daerah. Youtube yang rekemen. Tahniah dek. Lansung takda gosip negatif sheols ni. Nyanyi live sheol memang pancit abis tapi lagu sheol ape ntah tajuk tu best juga karoke sebab boleh tarik2 suara.
Quote dudaberhias 19-5-2023 05:15 PM
Taniah, but who is yuh...

Ingatkan joyah repah kahwin, terus eksaited nak tengok lakinya sekali buka2 terus menopos plus who is yuhhh...


Quote Ahriman 19-5-2023 05:17 PM
Tahniah..Ikot dek la nak kawen ngan sape2 jngan jdi penyondol sudah la..
Quote KamikuP 19-5-2023 05:20 PM
Mu sapo gak?
Quote codenamedream 19-5-2023 05:22 PM
Selamat Pengantin Baru.
Moga laki sheols selalu menang tournament and dapat hadiah juta2
Pastu boleh chill2 ja hidup
Quote I.K.A888990 19-5-2023 05:23 PM
siapa ni
adik zulin aziz ke
Quote hyie 19-5-2023 05:26 PM
lazim replied at 19-5-2023 05:08 PM
Muna bdk af tu kannn???

yes, muna shahirah AF. Sheols ni junior kos iols kat usm. Rasanya sheols satu batch dengan nabila razali, cuma bella amik architecture. Latest single sheols duet dengan afieq shazwan gituuu sangat iols tau
Quote 3chanceno 19-5-2023 05:51 PM
Tahniah dek..maaf acik tsk kenal
Quote edayildiz 19-5-2023 05:54 PM
sapa ni..tp dlu ada bdk af nama muna..motip i ingt
Quote AbukRokok 19-5-2023 05:56 PM
Kau siape?
kau duduk sini ke?
Quote codenamedream 19-5-2023 05:57 PM
edayildiz replied at 19-5-2023 05:54 PM
sapa ni..tp dlu ada bdk af nama muna..motip i ingt

Masa AF dulu Muna ni lagi gebu sikit
Pipi lagi penuh
Quote imanjannah 19-5-2023 06:00 PM
alhamdulillah.. tahniah dik walau kami x kenal

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:13 PM GMT+8 , Processed in 0.060463 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top