CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Dior 'Sign' Kontrak Luar Biasa Dalam Sejarah Dengan Johnny Depp

15-5-2023 06:30 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 1100| Komen: 14

Description: Christian Dior dilaporkan memperbaharui kontrak ‘luar biasa’ dengan pesohor hiburan penuh kontroversi, Johnny Depp.Jenama rangkaian fesyen dan wangian terkenal Perancis itu didakwa menjalin kerjasam ...
Christian Dior dilaporkan memperbaharui kontrak ‘luar biasa’ dengan pesohor hiburan penuh kontroversi, Johnny Depp.

Jenama rangkaian fesyen dan wangian terkenal Perancis itu didakwa menjalin kerjasama baharu dengan Depp sebagai ‘wajah wangian’ lelaki dengan nilai kontrak terbesar dalam sejarah mereka.



Dior

Depp dikatakan menerima kontrak bernilai RM89.5 juta ($20 juta) untuk tempoh tiga tahun, lapor satu sumber kepada Variety.

Nilai kontrak tersebut dipercayai jauh ‘meninggalkan’ jumlah yang pernah diperoleh beberapa duta Dior yang lain termasuk bersama aktor Robert Pattinson dan Brad Pitt.

Pattinson pernah menjadi duta Dior Homme dengan bayaran RM53.7 juta ($12 juta) manakala Pitt yang mempromosikan Chanel No.5 menandatangi kontrak bernilai RM31.3 juta ($7 juta).

Bagaimanapun pihak Dior dan Depp belum memberi kenyataan rasmi terhadap laporan yang dikeluarkan.



Dior

Dior sebelumnya tidak mengendahkan kontroversi yang tercetus di antara Depp dengan mantan isterinya, Amber Heard pada 2020 dengan meneruskan kerjasama di antara mereka yang terjalin sejak tahun 2015.

Bintang Pirates of the Caribbean sangat sinonim sebagai wajah Dior Sauvage yang memberi imej dirinya sebagai rocker yang ‘nakal’.


Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote j3m4h 15-5-2023 08:19 PM
Makan hati la mantan heol tu …patot la smp pindah duk spain… huntong ye abe JD ni…busuk2 pong dior hamek gaks…jgn wat beli dadih udahler…
Quote Sazreena 15-5-2023 09:34 PM
Dah Dior pun huntung padu sampai sold out DS..takkan la nak berkira en..
Quote Nizleen86 15-5-2023 09:44 PM
Rugi jadi bini saiko. Kalo tak ko dok dendiam je la makan hasil berjuta laki ko.
Quote gerbera.memopad 15-5-2023 09:55 PM
Walaupuan Johnny sekali imbas nampak busuk tapi sold out ya perfume ni especially lepas dia menang court case tu. Dan ini antara brand yang setia dengan Johnny despite tuduhan Amber dulu.
Quote BoongaKertas 16-5-2023 08:03 AM
heols ni kacak sejenis yg helok lah. tho sometimes nampak kepam sikit tp maintain charming dia tu sbnrnye pd meols lah.
Quote zarulnazmi 16-5-2023 08:20 AM
gerbera.memopad: Walaupuan Johnny sekali imbas nampak busuk tapi sold out ya perfume ni especially lepas dia menang court case tu. Dan ini antara brand yang seti ...


Susah nak jumpa jenama yang berpegang pada ayat "innocent until proven guilty". Selalunya bila ada kontroversi pada mana-mana selebriti yang jadi duta produk terus je kena banned dan tamatkan kontrak walaupun belum terbukti kesalahan yang dituduh.
Quote alesandra 16-5-2023 03:17 PM
zarulnazmi replied at 16-5-2023 08:20 AM
Susah nak jumpa jenama yang berpegang pada ayat "innocent until proven guilty". Selalunya bila ada ...

Dior ni rajin gak banned org mcm designer deyols dulu galliano. ntah napa dgn  abam joni lain sikit pendekatannya
Quote delia3003 16-5-2023 08:04 PM
Huntung la Johnny ni walaupun nampak kepam dan imej pun dah tercalar ada jugak luxury brand pandang lagi.
Quote jiwakacau06 17-5-2023 04:34 PM
tp mmg perfume dia very masculine
Quote Yoonggi 18-5-2023 09:48 AM
Bau perfume ni sedap wo. Ayah aku pakai perfume ni hasil rekomendesyen aku,
Quote alesandra 18-5-2023 01:15 PM
suit dia pakai kat cannes pun  dior punya.tgk kt ig stories dia
Quote kisahkeaku 18-5-2023 03:45 PM
tp bau perfume ni mmg sedap seksi.kena sgt dgn iklan abg johnny ala2 badboi.kalau letak chris evan lagi laa x kena pd mata iols.
Quote mamajawie 19-5-2023 11:16 AM
gigi kuning rosak pun boleh jadi model..pelik..ptut la ni jolie soh si depp ni mkan chewing gum sblum babak kiss deyollss..
Quote hayati_hassan 5-6-2023 01:00 AM
dior untong byk dgn Sauvage
sayang sekali JD duit byk tapi gigi xmau polish bersih2

https://www.youtube.com/watch?v=2nR45x_WqlI


Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 02:21 AM GMT+8 , Processed in 0.046571 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top